tujuh : 非

30 16 27
                                    


"Itu..."

"Ape ape?"

"A-"

Aku dan Ryan memandang Mirosa yang menepuk bahu Ryan tadi.

"Citer ape ni? Serius semacam je?"

Mirosa menyuap biskut coklat yang tersedia di dalam piring yang dibawanya bersama tadi.

"Ah takde papelah. Sebuk je."

Aku mencapai satu biskut lalu dimakan perlahan.

"Kau pergi mane Miros? Tak nampak pulak kau tadi. Datang datang je bawak biskut."

"Ah, tu tadi.. aku pergi ikut seseorang. Dia hantu baru. Tapi dia sebenarnya bukan hantu."

Aku mengerut dahi. "Ape yang kau cuba sampaikan ni? Dia hantu tapi bukan hantu?"

Aku suap lagi sekeping biskut. "Ryan, makan makan." Aku sumbat biskut dalam mulutnya.

"Tak payah sedih sangat pasal anniversary kau tu."

Ryan hanya mengangguk lemah sambil makan.

"Nak dengar tak ni?" Mirosa bermain dengan rambut coklatnya.

"Ha continue please."

"Dia bukan hantu tapi roh perempuan."

"Jadi?"

"Dia tak mati lagi, dan dia hilang ingatan. Dia kata die cuma ingat pasal seseorang. Dan bila kitorang cari orang tu, orang tu sebenarnya dalam penjara. Ditahan sebab cubaan membunuh. Dan orang yang cuba dibunuh tu sebenarnye roh tu la."

"Najshqhdiqjsjajdjaiwub, ape bende ni oi."

Aku bersandar di kerusi.

"Pastu ape? Roh tu nak balas dendam?"

"Asalnye, dia ingat lelaki tu sebagai crush dia. Jadi dia nak carilah laki tu. Nak tau sapa sebenarnye die tu. Nama die ape ke en. Tapi rupe rupenye die hanya ingat lelaki tu sebab lelaki tu lah yang cuba bunuh dia. Dia nampak muke laki tu sebagai muka yang paling last sekali. Dia sekarang sedang melawat dirinya yang terlantar dihospital." Kata Mirosa panjang lebar.

Ok aku cuma paham bab crush dan dia lawat diri dia kat rumah sakit? Muke laki tu jadi kenapa dia laki tu muka eh ingat kelapa ikan crush ikan hospital?

Gue pusingggg. 💫

"Jadi bile die dapat tau laki tu ade cubaan membunuh dirinya, dia pun mula berdendam tapi disebabkan ada seorang Mirosa yang baik lagikan bijaksana mengharungi sesuatu keadaan jadi dia tak jadi balas dendam dan hidup aman sehingga perempuan tu bangun dari koma."

"Ceh. Menyampah." Aku jeling Mirosa. Masuk bakul tak boleh angkat sebab gemuk.

"Oh ye, Kelly. Kawan aku kate nampak kau ngan seorang.... manusia~~~"

Apehal dengan suara seram tu?

"Kenape pulak?"

"Takde ape. Pft pandai kau eh, dating ngan manusia."

"Haahahahhahahaahahahahahaha." Ni gelak kembang ni.

"Agagagaga. Pelik benor gelaknye."

"Lelaki ke Miros?" Tanya Ryan tetiba.

Mirosa buat muka pelik sebelum mengangguk. "Yelah takkan perempuan kot, agak agak lah Ryan."

Ryan senyum semacam.

爱爱爱

Aku melalui tangga untuk turun ke tingkat satu setelah loceng tamat sekolah berbunyi. Pelajar pelajar berpusu pusu keluar mahu pulang ke rumah. Tapi tidak bagi seseorang.
"Allen!"

Allen menoleh ke sisi apabila terdengar nama nya dipanggil. Dia tersenyum apabila ternampak aku.

Argh!

Kaki aku tergelincir di anak tangga terakhir. Argh ni semua gara gara senyuman Allen, kalah gula cendawan.

"Okay ke?" Tanya Allen.

Aku mendongak. Wah~ Menawan tertawan. Masa seakan terhenti buat seketika.

Rambut coklatnya yang menawan, matanya yang kuyu namun menawan. Bulu mata melentik, hidung mancung. Bibir ny-

Ohmai apakah yang gue pikirkan yinni.

Cool Kelly, cool.

"Okay je."

Aku lantas berdiri. Senyum, Kelly.

"Kalau dah senyum macam tu, eloklah kan."

"Hehe."

Dalam 10 minit berjalan, akhirnya sampai juga ke rumah Allen. Rumahnya ialah dua tingkat, berwarna biru putih. Multi colouring kat dalam.

Macam, ruang tamu warne hijau, dapur warna ungu, bilik 1 warne kuning. Ha like that.

"I'm home." Kata Allen.

"Dah balik? Naik mandi then makan okay." Suara perempuan kedengaran dari ruangan dapur.

"Okay."

Allen berjalan ke arah tangga lalu pergi ke biliknya. Ceh takkan aku nak ikut pulak kan. Aku pergi ke dapur.

Dinding bahagian dapur diwarnakan dengan warna ungu diserlahkan lagi dengan sticker rainbow. Jap, rainbow?? Watdefak rainbow.

"Ma."

Allen. Oh. So ni lah mak mentua aku. HAHA. Cewah. Aku tersengih sengih.

"Ha turun pon. Duduk lah. Makanan dah siap."

Allen senyum. Kemidian duduk di kerusi pertama di kiri meja. Aku duduk di kabinet dapur berdekatan sinki.

Aku melihat bentuk badan Allen dari belakang. Macam pernah nampak. Mungkin dulu aku selalu intip dia dari belakang. Hmm ade logik.

Seketika aku melihat jam di dinding ungu bertampal sticker rainbow, 2:46 p.m. elektronik ok.

"Weh Allen aku nak keluar jap nanti malam aku balik!"

Aku lihatnya mengangguk.

Puff!

Aku teleport dari rumah Allen ke club hantu hantu london. Aku nak cakap sesuatu kat Mirosa.

Keadaan club ni macam disko. Haih hari hari buat parti ke ape? Siot tol lah.

"Miros!" Dan macam biasa dia tak jawab aku.

Aku berjalan ke arah Miros namun kaki aku terhenti apabila aku terdengar sesuatu.

Kepala aku tiba tiba pening.


Hai. 🌻 fellow readers. Vote 🌻🌻

Ape yg buat Kelly pening?

@leefirash owesomeness 👻♚

𝑴𝒂𝒆 | √Where stories live. Discover now