PART 1

170 6 13
                                    

**17 tahun yang lepas**

''Malam hari jadi aku ni jugak korang ajak aku pergi buru rusa. Malang nasib aku'' kata Peter kepada rakan-rakannya sambil mengasah pisau di hadapan unggun api.

''Alah, sekali sekala kau keluar dengan kiteorang buru rusa. Jangan risau, nanti aku bagilah kau hadiah hari jadi'' kata salah satu rakannya sambil tersenyum melihat peter.

''Ape kau senyum-senyum? Dah jom. Semue barang dah siap. Memang keje gile korang ajak aku waktu malam macam ni'' kata peter lagi dengan membuat riaksi wajah yang menyampah.

''Yelah, dah jom'' balas rakannya tersebut.

Seberape ketika ketika mereka sedang mencari rusa, bulan penuh secara tiba-tiba bertukar menjadi merah dan menyebabkan mereka berasa cemas.

''Asal dengan bulan ni? Aku rasa macam tak sedap hati'' kata salah satu rakan peter kepadanya.

''Manelah aku tau'' balas peter secara ringkas dan cuba untuk menenangkan dirinya.

Tiba-tiba, kedengaran serigala mengaum lalu membuatkan mereka bertambah cemas. Mereka bergegas lari dan mencari jalan keluar dari hutan kerana tidak mahu menjadi mangsa serigala.

''Memang idea teruk ikut diorang ni'' bisik peter didalam hati dengan penuh cemas. Mereka berpecah secara tidak sengaja kerana keadaan di dalam hutan tersebut sangat gelap.

Tiba-tiba, peter terdengar suara tangisan bayi dan cuba mendekatinya secara perlahan-lahan.

''Budak ni macam baru lagi ni. Mana mak kamu? Macam manelah kamu boleh ade kat sini?'' Kata peter kepada bayi tersebut.

''Baik aku bawak dia balik, memang tak selamatlah kat sini. Kalau dia tak ada penjaga, baik aku ambik dia jadi anak angkat aku. Alang-alang aku memang nak cari anak angkat'' bisik peter di dalam hati sambil dukung bayi tersebut dengan berhati-hati.

**17 tahun kemudian**

''Sekarang cikgu nak bercerita tentang Red Moon Alpha. Red Moon Alpha wujud sebenarnya. Tetapi, pada zaman ni, ramai yang menyangka ianya hanya sebuah mitos saja. Tapi cikgu percaya, Red Moon Alpha itu wujud. Red Moon Alpha berbeza dari werewolf yang lain. Kuasa yang ada padanya sangat kuat berbanding dengan werewolf yang lain. Dia juga bukan manusia sebenar. Untuk pengetahuan kamu semua, Red Moon Alpha dilahirkan oleh seekor serigala betina yang paling besar di sesebuah kumpulan serigala pada malam bulan merah muncul setiap 100 tahun. Dia juga ketua bagi semua werewolf dan juga serigala. Warna mata Red Moon Alpha ialah merah berbanding dengan werewolf biasa, iaitu warna kuning'' kata Cikgu Sam yang merupakan guru kelas Tyler kepada murid-muridnya dalam kelas sejarah.

''Cikgu pasti ke dia wujud? Yelah, takkan lah dia dilahirkan oleh serigala? Macam mustahil je'' kata Thomas yang merupakan kawan baik kepada Tyler.

''Mungkin kamu berfikir mcm tu, tetapi tidak bagi alam semula jadi'' balas Cikgu Sam. Mata Tyler tajam melihat ke Cikgu Sam kerana betul-betul berminat dengan cerita yang disampaikan oleh cikgu tersebut.

''Pada tahun kamu semua dilahirkan, ada satu hari dimana bulan merah penuh muncul. Red Moon Alpha mungkin sebaya dengan kamu sekarang'' kata Cikgu Sam. Semua murid terdiam dan berfikir tentang rupa Red Moon Alpha.

''Cikgu, sekarang dah waktu rehat'' kata seorang perempuan bernama Jane kerana cikgu tersebut telah megambil masa 10 minit waktu rehat mereka.

RED MOON ALPHA-WOLF WARWhere stories live. Discover now