Perjalanan

8.5K 32 0
                                    

Setelah beberapa berlalu, aku menetap hari untuk aku berjumpa dengan Apit. Aku mengambil keputusan untuk datang pada hari khamis, memandangkan jumaat aku tidak mempunyai sebarang kelas yang patut dihadiri. Maklumlah, sudah tamat final exam, cuma pikir nak rehat jela.

Sebelum perjalanan ku bermula, Apit da mula bankin kepada ku sejumlah wang sebanyak RM200 untuk keperluan aku membeli tiket dan belanja makan minum ku. Dengan duit yang perolehi, aku membeli tiket dari tempat belajar ku ke TBS terlebih dahulu.. Memandangkan dari tempat belajarku tiada bas terus ke Kuantan. Aku bertolak dari tempat belajar ku pada jam 4.00 petang. Perjalan dari tempat belajar ku ke TBS mengambil masa selama 3 jam namun disebabkan oleh kesesakkan lalu lintas, bas aku tiba di TBS pada 8.30 malam..

Setelah tiba di TBS, aku mengambil bas untuk ke Kuantan. Namun, hanya ada pada 11.45 malam. Mahu atau tidak, terpaksa aku mengambilnya.. Aku memaklumkan kepadanya bahawa bas aku jam itu. Dia agak terkejut meminta aku menjaga keselamatan diriku. Dia meminta untuk memaklumkan apabila aku sudah menaiki bas.

Apabila jam menunjukkan hampir jam untuk aku menaiki bas, aku mengambil langkah untuk turun ke pintu perlepasan. Aku menduga ramai yang akan menaiki bas, rupanya tidak. Oh lupa, hari ni hari khamis.. Memang tak ramai.. Biasa kalau pulang hari jumaat, kawasan ini tidak pernah lengang seperti ini..

Apabila pegawai bertugas mengumumkan bas yang aku akan naiki sudah tiba, aku mengambil langkah menuju kepadanya untuk pemeriksaan tiket. Tidak ramai yang manaiki bas pada waktu itu.. Keadaan bas yg lengang memudahkan utk aku tidur tnpa sebarang bunyi bising. Di sebeluh ku tiada sesiapa. Apabila bas sudag bergerak, aku memaklumkan kepada Apit utk mengelakkan dia risau mengenai aku. Dia kerap meminta aku untuk menjaga keselamatan diriku.

Part of My LifeWhere stories live. Discover now