Misi 2:Identiti

11 3 0
                                    

[Di Secret Base]
"Azusa?! Kenapa kau apa? Eh?!" Takahito masih kurang faham. "Macam yang saya cakap dialah salah sorang assassin tu~ Tu pon tak understand ke? Hahaha~" perli boss kepada Takahito. "Tolonglah,sebab semalam last aku jumpa dia,dia kena belasah tau tak!" Takahito menyilangkan tangannya. Azusa mendekati Takahito "Saya tak apa2 lah perempuan2 tu pukul rasa macam kena gigit semut je.." Sayuri menyampuk "tapi semut gigit pun sakitlah..." Mereka saling memandang sesama sendiri dan suasana menjadi sunyi. "Mana sorang lagi korang punya ahli? Dia dah okey ke?" Azusa berjalan ke bilik rawatan Takahito mengikut sama kerana Azusa tidak tahu yang Kazuya tu lelaki yang berpakaian macam perempuan.

"Kazuya kau okey tak?" Takahito membuka pintu kemudian Azusa terus memasuki bilik rawatan itu tanpa dengan rasa segan. "Awak dah sedar ke Cik--" apabila Azusa membuka langsir dia nampak seorang lelaki yang tidak berpakaian.(jangan risau dia pakai seluar) Azusa ke belakang Takahito dan tanya "Mana cik tadi?" Takahito hanya tergelak sedikit dan membuka langsir. "Yo,Takahito siapa tu?Cik assassin ke?" Kazuya tersenyum sambil membutang baju barunya. "Ni Azusa Mizuno,kawan aku sejak kecil dan seorang assassin.." Azusa hanya tunduk kepada Kazuya. "Azusa,ni Kazuya Hoshizumi ketua dalam misi kali ni walaupun dia ni pelik sebab pakai macam perempuan tapi dia ni senior kita. Dia Tahun 2." Kazuya senyum kat Azusa dan berkata "Panggil Kazuya je pun takpe Azusa-chan~" Azusa kerut dahi "tolong jangan panggil nama saya sesuka hati.."

   Azusa berjalan keluar dari bilik rawatan. Mereka hanya melihat Azusa keluar. "Jadi kau okey tak?"  Takahito memandang Kazuya sambil menyilangkan tangannya. "Aahh..sekarang ni doktor kata baik jangan bergerak banyak sangat jadi aku rasa aku dah okey..hahaha.."  Takahito hanya memandang Kazuya dan memberi dia coklat.  "Nah,kumpul balik tenaga kau!"  "Terima kasih hahaha..Sori.." Kazuya mengambil coklat tu dan memakannya.

[Dalam Kapal Terbang]
{Himeko Kitamura}
  "Sekejap lagi kita akan sampai Jepun Hime-sama" kata pembantu Himeko. "Yuito! Yuito!Tengok ni cantikkan?~"  Himeko menarik baju Yuito. "Hime-sama, betul ke tak kisah sekolah kat sini?..Bukan ada banyak lagi tempat lain?.."  Himeko memandang Yuito yang nampak risau.  "Saya okeylah!~Insiden tu 2 tahun lepas~ Saya dah boleh bercakap dengan orang! Lagipun ada boss dari Jepun yang minta saya datang. Sebagai assassin saya kenalah lakukan tugas saya iaitu buru dan bunuh orang yang disasar."  Himeko memberikan senyuman kepada Yuito.

[5 Hari kemudian]
(Di Sekolah)
  "Baiklah semua duduk cikgu ada pengumuman ni!"  Semua murid duduk di tempat masing2. Azusa dan Takahito hadir ke kelas seperti biasa selama 5 Hari ni Azusa masih dibuli. "Hari ni kita ada pelajar pertukaran daripada England, mereka masih baru disini jadi sila beri tunjuk ajar ye semua!" "Baik cikgu!"  Pintu dibuka dan dua orang pelajar memasuki kelas. Sorang lelaki dan seorang perempuan, mereka memperkenalkan diri  "Yuito Asahina,selamat berkenalan."  Yuito tunduk hormat. "Selamat pagi!! Saya Himeko Kitamura! Mulai hari ini kita akan sama kelas jadi selamat berkenalan!~"  Himeko tunduk hormat.

[Waktu makan tengahari]
   "Hei,hei kenapa awak pindah ke sini?" "Dulu awak sekolah kat mana?" "Awak dah biasa dengan bahas Jepun ke?" "Cantik warna rambut awak, warna asli ke?"  Banyak soalan dilontarkan kepada Himeko, dia tidak sempat jawab satu pun, dia pun bangun dari tempat duduknya  "Err,saya rasa saya perlu ke tandas,err saya minta diri dulu.."  Dia menutup pintu kelas dan terus berlalu dari situ. "Huah..betul cakap Yuito diorang akan tanya macam2.." Himeko menoleh ke arah kiri dan nampak Azusa dibuli oleh beberapa orang, dia berjalan ke arahnya sambil menjerit "Hoi!! Jangan buli dialah, tak tahu malu ke?"  Pembuli2 tu terus meninggalkan Azusa sendirian, Himeko mendekati Azusa  "awak okey tak?"  Azusa berbisik "sikit je lagi...Terima kasih..". Tiba2 darah menitik daripada kepala Azusa.

   "Awak ni--". Azusa berdiri dan lap darahnya lalu beredar.  "Dia pun 'emotionless' ke..." . "Hime-sam--bukan2 Hime-san,kenapa kau kat sini? Kenapa ni?"  Himeko bangun dan pulang ke kelas. "Yo Asahina, kau tengah hari makan apa?"  Takahito menegur Yuito  "Err..entahlah..dah lama aku kat England sampai tak tahu nak makan apa.."  Takahito mendekati Yuito "kalau macam tu jom ke kafeteria, aku dengar ada makanan baru kat situ, kau orang Jepun kan?.."  Yuito tersenyum  "Terima kasih, ye aku ni orang Jepun asli walaupun duduk kat England. Sila tunjukkan arah errr.." "Takahito Sugito. Selamat berkenalan~"  "Selamat berkenalan, Sugito!"  Mereka berjalan terus ke kafeteria.

[Waktu balik]
   "Hime-san!--"  Yuito berjalan kearah Himeko tapi Himeko tak endahkan Yuito dan menuju ke tempat duduk Azusa. "Awak! Ikut saya kejap! Yuito jom!"  Himeko menarik tangan Azusa, Yuito mengikut dari belakang. Mereka menuju ke belakang sekolah. "Awak ni dari 'emotionless' kan? Sama macam saya!"  "Eh?!"  Azusa dan Yuito terkejut serentak.  "Maksud awak ni pun...?"  Azusa bangun melihat Himeko.  "Jadi awak nilah assassin yang datang dari luar negara tu?.."  Himeko angguk sambil tersenyum. "Selamat berkenalan~"  Himeko bersalam dengan Azusa. Yuito memasuki perbualan  "err..nama kau siapa?"  "Azusa Mizuno..Selamat berkenalan.." 

   "Azu-chin, apa yang sikit lagi?"  Azusa memandang mereka. "A...Azu-chin??..! Apa2 jelah..Boss saya kata lepas 10 hari sekolah, saya akan dapat bawak katana saya ke sekolah. Waktu tu saya akan...". Darah mula menitik daripada kepala Azusa. Himeko memegang bahu Azusa  "tolong bertenang macam biasa..Yuito.". Yuito memberi kain untuk Azusa mengelap darahnya. "Saya kena pergi sekarang..terima kasih Asahina-kun, Kitamura-san.."  Azusa berjalan pergi dari situ. "Yuito, jom ikut dia!"  Himeko bangun dan mengejar Azusa. "Aahh! Tunggu! Hime-sama!"  Yuito mengejar Himeko. Azusa sudah sampai diloker kasut, dia terserempak dengan pembuli2 tu lagi. "Mana kau pergi hah?!"  Seorang pembuli itu menarik rambut Azusa, Azusa hanya menahan dirinya daripada menyerang mereka.

   "Berhenti disana!! Jangan sentuh dia dengan tangan kotor korang!!"  Himeko menjerit sambil berlari. "Eh?! Hime?!"  Yuito meletakkan tangan ke muka kerana tingkah laku Himeko yang kurang sopan.  "Apa?! Siapa kau?!"  Pembuli itu hanya memandang Himeko dengan muka yang garang. Himeko menarik tangan Azusa dan menjelir lidah kearah mereka. Mereka hanya memandang Himeko dan Azusa berlalu pergi. "Tingginya perempuan tadi, lagi tinggi dari Mizuno."  'ketua' pembuli tu marah dan berlalu pergi.

   "Err..tolong lepaskan tangan saya...". Yuito hanya mengikut dari belakang. "Maaf ye Mizuno-san, kalau Hime-sama pegang kuat sangat.."  Azusa keliru  "Saya tak kisah tapi kenapa awak panggil dia Hime-sama?..Apa hubungan korang ni?". Himeko terhenti dan melepaskan tangan Azusa. "Hime-sama?"  Himeko menghampiri Azusa dan mengeluarkan Colt M1911 (pistol) dari poketnya dan acukan kearah kepala Azusa.

Thanks for reading 😆😆
Enjoy!🎉🎉
Sori kalau kurang best
🙇🙇🙇

Behind The MaskWhere stories live. Discover now