satu

60 16 5
                                    

🍄

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍄

Ahn Jaekyung, seorang budak perempuan yang merupakan pelajar tahun akhir peringkat menengah. Dia agak berisi tetapi tidak mencapai tahap obesiti. Dan, dia juga sering dibuli oleh kawan-kawannya kerana fizikalnya yang tidak menarik seperti perempuan-perempuan lain.

"Ahn Jaekyung!", jeritan daripada Miss Lee mengejutkan lamunan Jaekyung yang sedang melemparkan pandangannya ke luar tingkap kelasnya.

"Dah sampai mana dah tu? London?!", tengking Miss Lee.

"Bangun dan berdiri di luar kelas. Sekarang!", itulah rutin hariannya di sekolah. Sering didenda oleh cikgu-cikgunya.

Dia juga merupakan pelajar yang paling tidak digemari oleh guru-guru di sekolahnya. Ini kerana sikapnya yang sering datang lewat ke sekolah dan gred peperiksaannya yang tidak menaikkan mahupun membanggakan sekolah.

Jaekyung mengeluh berat sebelum dia bangun dan terus keluar dari kelas. Dia bukannya akan berdiri di luar kelas malah dia akan merayap ke tempat lain.

Bosan katanya.

---

Krriiinggg!

Bunyi locemg sekolah menunjukkan hari persekolahan telahpun tamat. Jaekyung terus meletakkan pensilnya di atas meja dan terus menjatuhkan kepalanya di atas mejanya.

Matanya ditutup perlahan sebelum dia betul-betul dibuai mimpi. Malas mahu pulang ke rumah kerana dia pasti akan dinarahi oleh ibu bapanya akan keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan.

Dia penat dengan kehidupannya yang menyusahkan dirinya. Dia kadang-kadang terfikir seperti mahu mati. Tetapi, dia masih waras jadi diteruskan juga hidupnya walaupun payah.

Matanya dibuka apabila ada orang yang mengejutnya bangun daripada tidurnya. Dia mengerutkan dahinya lalu dia memandang ke arah gerangan yang mengejutkan dirinya daripada tidur tadi.

Rasanya semua orang dah balik dan sekarang ni yang berada di hadapannya adalah seorang jejaka yang tidak berpakaian uniform sekolah sedang tersenyum memandang ke arahnya.

"A-apa ni? M-macam mana awak boleh ada kat sini?", Jaekyung bertanya dalam gagap kerana terpegun dengan wajah jejaka itu. Wajahnya yang tidak dicemari dengan sebutir jerawat membuatkan dirinya dibuai dengan senyuman manis jejaka itu.

"Sayalah Dotaemon. Pengubah nasib Ahn Jaekyung", katanya dengan nada yang gembira.

Jaekyung mengerutkan dahinya memikirkan apa yang diperkatakan oleh jejaka itu.

"Saya mimpi kut. Nak tidur baliklah", lalu Jaekyung terus memejamkan matanya rapat.

"Eh!", jejaka bernama Dotaemon itu menggoncangkan tangan Jaekyung, tidak mahu Jaekyung tidur semula.

"Ish. Apa awak ni?!", terus dia bangun mengejut dan Dotaemon terkebelakang kerana terkejut.

"Janganlah marah. Saya cuma datang nak berkawan dengan awak je", Dotaemon berkata sebelum menundukkan wajahnya yang mula keruh. Kaki dikuis-kuis di lantai.

"Ish. Kenapa awak nak kawan dengan saya yang gemuk ni? Dahlah bodoh tak cantik. Dahlah. Saya nak balik!", terus Jaekyung menggapai begnya sebelum dia menapak keluar dari kelasnya untuk pulang ke rumah.

Dotaemon yang ditinggalkan itu terkebil-kebil dan dia kemudiannya hanya tersenyum nipis sebelum sesuatu dikeluarkan dari begnya.

---

"Ibu! Jaekyung dah balik!", Jaekyung menjerit dari luar sebelum dia ingin menjejakkan kakinya ke dalam rumah.

"Jaekyung! Datang sini!", ibunya memanggil dirinya dan dia sudah dapat hidu apa yang ingin diperkatakan oleh ibunya.

"Ye. Jap", terus dia menyusun kasutnya di atas rak kasut sebelum dia menjejakkan kaki ke dapur di mana ibunya berada.

"Ye ibu na- argh!", terasa perit pipinya yang dihadiahkan tamparan daripada ibunya.

"Aku suruh kau pergi sekolah bukan untuk bermain! Tapi untuk belajar! Ni apa ni?! Kau gagal semua mata pelajaran?! Kau ni nak jadi apa Ahn Jaekyung? Tak malu dengan diri kau ke?! Cuba contohi kakak kamu. Dapat keputusan cemerlang. Dapat kerja bagus-bagus. Kalau dapat keputusan macam ni, nak dapat kerja apa kau ni?! Dah pergi masuk bilik, belajar!", terus ibunya meloloskan diri dari kawasan dapur.

Air mata yang cuba ditahan tadi akhirnya tumpah. Satu sebab bisa yang menyengat di pipinya itu masih terasa dan satu lagi sebab kata-kata ibunya yang cukup membuatkan hatinya retak. Sebak yang teramat.

Itulah kisah malang Ahn Jaekyung yang sering dibanding-bandingkan oleh ibu bapanya dengan kakaknya yang kini bekerja di sebuah syarikat terkenal di Korea sebagai vice CEO.

Dengan langkah yang lemah, dia mula mendaki anak tangga untuk ke biliknya.

Badannya dihempaskan di atas katilnya sebelum siling putih di atasnya itu dipandang lama dengan mata yang masih berair.

"Kenapa aku perlu hidup dalam kebodohan ni? Aku tak sanggup. Aku penat", terus mukanya ditekup dengan bantal dan tangisannys mula mengisi ruangan kamarnya.

"Jangan risau Jaekyung. Saya ada untuk bantu awak ubah nasib kehidupan awak", suara itu sayup kedengaran di corong telinga Ahn Jaekyung. Dia dengan pantas terus mengalihkan bantalnya dari mukanya dan terpaparlah muka jejaka yang bergelar Dotaemon itu.

"Macam mana awak boleh masuk sini?!", terus bantal tadi dibaling ke arah Dotaemon. Dotaemon mebgelak sebelum dia tersengih petak.

"Saya Dotaemon. Pengubah nasib Ahn Jaekyung. Terimalah saya, Jaekyung. Saya janji saya akan bantu awak dan ubah semua nasib malang awak menjadi mimpi indah", kata-kata Dotaemon sedikit sebanyak memberi kesan kepada jiwa Jaekyung.

Jaekyung terdiam sebelum.muanya diangkat memandang ke arah Dotaemon.

"Macam mana awak nak buat semua tu?"

•••

Okay gais! How untuk first chapter? Okay? Kalau tak puas hati. Mari kita nantikan next update😍

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dotaemon -KTHWhere stories live. Discover now