beautiful

118 4 0
                                    

Lima hari yang lalu membuatkan dia jadi tidak tentu arah. Mundar mandir di dalam bilik tanpa arah tuju. Sesekali wajahnya dibelek di cermin.

"apa yang kurangnya aku sampai kau tergila gilakan betina tu." Emma bertanya sendirian di dalam bilik sambil membelek wajahnya.

Tak lama kemudian, pintu biliknya diketuk perlahan. Emma mendengus perlahan sambil bergerak perlahan menuju ke pintu. Malasnyaaa nak pergi kerja.

"Morning cucu atuk," wajah cucunya dipandang manis. 

"morning" jawab emma acuh tak acuh.

"tak kerja ?" 

"it's too bored atuk." ngadu emma dengan wajah yang tidak puas hati. Mulutnya saja dimuncungkan sedepa. Tergelak atuknya dengan kerenah cucunya sorang ini.

"then, pergilah vacay " cadang atuknya. Melihat emma seperti berfikir terus atuknya memotong sebelum emma sempat mengeluarkan ayatnya.

"pergi je, sini ada amir boleh settlekan. Then atuk pun ada." seraya dengan itu, atuknya terus mengeluarkan telefon dan mendail nombor. telefon dilekapkan di telinga. Emma memandang atuknya bersama kening yang bertaut.

"siapa tu at-" belum sempat emma menghabiskan persoalannya terus atuknya bersuara.

"imah, tolong settlekan tiket penerbangan ke overseas. Apa apa saya akan maklum lain." terus talian dimatikan. Emma membuat mimik muka sebelum berlalu.

Atuknya sering membuat keputusan tanpa memberitahu cucunya, tapi emma lagi suka takda la dia nak serabut fikir pasal kerja, office. Fikirannya sentiasa melayang mengingati seseorang.

Wajah cucunya itu dipandang dengan penuh kasih sayang, kekadang terubat juga rindu hatinya apabila melihat cucunya yang mirip wajah anaknya. Catrianna ibu emma iaitu anak tunggal Tan Sri Malik.

__________

ROMANIA;

angin pagi yang meniup, disedut perlahan. Kakinya melangkah ke balkoni sambil memandang keindahan bandar tersebut, hiasan lukisan di dinding amat menenangkannya sebagai seorang pencinta lukisan dan sejarah.

Dalam sibuk memuji keindahan bandar rom, matanya tertancap pada sebuah kedai yang terletak tidak jauh dengan apartmen yang didudukinya.

Baru hendak meneliti dengan lebih tepat, bahunya ditepuk kasar. Wajahnya dipalingkan melihat gerangan tersebut dengan pandangan yang tajam. Tersengih megat melihat wajah merah abangnya itu.

" kau ni memang dari dulu tak reti bagi salam ke, bagi hint ke apa ke ?" bebel luthfi haihh rasa nak hempuk je.

" alaa rilek la, kau tengok sapa tadi ? Bulan main eh, nampak awek rom je dah berubah ke bakal kakak ipar aku ?" rasa seronok pulak kalau tiba tiba abangnya berubah fikiran.

Melihat wajah luthfi yang membisu, megat bersuara "kau ni aku tanya jawab je la " marah megat.

Luthfi mengeluh perlahan, dia datang rom sebab nak tenangkan fikiran sambil cari idea baru, dah kena bawa kambing ni terus hilang ilham aku.

" tah la, aku rasa macam aku kenal someone ni." ujarnya sambil memikirkan sesuatu.

"Ahh, kau punya rasa rasa tu bukannya boleh percaya. Dah la aku nak keluar beli makan kat cafe bawah, kau nak apa apa tak ?" soal megat sebelum berlalu memakai coat.

Luthfi menggeleng, megat terus berlalu meninggalkan abangnya. Baru hendak cuba melelapkan mata, bayangan gadis tersebut bermain di kepalanya.

"Haaaaa ! Aku rasa aku kenal sapa dia ! " jerit luthfi tiba tiba.

________


Keluhan yang terbit di bibir gadis menarik perhatian sepasang mata yang ralit memandangnya. Fikirannya jauh menerewang mengingati si dia. Rambutnya yang dibiarkan terjuntai diikat menjadi messy bun. Coffe yang berada di tangannya dihirup perlahan. Tenang sungguh hatinya.

"sir ?" tegur seorang waitress yang pelik dengan tindak tanduk pemuda di hadapannya ini. Berangan.

Jari diketip ketip di hadapan wajah. " sir ! " jerit perlahan waitress tersebut bimbang didengari pelanggan lain.

Terhinjut bahu pemuda akibat jeritan halus gadis dihadapannya. Senyum rasa bersalah dipamerkan.

" da (iya) ?" satu kelebihan yang dimiliki oleh megat. Pandai berbahasa rumania. Bukan hanya rumania tetapi megat mampu berbahasa jepun, china, spain dan itali. Dari kecil megat sudah diasuh dan didedahkan dengan pelbagai bahasa.

"cafea ordonată, sir (kopi yang dipesan)" senyum waitress itu. Dua bungkus cawan plastik itu dihulurkan.

" mulțumesc (thanks) " ucap megat sebelum terus berlalu pergi.

Kakinya yang hendak meneruskan perjalanan ke bilik terus terhenti apabila berada di sebuah meja kecil di dalam cafe tersebut. Matanya ralit mengamati wajah gadis tersebut. Pelbagai pujian yang dilambungkan di dalam hati terhadap gadis itu.

'rambut yang diikat serabai tapi nampak sangat cantik'

'memiliki sepasang mata yang sangat cantik'

'dalam wajah tegangnya terselit keayuan gadis itu'

Megat terkebil kebil dan pegun apabila sepasang mata cantik itu berlaga dengan pandangannya. Seumur hidup, megat tidak pernah merasa gugup apabila melihat perempuan ataupun  mendekati mana mana perempuan.

Akal berkata pergi manakala hati berkata sebaliknya. Kakinya terasa digam apabila gadis itu bangun dan menghampirinya. 

" kita kenal ?" soal gadis itu sambil mengangkat sebelah keningnya. Bibir hampir mengorak senyum apabila melihat kegelisahan pemuda dihadapannya itu. Semakin tak tentu arah dibuatnya.

Megat membasahkan tekak sebelum bersuara. Berdehem sambil membetulkan coat yang dipakainya.

Kepala digeleng menjadi jawapan. Baru hendak membuka mulut, bunyi dering telefon gadis itu membantutkan hasratnya.

Gadis itu hanya senyum sebelum menjawab panggilannya. 

" yes, saya emma. Kenapa ? "

Megat tersenyum dalam hati sebelum berlalu pergi. Sepanjang hidupnya, dia tak pernah merasa seperti ini. Perasaan yang hadir tanpa diduga. Walaupun baru pertama kali bertemu tetapi hatinya kuat mengatakan bahawa gadis itu sangat sesuatu.

"emma, hm what a beautiful name."


* sorry bcs dah lama tak update, it just sometime i need my space untuk sambung this story. * pls keep supporting and pls don't quit reading this story just because aku dah lama tak update * 






little psychoWhere stories live. Discover now