May

2 0 0
                                    

May. Tiga hari lepas dia datang kepada aku dengan senyuman. Jadi, hari ini hari ketiga aku bersama dengan dia. Setakat ini semuanya sempurna. Masih sempurna. Dalam dingin hujan dia sapa aku. Masa itu aku tengah membaca satu artikel atas talian. Dia duduk dan tanyakan keadaan aku. Dia tahu beberapa minit lalu aku sedang berduka. Dia sentuh bahu aku dan cuba pegang tangan aku. Aku tarik,

"Jangan, nanti ada yang marah. Aku ada perjanjian yang aku buat 3 tahun lepas."

Dia gelak dan tanya perjanjian apa dan dengan siapa. Aku pun gelak dan tunjuk satu gambar padanya. Dia berkerut.

"Are you serious?" May bertanya.

Aku senyum dan angguk.

"Tempoh hari dia ini mengamuk dan katanya dia tidak reda. Dan dia mahu sesiapa yang lalukannya, maksud aku bersentuhan, perlu meminta maaf dihadapan kulit mukanya."

Mengilai May sambil mengentuk-ngetuk meja.

"Apa perjanjian tu? Boleh aku tahu?"

Aku menggelengkan kepala aku. Aku kata belum tiba lagi saatnya. Dia balas dengan perkataan ok. Dia memegang telefon bimbit aku. Aku benarkan saja tindakannya itu. Dia buka aplikasi pesanan dan membaca. Sekali lagi dia senyum.

"Hujungnya baru kau sedar? Kau betul-betul seorang lelaki yang kaku dan tipikal."

Perasaan itu datang balik. May sedar mungkin kerana mukaku berubah.

"I'm sorry. I guess I shouldn't talk about it."

"Nah, it's ok. Things will repeat itself without knowing and realised right?" Aku balas.

Dia angguk. Aku tanyakan adakah dia mahu sesuatu, makan, minum atau rokok. Tak jawabnya sambil tersenyum.

"Close the damn computer already and talk to me," dia kata seperti membentak.

Aku pandang dia dan aku rasa pernyataan dia betul. Artikel yang sedang aku baca ini membuatkan aku masih merasa kehadiran dia yang telah hilang. Aku akur. Aku tutup komputer aku dan duduk diatas kerusi.

"Are these brownies? Could I have some?"

Aku pergi dan terus menampar tangannya. Aku tak mahu dia tinggal dalam bilik aku walaupun kami mesra.

"No, you can't. This isn't regular brownies." Dia minta maaf dan duduk.

"Still thinking about April, right?"

Aku tak menjawab.

Aku menunggu dia sangat lama. Tiga bulan setepatnya. Selepas peristiwa pengakuan itu, aku optimis dengan hidup aku. Aku siap berangan-angan akan masa depan aku.

"Kita cuba ya?"

Jawapan yang tak tegas tapi cukup membuatkan aku gembira. Bermula perkataan itu ditulisnya, aku mula memberi apa sahaja yang aku rasa yang selama ini aku pendamkan. Aku sangat gembira dan rasa bahagia. Aku terkenang perkara-perkara lama sebelum kami bersama. Bermacam.

Aku mula menghargai masa itu dan bersyukur Tuhan menemukan aku dengan dia. Dia sahabat, dia teman, dia segalanya. Aku putar segala aturan minda aku. Aku kini ada arah tuju. Perkara yang aku buat dari belajar dan bekerja kini semuanya berfokus terhadap dia.

Tapi semuanya kurang indah. Tak tahu kenapa. Setiap kali aku ajak untuk bersua untuk apa saja, dia menolak.

"Sorry, something comes up."

"I got some urge. I'm sorry. Talk to you later."

'Ok, aku faham'. Itu saja yang mampu aku susun dibibir dan di cermin bimbitku. Aku faham walaupun jiwa aku tak memahami apa yang berlaku.

"I'm too busy right now, maaf. Nanti ye kita keluar."

Ok, aku faham. Tapi aku tak mudah melatah. Jujur, aku memang cuba untuk faham. Aku cuba samakan kondisi dia dengan kondisi aku. Aku juga sibuk. Aku ada tugasan yang diberi oleh pensyarah. Aku ada tanggungjawab dengan persatuan yang perlu diselesaikan. Aku juga seorang anak. Aku kerja. Aku, aku... Ah, emosi menjengah. Aku cepat-cepat kawal sebelum aku buat sesuatu yang tak mampu lagi aku kawal. Rokok. Aku membakar rokok dan duduk. Aku cari rasional aku. Ah, lambat dia datang. Aku minum air. Aku sedut rokok. Ah, dia datang akhirnya. Aku tutup lampu. Senyap.

Aku hilang arah. Persoalan menjengah bermacam-macam. Ditambah dengan beberapa tugasan yang aku dipertanggungjawabkan buatkan aku sedikit celaru tapi aku masih mampu tersenyum. Senyum kosong.

"Are you ok?" tanya seorang kawan.

"Hahaha, aku ok. Kenapa?"

"Kau nampak penat"

Aku senyum. Terzahir dimuka apa yang berbuku membuatkan aku hilang helah. Aku bangun dan teruskan buat kerja aku yang perlu diselesaikan. Tarikh tamat sudah mahu menjengah. Aku tak mahu hal peribadi membunuh seluruh rakan kerja aku.

Aku sepatutnya bergembira kerana dia datang. Selama ini gembira sahaja kalau dia datang. Tapi tidak kali ini. Aku selalu berdoa agar Tuhan cepat lalukan rasa ini. Kadang-kadang aku bangun malam agar aku dapat komunikasi dengan Dia dengan dekat. Kadang-kadang aku putus asa. Bila rasa begitu aku kumpulkan kembali semangat dan berkata pada diri 'putus asa itu sifat syaitan'.

"Lupakan April, May kan ada?" sentap sebentar aku.

Aku paling kepadanya. Aku senyum dan angguk.

"Adakah kau akan kekal begini? Adakan kau janji yang aku akan baik-baik saja?" aku bertanya. Dia senyum dan tunduk.

Dia bergerak ke luang lapang kamarku.

"Aku boleh berjanji, kau boleh berjanji tapi adakah itu bererti ianya suatu yang pasti? Manusia sering berjanji kala sedih, kala susah, kala gembira bila disaat emosi naik keatas kepala tapi, kau jujur padaku, adakan ianya tetap dan pasti?" aku geleng.

Aku masih ingat kata-kata dan janji pernah aku tutur pada makhluk yang aku gagal tunaikan. Tak payah pada yang jauh, pada dir sendiri pun tidak langsai lagi. May buka pintu. Dia mahu pulang.

"Lupakan April, dia sudah berlalu. Aku akan cuba jadi yang terbaik tapi hakikatnya semua pengadilan itu, baik atau tidak, datang dari diri kau sendiri. Jaga diri kau. Selamat."

Aku masuk ke bilik dan memandang gambar di papan lembut aku. Sekarang, tidak ada sebab untuk aku meroyan jiwa. April sudah pergi dan kini hanya ada May. Aku kembali kewarasan aku dan membuka komputer. Hari baru dihadapan perlu aku jalankan. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MayWhere stories live. Discover now