Chapter 1 : Permulaan Bagi Sesebuah Cerita

74 6 0
                                    

      " Nak anak patung ! Nak anak patung ! Nak anak patung ! May nak anak patung !! " Seorang budak perempuan menangis sambil teriak kuat.

" Diam la Bodoh ! " Ayah budak itu menengking sambil mata masih fokus memandu. Tangannya yang erat menggenggam stereng kereta jelas menimbulkan urat urat darahnya. Jelas riak kemarahan terpancar di wajah si Ayah.

Mata Si Ayah terkebil kebil memandang ke arah depan. Kabur kerana waktu itu hujan lebat. Si Ayah pula terlupa hendak membawa cermin mata, lagi kabur la pemandangan mata Si Ayah. Dalam keadaan serabut mata kabur, Si Anak pula membuat hal menjerit tak tentu arah hendakkan anak patung.

" Eomma ! Appa kata May Bodoh " Si Anak merayu kepada Si Ibu nya sambil menangis kuat. Kerana terkejut dengan tengkingan ayah nya, tangisan budak itu semakin kuat.

" Awak ! Apa ni guna perkataan kasar dengan anak ?! " Si Ibu merenung si suami nya itu.

" Siapa suruh budak ni bising sangat ? Saya nak bawak kereta pon tak boleh nak concentrate bawak kereta. Eh awak campak budak tu kat luar tingkap. Saya tak tahan dengan bunyi bising dia tu ! " Si Ayah mengamuk. Kepalanya digaru kasar. Habis serabai rambutnya.

" Kan saya kata beli je anak patung tu tadi awak tak nak. Ha tengok la dah jadi apa sekarang ni ? Kan dah nangis anak kita ni " Si Ibu menasihati suaminya. Si anak yang menangis dia cuba tenangkan.

" Nak anak patung !!! " Tiba tiba Si Anak menjerit tidak tentu arah. Dia berdiri lalu melompat lompat tanda protes di atas peha Si Ibu.

" Aduh Aduh ! May sakit! May, Ibu sakit May ! " Si Ibu mengerang kesakitan akibat hentakan lompatan Si Anak di atas pehanya yang tulang itu.

" May berhenti sakit ibu tu ! May ! May Lee ! Berhenti ! " Si Ayah kelam kabut.

Guruh berdentum kuat beberapa kali !

Hujan semakin lebat !

Tangisan May semakin kuat !

Si Ayah semakin tidak keruan dengan bunyi bising dan bingit

Dan Dan ,

PANG !

Terteleng kepala Si Anak. Terduduk kaku terus dia di atas riba Si ibu.

Pedih.

Sakit.

" Kan aku dah kata berhenti ! Bodoh ! " Si Ayah menampar sekali lagi pipi Si Anak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Miracle In Daegu | Min YoongiWhere stories live. Discover now