◈Bab 29◈

1.1K 58 0
                                    

Waniey POV

Tiba sahaja di depan E-round Mall, Waniey menahan senyum yang tertahan.

Walaupun hanya dating dekat shopping mall, tidak kisah. Asalkan dapat jalan-jalan sudah.

"Waniey, jangan jauh sangat!" Pesan Ian lalu mengejar langkah Waniey yang laju.

Dia mengekori Waniey dari satu kedai ke satu kedai. Dia malas mahu merungut. Takut nanti kena kerjakan dengan si Waniey. Pendek tapi macam beruang.

"Iann" panggil Waniey manja. Ian menoleh ke arah Waniey. Gadis itu menunjukkan dress merah kepada Ian.

'Thumbs up' diberikan. Jujurlah, semua baju yang Waniey pilih semua cantik. Sebab dia pendek, jadi senang nak padankan!

"Iann, betul-betullah! Dari tadi kau main angkat jari" rungut Waniey manja.

"Waniey Nafhira, semua pakaian yang kau pilih tu cantik. Jadi, aku bagilah. Kalau buruk, aku bagi tebaliklah thumbs up" jujur Ian membalas.

"Tipu!" Masih lagi dengan merajuknya. Ian tiada pilihan, nak sangatkan. Kena kau!

Ian menarik tangan Waniey menuju ke fitting room di kawasan belakang.

Waniey dan Ian masuk ke dalam fitting room itu tanpa disedari oleh staff mahupun pelanggan.

"Apa ni?" Soal Waniey merah muka. Badan mereka berdua sedikit bersentuhan. Di dalam benak hati gadis molek itu, sudah cukup berdoa agar tiada sesiapa nampak perbuatan dungu Ian tadi.

Sudahlah pendek, jadi muka dia kena dada Ian yang sedikit berketul.

Ih, gatal pula mata nak tengok. Tapi tak sengaja.

Tangan Ian disandar ke cermin panjang. Diturunkan sedikit wajahnya ke wajah Waniey.

'Nasib kau comel, sanggup jugak aku tunduk sebab pendek sangat' getus hati Ian.

Wehh, kenapa rasa lain ni? Dia dapat rasanya nafas Ian yang panas.

"Waniey Nafhira sayang, kan aku dah cakap pakaian yang kau pilih tu high test. Kalau kau bagi buruk, dah lama aku jujur" bisik Ian di telinga Waniey.

Mata bertentangan mata. Mata pekat Waniey ditusuk dalam dengan pandangan menggoda Ian.

"Tipuuu" masih lagi berkeras dengan jawapannya, hujung ayat menjadi halus. Separuh muka ditutup dengan beg tangan.

"Sayang, jangan degil sangat boleh tak? Kalau degil tu bolehlah kat lelaki lain. Dengan aku ni tak payahh nak degil sangat. Taulah nak bermanja, kalau nak kena ngap, cakaplah lagi" bebel Ian sambil tersenyum nakal.

"Atau nak aku tolong pakaikan?" Dagu Waniey diangkat untuk memandangnya. Bibir jejaka itu digertap nakal.

"Yelahh! Sana, hilang oksigen" ucap Waniey, mengalah.

Bukan apa, dia jarang mahu menggedik dengan lelaki selama ini. Jadi, kalau dia terjatuh dengan lelaki tu, manja dia adalah degil dia.

"Good girl. Dah, cuba baju tu" arah Ian lalu keluar daripada fitting room.

Waniey terduduk sambil memegang jantungnya. Berdegup macam nak meletup rasanya.

Ian yang diluar, menekup muka. Dia malu dengan perbuatannya sendiri. Berani betul akal dia bernakal dengan Waniey di dalam.

**※💎6 Generation💎※**

Athiyah POV

[S1] 6 GENERATIONS ✓Where stories live. Discover now