-Prologue-

772 65 10
                                    

Harini hari yang paling bermakna buat Boboiboy. Hari yang paling bersejarah buat superhero bumi ini. Hari jadinya!

13 haribulan 3, hari jadi Boboiboy dan ini hari jadi pertamanya setelah menjadi seorang superhero bumi.

"Selamat hari jadi boboiboy!" sambut kawan kawannya, Ying, Yaya, Gopal dan tak lupa juga kepada bola kuasa yang memberikannya kebolehan sebagai seorang superhero bumi, Ochobot. Tidak kurang juga kepada tok aba, atuk boboiboy yang memberi sepenuh sokongan kepada boboiboy sebagai penyelamat bumi.

"Terima kasih semua," senyum boboiboy, tersipu malu apabila dikejutkan dengan kejutan hari jadi yang tidak disangka sangkanya.

Patutlah gopal sengaja biar boboiboy balik jalan jauh. Rupanya mereka ingin mengambil masa untuk menyiapkan persiapan hari jadi dia.

Seronok boboiboy tatkala ini. Senyuman tidak lekang dari bibirnya yang manis. Lagu hari jadi dinyanyikan kawan kawannya hingga bergema satu rumah tok aba 2 tingkat  itu.

"Nah hadiah untuk boboiboy," kata Tok Aba lalu memberikan sebuah kotak bersaiz sederhana. Belum sempat boboiboy menyambut kotak itu, ada sahaja Adudu sebagai perosak kesenangan manusia.

Kali ini adudu datang dengan senjata yang lebih berkuasa membuatkan rakan rakan boboiboy termasuklah tok aba, diserang dengan begitu kejam.

Harini hari jadinya... Kenapa dia kena menyaksikan darah mengalir daripada kawan kawan yang disayangi? Kenapa dia kena menyaksikan ketidakmampuan atoknya untuk lari daripada serangan? Kenapa dia kena lihat kehancuran hari jadinya ni?

Boboiboy cuba untuk melawan namun kali ini dia tewas. Tewas pada hari jadinya sendiri. Tewas ditangan musuh yang telah ditewaskan berkali kali.

"Seronok tak kejutan yang aku buat untuk kau ni, boboiboy? Oh ye, selamat hari jadi!" kata Adudu dan menembak kawan kawan boboiboy serta atok yang dicintai.

"Hentikan...." kata Boboiboy dengan lemah.

"Kau nak aku bunuh diorang?~ Nak? Baiklah~" adudu menghalakan senjatanya ke arah insan yang tidak berdosa.

"JANGAN!" jerit boboiboy, diri cuba dipaksa bangun untuk melawan namun dia terlalu lemah.

BAMMM!

Satu tembakan melemahkan insan yang sudah tidak bermaya. Meninggalkan nyawa nyawa ikan bagi atok yang sudah berusia. Menghantar insan insan muda ke dalam mimpi mati sementara. Meninggalkan kesan ngeri bagi individu yang mempunyai sepasang mata yang melihat.

Darah mengalir deras. Dekahan gelak jahat kedengaran. Segalanya sunyi selepas si jahat pergi.

Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut superhero yang disanjung warga bumi. Hanyalah badan yang menggigil sendiri. Menggigil dalam ketakutan yang tidak terperi.

Berpeluh peluh boboiboy cuba mendapatkan atok tercinta. Parah. Ngeri.

"Bo...boi....boy......." suara lemah manusia berusia itu meruntuhkan hati boboiboy.

Kakinya menjadi lemah tidak berdaya. Hatinya tidak keruan. Penuh dengan kesedihan dan ketakutan. Fikirannya kusut memikirkan masa depan.

Namun mereka semua berjaya diselamatkan apabila polis tiba.

Mimpi ngeri sudah berakhir dengan pengakhiran yang menggembirakan namun pandangan ngeri dalam diri boboiboy masih tidak mampu dipadamkan.

Dia masih dapat melihat kejadian ngeri yang berlaku di hadapannya melibatkan orang yang paling dia cintai.

Dan pastinya mimpi itu tidak akan pernah boboiboy lupakan buat selama lamanya.

~~~~~~~~~~~~~
Continue or stop? Comment and vote okay? Also, enjoy lah satu lagi cerita daripada author merepek korang ni😂

[ON HOLD] Untold fear (Boboiboy w Fang)Where stories live. Discover now