Malaysia , im back !
Setelah lima tahun melanjutkan pelajaran di Italy , akhirnya aku pulang ke tanah air yang tercinta
"Ibu , i miss you" Aku pantas memeluk ibu yang sudah mengalirkan air mata akibat rindu yang melampau
"Ibu pun rindu Isy jugak" Lantas aku menyeka airmata nya dan meleraikan pelukan lalu bersalam dengan daddy
"Anak daddy sihat ?" Daddy mengusap kepala ku dengan lembut.
"Isy baik-baik jer daddy. Daddy sihat?" Ya Allah betapa rindunya aku terhadap ayah yang aku sanjungi selama ini
Bersebelahan daddy , kelihatan adikku , Tengku Azril Izham sedang tersengih sambil melihatku
"Woi bro , ingatkan dah mampus dah accident aritu" Aku menumbuk perutnya.
"Sakit lah bodoh , mama daddy tengok Isy ni" Aku hanya tersengih macam kerang busuk. Begini lah kami berdua kalau bertemu. Tak ubah macam Tom and Jerry
"Jom lah balik , Isy rindu lah masakan ibu"
"Baiklah sayang , nanti balik ibu masak yang sedap-sedap okay"
..........
"Mama , Isy nak keluar kejap nak jumpa kawan"
"Kan dah lewat ni Isy , esok-esok lah jumpa tak boleh ke ? Kamu pun bukan ingat sangat jalan kat KL ni " Kata mama yang kedengaran risau
"Alaaaa plisss Isy bukan pergi sorang Isy bawak Azril sekalii" Kataku dengan separa merayu
"Aku pulak kena. Aku nak tidurlh bodoh kau bangang ape ajak aku keluar memalam macam ni" Jerit Azril
"Dah kena sampuk hantu mana abang aku ni pukul 1 pagi ajak keluar babi betul" omel Azril dalam hati
Tengku Airel Isyraf memberi pandangan tajam yang menyatakan "Kau x ikut kau kena dengan aku malam ni setan".
"Hmm , yerlah aku ikut". Bukan boleh buat main abang dia yang sorang ni.
Tengku Airel Isyraf tersenyum sinis. Huh tahu takut
...........
QAISHA POV
"Qaisha !!!!" Jerit Maimunah merangkap penjaganya selepas kematian kedua ibubapanya sewaktu Qaisha berumur lima tahun lagi.Selepas sahaja Qaisha diserahkan kepada Maimunah , Qaisha diperlakukan tak ubah seperti seorang hamba. Hampir kesemua kerja rumah dilakukan olehnya. Maimunah juga memaksa Qaisha bekerja dan memberikan wang gajinya kepada Maimunah dan anaknya , Dahlia untuk berjoli sakan.
"Ada apa makcik panggil saya?" Tanya Qaisha dengan lembut.
"Kau mop lantai ke tadi Qaisha ?"
"Ye saya mop tadi makcik. Kenapa ?"
Maimunah menarik rambut Qaisha lalu berkata "Dasar perempuan sial kalau dh mop tu x reti bagi dia kering ke kalau aku jatuh tadi macam mana" Dia menarik rambut Qaisha dengan lebih kuat
"Makcik ! Sakit makcik ! Maafkan Qaisha ! Ya Allah , sakitt !" Jerit Qaisha yang dalam kesakitan itu.
"Sakit ? Kau nk rasa yang lagi sakit ? Mari sini kau " Maimunah menarik Qaisha ke dapur dan mencelup tangan Qaisha ke dalam air panas
"Rasakan ! Dasar betina tak kenal dek untung. Kau dengar sini ! Kau tu menumpang jer kat sini jangan nak tunjuk perangai bodoh kau tu kat sini. Faham tak?"
Qaisha menangis kesakitan. Ya Allah ape nasib aku ya allah tolong lah aku .
"Faham , makcik"Maimunah menjeling Qaisha sekilas lalu meninggalkan Qaisha di dapur keseorangan.
......
Malam itu , Qaisha nekad untuk melarikan diri daripada rumah neraka itu. Dia sudah menghubungi kawan karibnya , Izzah yang berada di Kuala Lumpur untuk membawanya jauh daripada sini.
"Hello Izzah , aku pergi ke Kuala Lumpur sendiri je ok. Aku taknak menyusahkan kau."
"Eh. Kau boleh ke naik bas sengsorang datang sini ? Bahayalh wey."
"Xpe , aku dah biasa. Kau tunggu aku ok" Balas Qaisha sambil tersenyum. Dia tersenyum kerana tak lama lagi dia akan bebas daripada kurungan makciknya , Maimunah.