''Tzuyu, tzuyu! Kemana kau?!"
"Jisoo, awak tolong cari si tzuyu eh, saya nak berak jap,"
"Ehhh! Patutlah busuk! Kurang ajar kau"
Dengan pantas irene menuju ke bilik air.
Jappp! Jap. Tandas kat depan niiiiii.. jangan!
"SANA!"
Orang yang tadinya mau mengambil bilik air yang kosong itu untuk mengeluarkan hajat kecilnya itu harus berhenti kerana ada orang menjerit padanya.
"THANKS!" Irene berterima kasih pada perempuan tadi kerana bagi dia menggunakan bilik air tersebut.
Gadis yang memberi laluan pada irene tadi gelak setelah mendengar bunyi yang agak kuat itu jatuh masuk ke dalam lubang jamban itu.
"Ahhhh, legaaa! Awak, mungkin jamban tu tak boleh digunakan untuk seminggu,"
Terdengar bunyi flush jamban yang tidak habisnya keluarkan air yang berfungsi untuk membersihkan najis di takungan tandas itu.
"Atau untuk satu tahun," sambung gadis yang tidak dikenali oleh irene itu.
Irene pun segera keluar dari tandas itu yang sudah berbau busuk itu dan meninggalkan gadis itu sendirian.
Gadis itu membebel pada dirinya sahaja bahawa dia sudah tidak bernafsu untuk membuang kan air kencing itu.
●●●●●●
Ketika irene ingin menolong jisoo dalam mencari tzuyu, irene melihat serpihan kaca yang berada di atas lapangan sepak takraw.
Irene pun mengambil serpihan kaca itu dan membuang kaca itu ke dalam tong sampah yang berdekatan dan menasihati acik cleaner supaya berhati hati ketika membuang plastik sampah itu kerana mempunyai serpihan kaca.Acik cleaner itu berterima kasih pada irene kerana prihatin padanya. Irene mengucapkan sama sama pada acik cleaner.
Tidak lama kemudian, irene berdiri balik di tempat serpihan kaca itu.
Brukkk
"Bapak ah! Sakit siakkkkk!" Irene menjerit kesakitan
"Maaf," kata seseorang yang irene sangkakan almari atau meje yang terjatuh tadi.
"Lah, orang ke. Sana!" Irene menyuruh orang itu segera bangun dari atas tubuhnya yang ngilu akibat lelaki itu menimpa badan irene yang baru sahaja berak itu.
"Lagi sekali, saya memohon maaf,"
"Ha, apa apa lah. Eh jap, kau siapa?"
"Saya mingyu, dari kelas yang sama dengan jungkook. Awak yang selalu dengan jungkook kan? No, not you. The other person. Am i right?"
"Yes, you're right, the other person. The nama is tzuyu."
"Ooo, tzuyu. Yang tinggi tinggi tu kan?"
"Haah, kenapa?"
"Saja tanya. Ahh, saya minta diri dulu ye, nak pergi cari jungkook,"
"Samalah saya, saya nak kena cari si tzuyu tu."
"Oo, ok lah. Bye!"
Irene melambaikan tangannya pada mingyu.
Mingyu menatap badan belakang irene yang semakin kecil itu kerana dia semakin jauh untuk mencari tzuyu.
"Kacau betul minah ni, Ishh!"
Mingyu pun berlalu dari situ dan meneruskan dirinya untuk mencari jungkook kerana cikgu yang mengajar subjek seni suruh untuk membawa jungkook masuk ke kelas.
●●●●●●
"Jisoo! Tzuyu dah jumpa belum?"
Jisoo memandang irene dengan muka kesalnya kerana ketika dia ingin menukar baju pj kepada baju uniform, dia nampak tzuyu tengah menuju ke kelas sambil tersenyum seorang diri.
Dasar budakkk!
"Dia dah masuk kelas dah. Budak tu memang patutnya kita tak perlu risau padanya."
"Sebab tu tadi saya pergi berak."
"Irene! Sudah, berhenti cakap pasal najis awak tu. Semua najis sama warna. Dah!"
Jisoo meninggalkan irene untuk ke kelas sekarang.
Irene tergelak kecil kerana jisoo marah padanya. Irene pun segera mengejar jisoo dan memeluknya dari belakang.
"Jangan marah jichuu. Nanti kedut muka tu~, jin pun pergi cari baru."
Jisoo menjeling pada irene dan melepaskan pelukan irene padanya.
"Kau! Jangan nak tanya jawapan english yang aku jawab helok tadi. Faham!"
"Awww, jisoo yang manis dan kesayangan nya jin, janganlah macam ni.. okay?"
Irene terus merengek pada jisoo agar jisoo memberikan jawapan soalan subjek english yang menurutnya agak memecahkan otaknya sepanjang jalan nak kelas mereka.
●●●●●●
"Cikgu takde ke?" Jisoo bertanya ketika sudah sampai ke kelasnya yang didapati sangat riuh itu.
"Takde, cikgu mc," jawab seseorang yang berada di dalam kelas tersebut.
"Tzu, oi tzu, buat apa tu?" Irene menanya pada tzuyu yang sedang membaringkan kepala di atas meja nya.
"Rehatkan otak, penat" tzuyu menjawab sambil menutup matanya.
Irene dan jisoo pun melakukan hal yang sama seperti tzuyu.
"Rene, jisoo. Nak tak kita pergi kedai buku. Beli buku latihan untuk exam nanti?" Tzuyu bertanya kepada kedua rakannya dengan posisi yang sama. Iaitu kepala di atas meja.
"Okay je. Bila tu?" Jisoo menjawab pertanyaan tzuyu dan melontarkan balik pertanyaan pada sesiapa saja.
Kita pergi waktu weekend.
YOU ARE READING
Love.... Fasa Pembetulan
FanfictionTzuyu Jungkook Crush. Tapi malu. Ihikk Tajuk dulu, life chou tzuyu #tzukook