Kadang kadang aku terfikir, Apakah itu Cinta? Adakah Cinta itu sesuatu yang berharga atau hanya permainan manusia semata?
Aku sentiasa berharap si dia mengungkapkan Cinta kepada diriku..
Benarkah, ungkapan Cinta itu indah, mampu membahagiakan hati manusia kerdil seperti dirikuuWahai si pemberi Cinta, izinkan aku merasai cintamu, agar aku dapat mengenal kebahagiaan bercinta bersama hamba ciptaanmu..
Aku memendam rasa yang sentiasa berbunga dalam hatiku, aku tidak mahu mempamerkan perasaanku ini kepada sesiapa pun, terutama kepada dirinya.
Aku malu, aku takut, aku hanya mampu berdoa agar cintaku ini tidak pernah Sia Sia,
Aku ingin menjadi seperti Saidatina khadijah, aku ingin menjadi seperti Saidatina Aisyah,,
Aku ingin cintaku setulus Cinta mereka, aku tidak mahu cintaku ini hanya kerana nafsu semata..
Setiap kali si dia berada di hadapanku, jantung ku berdebar tidak tentu arah, denyutannya tidak senada irama dan lagu.
Jika kalian pernah jatuh cinta, beginilah perasaanku saat ini, gementar, gemuruh, aku kaku serta merta.
Aku tundukkan wajahku ke bawah, aku langsung tidak berkeyakinan ingin melihat wajahnya, apatah lagi ingin bersuara.
Ya ALLAH, lindungilah diriku dari bisikan syaitan durjana, aku tidak mahu Cintaku ini menjadi Cinta fitnah, Cinta yang penuh dengan kehinaan Dan kedustaan.
Selagi dia bukan yang halal untuk diriku, aku tidak mahu bertentang mata dengannya, aku tidak mahu sekalipun berada di hadapan matanya, kerana dia.. Belum tentu lagi jodohku
Wahai gadis di luar sana.. Jagalah dirimu sebaiknya, kerana Cintamu hanya layak kepada yang halal untukmu,,
Jangan risau wahai diriku,, lambat laun masanya akan tiba, jadilah penunggu yang setia kerana ajal juga sedang berlari mencari diriku.
Buku ditanganku, ku tatap penuh minat, aku tersenyum membaca setiap coretanku.. Akan ku simpan menjadi kenangan hidupku,
Aku lekapkan tapak tangan di dada kiriku, mendengar setiap denyutan nadiku..
Dup dap Dup dap Dup dap
Alhamdulillah, aku masih bernafas sempurna, aku berharap setiap hembusan nafasku adalah sesuatu yang tidak menyiakan hidupku
Kini, aku bukan lagi kanak kanak yang sentiasa memerlukan sokongan, aku bukan lagi remaja yang sentiasa inginkan perhatian..
Tetapi, akulah hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaannya, yang sentiasa ingin mencintaiNya.
Duhai hujan, terima kasih kerana sentiasa membasahi diriku.. Kerana setiap titisanmu itu adalah Anugerah Tuhan untukku.
Aku berdiri dari duduk ku, buku ditangan aku pegang seerat mungkin..
Aku menghayati setiap deruan angin disekelilingku.Dari sini, aku dapat melihat dirinya Namun cepat cepat aku menundukkan wajahku..
Setelah agak lama aku berkeadaan begitu, aku mula melihat ke arah yang sama..
Dia sudah pergi, aku tersenyum kelegaan, oh jantung kuat sekali degupanmu ini...
Aku pejam mata serapatnya...
buku, aku peluk kemas di dada,Ini, kisah hidupku..
Kisah Cinta aku Dan dia.******
I hope you alls will enjoy with my first story, I know I'm bad in writing but please support me, if I don't get any support, yeah I will delete my story. It's bad for me right
So, please if you like this chapter, leave comments and vote it..
Don't be silent reader because I really want to know, what do you think about my story.Thanks, also follow me
nurirahhAny problem?
Just dm me.Follow
CikMardiahHer story is my favourite❤️
YOU ARE READING
QALBI💕
RomanceSakit itu yang sering aku lalui Pedih itu yang aku sering alami Tapi aku percaya di setiap kesakitan itu ada kebahagiaan yang sedang menanti. Sabar! percaya! Setiap dugaan yang mendatang pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana itu, aku masih bertahan...