11... apologizes

17 3 0
                                    


"hmm macam tu la ceritanya jin hyung" aku meraih simpati kat jin hyung. simpati ke?

"er han.. maafkanlah berbuatan namjoon semalam ye. dia memang macam tu, buat keputusan tak pakai otak harap IQ 148"

"han dah maafkan" 

ok aku baru je nak maki dan tak nak maafkan dia selama 1 juta tahun. nasib baik dia datang selamatkan aku.

......

"nampaknya luka di kepala encik ni dalam hm" doctor pdong memeriksa kepala namjoon yang luka  

"kenapa doctor serius sangat ke luka ni?"

"awak hanya ada masa selama 4 hari je-"

"MWORAGOO?! nampaknya saya akan mati lepas 4 hari?! halamak saya kena minta maaf kat seseorang!" namjoon berlari keluar dari bilik pemeriksaan

..

sedang aku dengan jin hyung rancak berborak, kami melihat namjoon datang ke arah kita orang. dengan menangis macam anak hilang mak dekat mall

"WEH HAN! aku, a--aku nak minta maaf sebab aku tinggalkan kau tadi, aku sebenarnya nak tengok kau kejar aku ke tak lepas aku tinggalkan kau. rupa-rupanya kau tak kejar aku." namjoon melutut di hadapan aku dengan kepala berbalut separuh

"k-kau dah kenapa namjoon?" jin hyung pelik melihat tingkah laku namjoon, tak ubah macam budak kecik.

aku tak tahu nak buat apa time tu. nak nangis ke gelak. aku hanya kaku membatu je.

"jin hyungg. aku pun nak mintak maaf dekat kau juga. haritukan hyung ada tanya siapa yang patahkan kepala mario tu. s-sebenarnya.SEBENARNYA AKU YANG BUAT hyung huhuhuh aku cuma tengok je pastu tetiba patung tu jatuh huhuhu"

"and then?"

"aku.. aku nak angkat dia, letak balik dekat tempat asal. tuptup kepala dia tertanggal! aku, aku lah pembunuh mario kau hyung. aku tak sengaja, aku tak ada niat pun nak bunuh dia" 

sungguh dramatik namjoon di situ. aku hanya menggeleng melihat karenah dia. pelik.

"huh huh, encik!! sabar encik saya tak habis cakap lagi hadoi" doktor pdong menarik nafas panjang selepas penat mengejar namjoon yang lari selaju jungkook kat isaac 2015

"encik, sebenarnya luka encik akan sembuh lagi 4 hari, bukan encik akan mati adoi"

"m-mwo?MWORAGO?!" namjoon terkejut

"hah tu lah kau joon, doktor tak habis cakap lagi dah gelabah dah kau" jin hyung gelak 

aku dengar bunyi orang lap tingkap?

"aduh namjoon hyung! weh, rugi aku tak rakam kau tadi. bolehlah kau tengok rupa kau tadi ahaha" 

muka namjoon mula merah, merah yang gila merah.

"lagi satu, saya tak habis lagi balut luka encik, mari ikut saya" namjoon dan doktor pdong pergi ke bilik rawatan meninggalkan aku dan jin hyung yang tak paham apa sedang berlaku senanya. 

...

dalam kereta, suasana awkward buat comeback. hanya dengar lagu idol by BTS. aku melihat pemandangan di luar tingkat.cantik. nampak kereta. aku rasa tak lah awkward sangat.

"mana rumah han? biar jin hyung hantar han kat balik"

"mm.. takpe lah, lagipun han bawak motor tadi"

"haah jin hyung, hantarkan aje han ni kat sungai han" kata namjoon

" kau tengah rap ke joon? sungai han ye, ok" jin hyung membawa kereta menuju ke sungai han

Bangtan Barista [KNJ]Where stories live. Discover now