Bangkit atau kecundang?

22 1 0
                                    

Dalam kehidupan akan ada satu perkara yang pahit dan manis,perkara yang Ayana mahukan adalah mengubah prinsip hidupnya,walaupun agak sukar dan dia sendiri sedar akan sikap negatifnya tidak mampu membawa dia kemana-mana walaupun ke negara yang dia impikan.
Hanya satu perkataan yang mampu dia cipta satu kata-kata sebagai tongak apabila dya sedang jatuh iaitu 'kasih sayang dan kepercayaan mampu memberikan semangat yang positif kepadanya untuk mengampai cita-cita dan matlamatnya'.Ayana terkenangkan bahawa tahun demi tahun dia menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan tapi dia perlu percaya bahawa atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya pasti ada hikmat dan asbabnya tersendiri,Keluarganya bukan lah orang yang berduit,berkedudukan,mahupun perhatian netizen seperti di luar sana yang dilihat oleh Ayana.Dia pernah impikan keluarga yang serba sempurna.Kehidupannya yang bahagia dan dilayan seperti cinderella.Tapi apakan daya dia hanyalah gadis biasa.

Banyak tatapan yang Ayana lakukan terhadap dirinya dalam usia 16 tahun pada usia muda ini.Tahun hadapan merupakan salah satu tahun yang terpenting bagi Ayana untuk membuktikan dirinya mampu mengubah kehidupan dan merawat keluarganya yang sakit.

Latar belakang Ayana bukan lah yang disangka.Ayana adalah satu-satunya anak tunggal dalam keluarganya,Bak kata orang dia lah penawar dialah racun.Ibu bapanya pernah menatap wajah Ayana dengan sayu dan sedih kerana mereka percaya setiap anak mahukan khidupan yang serba sempurna.Tapi Ayana seorang anak yang tabah dan cekal dia menyatakan bahawa segala kemewahan yang dia impikan tak sama dengan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh ibu bapanya sendiri.Jika Ayana sendiri tidak menghargai segala pengorbanan hidup mereka siapa lagi yang mahu menghargai mereka kalau bukan kasih seorang anak dalam mengenang jasa ibu bapa sendiri.

"Ya Allah Ya Rabbi,kau kurniakan lah kesihatan dan ketenangan dalam hidup keluargaku.Kau ampunilah segala dosa kedua-dua ibu bapa ku.Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku sejak kecil.Ya Allah,aku sayangkan keluargaku andai kata biarlah aku pergi dahulu sebelum mereka,kau jagalah mereka seandainya aku pergi dahulu,Kau berikan lah mereka zuriat yang jauh lebih dari aku,Ya Allah hanya kepada mu aku pohon kerna kaulah tuhan yang maha pengampun dan maha indah.Amin ya Rabb"-Ayana hanya mampu doakan yang terbaik buat keluarganya

Ayana bangkit dari duniannya sendiri selepas semak dan imbas kmbali atas jasa kedua ibu bapanya kepada dia dan memohon petunjuk dan hidayah dari maha penciptanya..

Sedar atau tidak waktu asar datang menghampiri,tempat duduk bas yang dia tunggu dari tadi tidak dia berganjak walau seinci apabila mengenangkan kisah hidupnya berbanding rakan-rakannya.Akhirnya,bas awam yang Ayana tunggu datang menghampiri ke tempat perhentian bas yang Ayana tunggu tadi selama 2 jam selepas waktu persekolahannya.

Senyuman yang manis Ayana berikan kepada pemandu bas yang Ayana sudah kenal sejak kali pertama Ayana menaiki ke bangku sekolah menengah,sejak dari itu Ayana telah menaiki bas itu dari dia tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 4.Pakcik bas itu membalas senyuman Ayana sejenak kemudia menyambung tugasannya.

Ayana mengambil tempat duduk di dalam basnya di bahagian tengah perut bas dimana kedudukannya tak terlalu belakang dan tidak terlalu depan.Sambil-sambil Ayana merenung ke luar tingkap bas,Dia berasa sayu seolah-olah jiwanya kosong dan dia berasa sedih.Dengan itu dia terus memasang hasratnya untuk terus dengan matlamat utamanya.Dia memegang satu surat yang diserahkan oleh Ju Xian,rakan karibnya selepas waktu persekolahan.

"Ayana,kau tak boleh terus bersedih macam ni,aku tahu kau ada masalah,tapi jangan terlalu fikirkan masalah kau,cuba hadapi masalah kau dengan kental doa pada tuhan aku yakin yang Esa pasti akn dengar doa kau,sebab kau seirang sahabat yang baik.Percaya lah Ayana satu hari impian kau akn tercapai terus percaya dan percaya dan usaha Ayana itu paling penting jika kau betul-betul nak ubah.Keep smile Ayana - Ju xian "

Ayana menatap surat itu beribu kali dya tertarik dengan ayat terakhir Ju Xian "Percaya lah Ayana satu hari impian kau akn tercapai terus percaya dan percaya dan usaha Ayana itu paling penting jika kau betul-betul nak ubah.Keep smile Ayana"
Dia tahu rakannya,Ju Xian tidak lama lagi di sekolah itu kerana Ju Xian akan menetap di Japan kerana bapa  Ju Xian ada tugasan di sana dan satu keluarga mereka beroindah ke Japan.Itulah satu surat yang pertama dan terakhir yang pernah Ju Xian tulis kepada Ayana Qaisara.

Sudah kehilangan satu sahabat yang paling Ayana sayangi dan hormati,Ju Xian merupakan sahabat yang amat menenangi dan selalu berada bersama Ayana.Kini Ju Xian turut pergi meninggalkan Ayana Qaiasara ,tempat Ayana mengadu dan bercerita.Ayana pilu dan sedih dengan pemergian sahabatnya.Japan.Satu negara yang maju dan kaya dengan orang yang berdisiplin dan keramahan penduduknya,telah membuatkan satu destinasi impian buat Ayana untuk pergi ke negara itu satu hari nanti..

Surat Terakhir Ju Xian disimpan ke dalam buku khas Ayana  agar dalat dijadikan kenangan dan kata pembangkit apabila Ayana bersedihan dan kata-kata bahawa Ayana harus percaya akan qada dan qadar allah,Ayana terus menguatkan dirinya dengan berzikir dan ingat akan impiannya..

Tibanya di satu perhentian bas terdapat seorang warga emas sedang menaiki bas dengan seorang anak kecil yang buta yg dipimpin oleh nenek itu.Ayana hanya mampu memerhatikan gerak geri pasangan itu.Ayana tersedar sesuatu.
'anak tiada penglihatan,maka neneklah mata anak itu,nenek itu tidak kuat maka disamping nenek itu ada seorang insan yang bisa menjaganya'-Kesedaran yang mampu menjentik naluri Ayana.

Yang mungkin selama ini dia tidak sedar,Satu tempat dimana kita pijak dan bergembira mungkin tidak akan kekal.Mungkin tanah yang kita pijak pada hari ini akan bertukar menjadi satu lautan.Mungkin nafas yang kita gunakan untuk badan mungkin tidak berfungsi lagi pada keesokkan hari.Mungkin nyawa orang yang kita sayangi tiada lagi keesokkannya..Perasaan syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan kebahagian serta nikmat ini Ayana tersedar kenapa selama ini Ayana tidak mempedulikan? Ayana tak sangka yang dia akan berubah sebanyak ini..

Tanpa disedari air mata Ayana mengalir di pipi,Ayana terasa seakan-akan selama ini dia tak pernah mensyukuri apa yang dia ada.Dia selalu mahukan kemewahan.Dia terkadang ada sikap ego yang boleh memusnahkan dirinya satu hari ini.Ayana menangis apabila dikenangkan.Dia insaf dan berjanji akan mengubah sikapnya.Terima kasih Ya allah kerana menakdirkan pertemuan pasangan itu dan telah menyedarkan diri ini dari dunia fantasi aku.

Walaubagaimana pun dia kena bangkit dan teruskan usaha.Buktikan kejayaannya mampu memgubah hidup keluarganya dan menjadi  seorang anak yang  solehah kepada kedua-dua ibu bapanya.

Dia berubah

Dia yakin dan percaya

Akan kata-kata Allah seperti yang disebutkan dalam hadis

"bergantunglah kepadaku nescaya aku akan membimbing dan membantu mu di saat kau perlukannya"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

kisah kita tentang kehidupanWhere stories live. Discover now