1

80 7 29
                                    

Afiyna yang sedang kusyuk scroll gambar crush dari atas sampai ke bawah siap save lagi tu semua gambar crush tersayang buat kenangan ahaks dan secara tiba-tiba ada sepasang tangan yang cuba merampas telefon kesayangannya dan Afiyna tahu siapa gerangan itu ! Siapa lagi kalau bukan seketul qayimah yang suka busybody pasal hal Nur Afiyna Fazrinda ni .

Baru sahaja Afiyna ingin mengsave video yang dibuat oleh crush tersayang dia , si qayimah tu pula yang duluan rampas apa tidak bengang si Afiyna telefonnya tiba-tiba dirampas oleh si penyibuk !

Weh bukan tiktok eh tapi video yang dia rakam tentang kecantikan awan yang Afiyna tidak tahu menahu di mana tempat itu . Maaf crush Afiyna bukan jenis yang suka bergelek sana sini . Zaman sekarang ni , bukan perempuan je yang suka bergelek-gelek baru post dekat media sosial , lelaki pun ada weh ! Allahu

“Kau apahal bro rampas telefon orang eih bagilah balik telefon kesayangan aku tu!” kata Afiyna dengan bengang

“Kau stalk ig sapa ni ? eh ni bukan faliq arsyad tu ke ? asal kau stalk ig dia ? kau minat dia eh ? ke kau suka dia?” tanya qayimah dengan muka yang susah untuk aku tafsirkan

banyak betul pertanyaan si cekadak ni !

“Tu bukan ig dialah ! , sukati aku lah nak stalk ig orang yang kau sebok ni apahal , b-bila m-masa a-aku minat d-dekat dia apalagi suka kenal pun tidak eih tak kuasa lah aku suka anak teruna orang entah iya entah tidak yang dia tu ada girlpiyend” kataku dengan tenang dan bersahaja .

Kalau minah ni tahu aku minat mamat tu habislah gue nanti ketahuan oleh si qayimah ni mana nak letak muka weh ! mati mati mati !

“Weh aku nak pegi ngiseng(buang air besar) lu bai HAHAHAHAHA” Aku cepat-cepat meninggalkan qayimah dengan mata yang terkebil-kebil tidak lupa juga dengan merampas balik hak aku yang ada dekat tangan bersalah dia tu . Lantak dia lah nak tercegat dekat situ yang penting Afiyna cabut duluan dari si penyibuk qayimah HAHAHA

Lucu gak lah aku tengok muka dia masa tu ada gaya macam tercekik tulang ikan pun ada weh !

——

Afiyna pov

Aku berjalan keluar ingin melihat keindahan awan yang tersangatlah cantik di luar . Aku memang suka awan dari kecil lagi kerana apabila aku melihat awan hati jadi tenang je .

“Masya-Allah cantiknya ciptaanmu”kataku dengan tenang sambil mengambil gambar dan aku post di story ig dengan caption “beautiful view” . Selepas aku melihat post ku di story ig , aku tutup semula telefonku dan secara tidak tersengaja aku terdengar suara dari rumah sebelah kiriku . Macam suara qayimah sedang bercakap dengan seorang lelaki tetapi siapakah lelaki itu ?

Baru sahaja mulut mahu menyapa si qayimah dari sebelah tiba-tiba ada sepasang mata yang turut sama memandang ke arahku , mula-mula aku rasa macam pernah nampak gerangan itu tetapi terus ku hiraukan dan tidak melihat manusia itu bahkan aku tercari-cari manusia yang bernama nur qayimah najwa tetapi tiada pula gerangan si qayimah dekat situ . Apabila aku ingin melihat semula ke arah gerangan yang melihat ku tadi cepat-cepat anak mataku melihat ke arah lain .Tak sanggup nak tengok lama-lama weh dia punya panahan mata aduh sungguh tajam dan menusuk ke dalam kalbuku ! Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama atau jodoh yang diturunkan oleh Allah ? Hati sudah bermain rentak lagu dangdut Allahu gedik sangat hati Afiyna ni . haha guraugurau

Afiyna ingin melihat dengan lebih dekat dan dekat siapa gerangan yang melihatnya tadi dengan pandangan yang tersangatlah tajam . Kaki melangkah 5 jarak lagi dekat untuk melihat siapa gerangan yang melihatnya tadi . Apabila Afiyna melihat betul-betul muka hamba Allah itu alangkah terkejutnya Afiyna masa itu . Patutlah pernah nampak rupa-rupanya gerangan yang melihat Afiyna tadi ialah crush sendiri siapa lagi kalau bukan Faliq Arsyad . Muka Afiyna tak payah cakaplah huduh kalah muka rosmah eh apa kaitan muka Afiyna yang comel ni dengan muka rosmah haha

Apa mamat ni buat dekat rumah si qayimah ni ? jangan-jangan diorang bercinta? takkan diorang silent relay kut ? dengan kawan sendiri kau nak bersilent relay qayimah + crush aku juga yang kau lekat weh ? Serius weh crush aku juga yang kau nak ? bermacam- macam andaian yang terlintas di kepala otakku sekarang ni .

“Argh malaslah nak fikir lantak mamat tu lah nak buat apa dekat rumah si qayimah baik aku masuk cepat-cepat kang kedapatan pula nanti oleh si qayimah”

——

Apabila selesai daripada mandi Afiyna ingin membaca al-quran tetapi kerja Afiyna tergendala gara-gara ada fans yang kacau dia tengah malam ni .

Afiyna melihat siapalah yang chat dia tengah malam buta ni . Apabila Afiyna melihat chat daripada wasepnya terus terbeliak mata Afiyna melihat 1031 mesej dari si qayimah bapak apa dia chat aku siot sampai banyak begini telefon pun boleh hang weh !

Cakap pasal qayimah tiba-tiba Afiyna teringatkan kejadian tadi petang allahu sungguh memeritkan hatiku dikala ini huh .

Sampai hati kau qayimah tipu aku kata takde cowok bagai last-last lekat juga dengan si Faliq tu kau tahu ke yang Faliq tu crush aku ! aku repeat balik yang Faliq tu crush aku weh !

Tiba-tiba bunyi deringan telefonku terus mematikan lamunanku yang agak lama . Aku melihat skrin telefonku yang terpapar nama Qayimahbucuk 🌻 is calling sebenarnya aku dua hati samaada nak terima call si qayimah ni atau taknak .Last-last aku terima juga kesian dia menunggu call aku dari tadi biarpun dia ambil crush aku tidak bermakna yang aku benci dan taknak layan dia bertahun-tahun aku pun masih ada hati dan perasaan juga . Soal si Faliq tu lantaklah bukan crush lebih-lebih pun sampai sanggup jadi psiko untuk dapatkan apa yang diingini . Maaf Afiyna bukan sejenis perempuan psiko .

Ha ada apa kau call aku memalam buta ni ! - Afiyna

Eh salahkah kalau aku nak call kau , asal aku dengar suara kau ni macam nak taknak ja layan aku  - Qayimah

Eh dahlah Qayimah aku ngantoklah nak tidur bai assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu goodnight - Afiyna

Belum sempat qayimah ingin membalas salam daripada Afiyna talian pun sudah dimatikan .

Qayimah hairan kenapa Afiyna tiba-tiba bertukar jadi begini ? haih dahlah baik aku tidur daripada memikirkan tentang si Afiyna tu . Esok ja lah tanya dia .

——

Aku tahu cerita ni hambar dan membosankan tapi aku cuba sedaya upaya memeras otak untuk buat cerita ni . Semoga kamu kamu semua enjoy baca cerita saya ni .

Story ni aku buat masa mereka cuti panjang malas lah nak buat masa mereka sekolah dan ekceli Afiyna memang suka mandi malam sebab itu yang membuatkan dia berasa sungguh ii segar dan boleh tidur dengan nyenyak hihi jangan pelik tau ok dah 

Salam kenal buatku 👋



Jangan lupa vote hehe ⭐

Crush Dalam Mimpi ! Where stories live. Discover now