Aku mengenakan hoodie berwarna putih dan seluar jeans pemberian Dr.Daniel.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hari ni aku dah boleh keluar dari hospital..
Happy ? Mestilah happy..tapi.. entah la.. perasaan takut mula menyelebungiku... aku takut nak keluar hadap orang ramai. Selama setengah bulan aku berada di sini, hanya Dr.Daniel dan Dr.Ong je yang aku bercakap dengan mereka.
Walaupun mula nya aku agak takut dengan dorang.. tapi lama-lama dah biasa.. rasa selesa. Dorang rawat dan jaga aku dengan baik sampai aku boleh bergelak tawa dengan mereka. Terutama Dr.Ong. Tiap-tiap malam dia bawakkan aku makanan. Bak kata dia supper (?¿)
Aku mula rapat dengan dia. Dia sangat ambil berat pasal aku berbanding Dr.Daniel. Aku tak kesah pun. Hehe..
Oh ya..aku akan tinggal dengan Dr.Ong lepas ni. Jangan jeles ye.. Dia nak jaga aku. Ye la,lagipun aku takde sape-sape wakil or penjaga nak amik aku. So dia la jadi penjaga aku. Kan ? Betul la tu.
Aku duduk termenung di sofa yang berada di dalam bilikku ni.. Sayang pulak nak tinggalkan hospital ni. Aku melihat pemandangan kota Incheon yang agak sibuk dengan beratus manusia. Aku agak je beratus sebab aku ni rabun.
Sebenarnya aku tengah tunggu seseorang untuk urusan hal aku untuk keluar dari sini.. memang aku akan tinggal dengan Dr.Ong but dia tak boleh teman aku sekarang sebab dia tengah kerja. Nanti orang pelik pulak, doktor temankan pesakit keluar dari hospital. Hahaha. Dah la Dr.Ong hensem..tak pasal-pasal ramai jeles. Ke readers pun jeles ?
Seseorang yang aku cakap tu chingu Dr.Ong. Dia mintak tolong chingu dia uruskan hal aku then bawak aku gi jalan-jalan sementara dia tengah sibuk kerja. Aku ye kan aje bile dia cakap chingu dia baik walaupun muka macam gorilla.. Erk..
Kedua lututku dipeluk lalu daguku diletakkan atas lutut. Kepala hoodie aku pakai lalu bersandar di sofa tersebut sambil tunggu chingu Dr.Ong.
Nama chingu dia... Erm.. Yoo ? Yoon ? Yoon.. Ji... Ji ape eh ?? Sung. Haa,Yoon Jisung ! Takde la susah sangat nama dia just aku je yang 'lost'. Hihihi...
Beberapa minit kemudian aku terlelap di atas sofa sambil masih memeluk lutut. Keadaan bilik wad yang ber aircond dan aku pakai hoodie ni teramat selesa sampai rasa nak tidur sampai 3 hari. Eh eh..
30 minit kemudian...
"Hyora..." Aku terbangun apabila ada orang panggil nama aku.
"Hyora hyora...Park Hyora" perlahan-lahan aku bukak mata..
Seorang namja berada di depanku sambil tersenyum. Aku mengesot kebelakang sikit.
Takut.
"Jangan takut. Aku chingu Seongwoo. Yoon Jisung imnida.." katanya sambil cuba menenangkanku yang dah mula menggeletar.
Aku tak tahu kenapa tapi setiap kali aku jumpa orang baru,aku akan macam ni.
"Jadi..awak la chingu Seongwoo yang dia mintak tolong tu ?" Tanyaku lepas dah kembali kepada asal. Dia angguk.
"Kau la Hyora kan ?" Tadi dia jugak yang panggil nama aku ?
"Nae..."
"Ook.. Mianhae sebab buat kau tunggu lama sampai tertidur. Jalan jem tadi. Sebab tu lambat..sorry" ujarnya sambil menunduk.
"Kwenchana..."
"Ok...dah jom. Nak ambil ubat kat kaunter farmasi."
"Ubat ?"
"Ye la,ubat kau. Ubat asma. Kau kan asma.."
Aku ada asma eh ? Lupa lak.
"Dah dah jom" aku bangun dari sofa dan membetulkan rambut yang agak serabai sebab tidur tadi.
Tiba-tiba ada sebuah tangan turut membetulkan rambutku. Aku terdiam. Jisung sedang memperkemaskan rambut aku sambil tertunduk-tunduk sikit.
Aku hanya memerhatikan wajahnya. Hidung mancung..
Aku geleng.
Jisung membuka pintu bilik lalu keluar. Aku membontoti Jisung. Sempat aku melihat bilik wad kali terkahir.
Annyeong...
Haa..hi readers ? Ok tak citer ni ? Ke merapu je lebih ? Huhu..btw ni still pasal Seongwoo eh. Takde bertukar kepada Jisung lak😂