"DUNCAN sudah sedar!"
Hati Diana bercampur-baur ketika mendapat khabar dari doktor bahawa Duncan mulai sedar dan menunjukkan tindakbalas positif.
Bruno dan Didie yang setia menanti bersamanya pada waktu itu turut berasa gembira dan teruja mendengarkan kenyataan dari doktor itu.
"Syukur la si Dan sudah sedar!" Diana sejak dari tadi tidak henti-henti mengucapkan syukur. Sekurang-kurangnya, dia berasa lega dan tidak lagi dicengkam kebimbangan yang berterusan.
Didie tersenyum lebar. Bruno juga begitu. Perkara tersebut merupakan sesuatu yang begitu dinantikan oleh mereka. Tidak lama lagi, telatah Duncan sudah pasti bakal menyerikan kehidupan mereka nanti.
"Saya kena bagitau Mama ni," ucap Bruno sambil cuba menghubungi Aunty Gina.
Diana dan Didie berpelukan, tanda kegembiraan. Mereka tidak sabar untuk menunggu masa melawat yang bakal menjelang beberapa jam saja lagi.
********************
"HELLO, Bruno. Ah? Wah! Bagus la. Syukur! Bah! Nanti kau kasi cerita sampai sini. Hati-hati memandu nanti."
Terpancar kegirangan di wajah Aunty Gina apabila mendapat berita dari Bruno tentang keadaan terkini Duncan di hospital.
"Kenapa tu?" Uncle Ray bertanya sebaik saja Aunty Gina meletakkan telefon.
"Duncan sedar sudah," senyum Aunty Gina.
"Syukur la," ucap Uncle Ray ringkas, namun penuh kelegaan.
"Si Duncan sedar sudah? Wah! Bagus la. Syukur," celah Mimi yang sedang memotong bawang.
"Daryll mana?" tanya Uncle Ray.
"Dalam bilik mungkin. Tadi saya nampak dia naik atas," balas Aunty Gina sanbil menyambung kerjanya menyiang ikan.
"Kalau si Ryll tau ni, dia mesti gembira. Tadi pagi dia kasi cerita saya pasal si Duncan masuk hospital, sampai dia rasa bersalah. Mesti si Ryll rasa tenang bila tau yang si Duncan tu sudah sedar," senyum Mimi.
"Ya, mesti dia rasa senang hati. Tidak apa, tunggu dia turun dulu nanti kita bagitau dia," Aunty Gina menjawab.
"Tidak apa, biar saya pi tengok dia di atas. Macam lain sikit saya rasa si Ryll hari ini," Uncle Ray bangun lalu bergerak ke arah tangga.
Aunty Gina dan Mimi saling berpandangan apabila Uncle Ray berkata demikian. Seketika kemudian, mereka berbalas senyum. Bagi mereka, tiada apa-apa yang mencurigakan pada Daryll.
Uncle Ray menaiki anak tangga dan berhasrat untuk menyampaikan khabar gembira itu sendiri kepada Daryll. Namun, sebenarnya dia ada niat lain. Uncle Ray hendak memastikan keadaan Daryll baik-baik saja bagi mengatasi prasangka sendiri terhadap anak saudaranya itu.
TOK! TOK! TOK!
"Ryll, boleh Uncle masuk?"
Tiada sahutan.
TOK! TOK! TOK!
Sekali lagi pintu diketuk. Tetap tiada jawapan. Uncle Ray cuba memutarkan tombol pintu perlahan-lahan. Pintu tidak terkunci.
YOU ARE READING
THE PHONE OPERATOR (THE SEQUEL) - DENDAM BERANTAI
Random(MIXED SABAHAN DIALOGUE) Waris korban Aurora. Dendam yang terpendam akhirnya membuak mencari sasarannya. Mampukah Duncan melindungi keluarganya? Adakah Aurora dapat membantu mereka pada kali ini? Siapakah waris itu? Segalanya bakal terungkai, darah...