Bab 1

59 11 5
                                    

Tak semua manusia dilahirkan sempurna, pasti akan ada kurangnya di sebalik wajah bersih itu.

Aku, Mawar Safrina.
Genap umurku 19 tahun pada lapan julai ini.

Kini, aku bukan lagi manusia yang sentiasa dahagakan kasih sayang,
Walaupun perit untuk ditelan, aku tetap kena terima.

Kerana ini adalah takdirku.
Aku tidak perlu lagi merengek tentang sunyinya hidupku.

Ya,terlalu sunyi tanpa insan yang bergelar ibu Dan ayah.

Siapakah mereka?
Di manakah mereka?

Aku tidak tahu.

Kata Umi, aku dijumpai di dalam kotak yang diletakkan dalam masjid,

Suara bayi yang merengek rengek di waktu malam itu lansung tidak didengari sesiapa.

Ya,bayi itu adalah aku. Malang sekali hidupku.

Aku ditinggalkan sejak aku masih kecil. Asal usulku, ahli keluargaku, aku tidak tahu akan kewujudan mereka.

Adakah mereka masih hidup? Atau sudah lama meninggalkan dunia.

Aku tidak ada jawapan untuk itu.

Kadang kadang aku terfikir, adakah aku ini anak hasil Penzinaan?

Adakah aku ini anak tidak sah taraf?

Nauzubillahiminzalikk, aku langsung tidak ada jawapan untuk itu.

Umi selalu yakinkan aku bahawa aku ini anak yang bertuah, aku ini cantik, aku ini Anugerah yang di turunkan Allah dari langit,

Aku bukan anak tidak sah taraf! Umi terlalu menekankan ayat itu padaku Apabila aku mula mempersoalkan.

Siapakah diriku?

Aku tidak tahu tentang itu. Jangan Tanya aku lagi.

It's hurt me sometimes.

Sekarang, di rumah anak yatim inilah aku membesar. Aku dijaga oleh perempuan yang sangat suci hatinya, dia menyayangi aku dan anak anak yang lain seikhlas hati.

Kadang kadang aku cemburu dengan mereka yang dapat hidup Mewah bersama keluarga masing masing.

Aku juga ingin hidup seperti mereka.
Aku juga ingin merasai disayangi oleh ibuku.
Aku juga ingin dimanjai oleh ayahku.

Kenapa hidupku tidak beruntung seperti yang lain?

Kenapa darah dagingku sendiri sanggup meninggalkan aku,

Padahal Aku langsung tidak mengerti apa-apa, aku langsung tidak bersalah.

Jadi, mengapa mereka tinggalkan aku?

Ibu, ibu, ibu, Mawar inginkan ibu, Mawar ingin dipeluk oleh ibu, Mawar ingin merasai nikmat memanggilmu ibu.

Buat ayahku, Mawar di sini sangat sayangkan ayah, walau siapa pun ayah, terima kasih kerana hadirkan Mawar di dunia ini, kalau ada Peluang, bolehkah Mawar bertemu ayah? Bertemu ibu?

Bolehkah semua itu terjadi?

Aku tarik selimut rapat ke dada. Malam malam begini, aku sentiasa fikirkan benda seperti ini.

Ya, aku berfikir tentang Siapakah aku?

Aku sangat memahami hati anak-anak yang tinggal di sini,

kami serupa.

Kami rindukan ayah dan ibu.

Aku angkat kedua belah tanganku, doa tidur aku baca dalam hati. Aku juga turut membaca ayat kursi sebagai penghalang diganggu oleh syaitan Dan iblis.

Aku Cuba pejamkan mataku rapat, aku ingin lupakan tentang dunia, aku ingin hidup di alam mimpi yang jauh lebih indah dari realiti.

Kehidupan ini memang penuh pancaroba, tidak dapat aku sangkalkan tentang ini lagi.

Siapa bilang dunia ini adil?
Tidak.
Dunia ini tidak adil sama sekali.

Inilah kehidupan, kadang-kadang ada bahagia, Namun disebaliknya pasti terselit derita.

Sakit. Pedih.

Hanya Allah yang tahu.
Hanya DIA yang memahami.
Serahkan padanya,nescaya kebahagiaan menanti.

Di kegelapan malam yang begitu suram, aku Mawar Safrina baru sahaja ingin mengorak langkah.

Langkah yang begitu sulit selepas ini.

******

  Jika hidup ini suhu, Siapakah yang menentukan sejuk atau panas?

Kalau dugaan ini berat, Siapakah yang perlu bersabar mengharunginya?

Kita manusia, tak pernah lari dari kesalahan.. Usaha, Cuba, InsyaAllah berjaya!

Fight for yourself!

*******

Kalau bab 1 ini kurang baik bahasa melayunya Maafkan saya,

Saya masih mencuba

Keep vote and comment.
I need to know how about my writing.

Thanks Kak Mar! sebab add cerita ni.

I will try my best.

CikMardiah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

QALBI💕Where stories live. Discover now