D

4.6K 424 71
                                    

Dari jauh aku nampak Jaehyun sedang berdiri berkerut dahi dekat aku yang sedang menghampirinya.

Rasa nak tergelak sebab aku dah lama tk borak dengan dia dan hari ni pula dia ajak jumpa.

Apapun aku tak sangka perkara ini akan jadi twist. Tak sangka yang dia akan suka kan Hani sedangkan  kami berdua orang yang sama.

Haha kelakar lah Jaehyun ni.

"Ermmm bogoshipo" Jaehyun peluk aku dengan erat sampai susah aku nak bernafas.

"Baru 2 minggu"

"2 minggu tu panjang bagi aku bila ketiadaan kau"

Aku tersengih dengan ayatnya. Kalau lah dia serious

"Kenapa kau ajak aku datang sini malam-malam?" Soal ku sambil melihat sekeliling keadaan taman ini

"Hari ni ada pertunjukkan bunga api, so sebab tu lah aku ajak kau jumpa malam ni"

Aku mengangguk faham.

Tiba-tiba bahu aku dicuit oleh Jaehyun

"Tapi aku tak ajak kau sorang je, hehe" dia tergelak kecil

"Ha? Kau ada ajak orang lain jugak ke? Doyoung?"

"Aniya.. Hani"

Terbuntang mata aku bila dia sebut nama itu. Biar betul dia ni? Aku lah Hani tu. Tapi takkan dia datang.. eh? Apa ni hantu ke?

"Hani?"

"Haah Hani. Yang aku cerita hari tu" jawabbya polos.

Aku masih tak faham. Suasana jadi bahang, aku tak tahu kenapa keadaan jadi seram sejuk

"Hari tu, aku ada luahkan perasaan aku kat dia, tapi dia reject aku" cerita si Jaehyun

"Hahaha padan muka kau" aku ketawa mengekek

"Tapi kalau kau jadi Hani, kau nak tak terima aku?" Soal Jaehyun sambil matanya pandang ke langit seakan mengharapkan sesuatu jawapan dari aku

"Kalau aku jadi Hani tu, aku.. aku akan terima kau kot" jawabku jujur. Hani tak wujud lah Jaehyun!

"Terima? Sebab?"

"Sebab.. kau baik, kawan yang baik and sebab aku dah kenal dengan kau kot"

"Malangnya kita ni bestfriend" ucap Jaehyun bernada rendah

"Bestfriend tak boleh bercinta ke? Macam mana kalau ada antara kita suka kat bestfriend kita, tak sesuai ke?" Soal ku berhati - hati. Aku dah penat pendam. Dia masih tak faham lagi, aku pon tak tau lah.

"Tak tau.."

Suasana jadi janggal.

"Jaehyun" aku panggil

Hati aku berdegup semacam, aku rasa aku patut luahkan perasaan aku dekat dia sekarang. Dah tiba masanya kot.

Ini lah harapan aku, dia nak atau tanak bergantubg pada nasib. Tapi bila difikirkan balik, mungkin dia tanak sebab kitorang kan KAWAN.

Jaehyun pandang aku dengan wajah yang redup, susahnya ada bestfriend handsome ni!

"Aku sebenarnya nak bagitahu something"

"Apa dia?" Dia menaikkan kening ingin tahu

"Aku..." Aku menggigit bawah bibir aku , elak bertentangan mata dengannya kerana malu. Macam mana nak luah nii!!

"Kau...?"

"Hmm aku betul-betul suka kat kau" ucapku sambil pandang kebawah.

"Ahh, tahu dah" dia tergelak kecil

BestFriend - JUNG JAEHYUN Where stories live. Discover now