13:00 , 12 Feb 2018 , Daegu
"Aigoo aigoo , Suga shiii tak payah lah tolong angkat barang tu. Susah susah je" ujar Nek Lee.
"Gwaenchanha halmeoni" senyum Suga sambil menyusun barang barang lama ke atas rak.
"Kotor sangat ni , daripada dibiar makin kotor. Baik susun semula , senang la sikit halmeoni nak cari barang." Sambungnya lagi.
"Nae , haha gomawo Hero" Nek Lee ketawa sambil memukul mukul bahu Suga.
"Hero ? Tolong hal kecik je ni" Suga mengelap peluh yang mencurah curah keluar. Maklum lah stor sempit mesti panas.
••••••••••••••
23:00 , 15 Feb 2018 , RHAE Co. Soeul
"Yunho shi" panggil Kapten Kim.
"Nae , Kapten" Yunho pantas menyahut panggilan.
"Dah dapat data pasal Suga ?" Tanya kapten sambil melihat gambar Suga.
"Dah kapten."
"Tolong bacakan" Mata kapten masih lagi memandang pada gambar Suga.
"Suga atau nama sebenar Min Yoongi , umur 25 , anak tunggal , tempat tinggal Daegu. Kematian ibu bapa dalam kemalangan jalan raya pada 5 tahun lalu. Sekarang tinggal ni dorm kolej tempat die study. Kadang ii die pergi ke rumah nenek angkatnya. Rekod pembelajarannya cemerlang terutama sekali subjek math. Suka warna hitam , makanan kegemaran..."
"Yunho shi" Kapten mengelengkan kepalanya.
"Na..nae?" Yunho menelan air liurnya kerana takut dimarahi oleh Kapten Kim.
"Sampai makanan kegemaran die , ye kamu cari haha" Kapten Kim tergelak.
"Hehe 😅". 'Fuh , ingat kena marah tadi' Yunho mengurut dadanya.
"Agak agak bile aku dapat jumpa dengan suga ?"
"Kalau diikutkan minggu depan die dah cuti sem. Kapten nak jumpa hari ape ye ?" Tanya Yunho sambil memegang pen dan buku nota.
"Biase lucky day aku hari isnin , so kau set kite jumpa dengan die hari isnin"
"Aik , nak jumpe orang pon kena bawak tuah jugak ke Kapten ?" Yunho menjawab selepas mencatit nota di dalam buku notanya.
"Mestilah kena ade tuah , nanti kalau die tak nak macam mana ? Tuah aku jugak yang tolong nanti. Dah dah banyak tanye pulak. Kau boleh balik dulu dah lewat ni" panjang lebar Kapten Kim menjawab.
"Kapten taknak balik lagi ke ?"
"Tak , aku tido kat sini je. Dah gi balik."
"Ah nae , jaljayo Kapten Kim" sempat lagi Yunho membuat mini love ke arah Kapten Kim.
"Booyahhh" Kapten Kim memandang Yunho dengan muka yang berkerut. Pintu dibuka , bayang Yunho sudah tidak kelihatan.
'Min yoongi ? Macam pernah aku dengar sebelum tapi kat mana ye' Kapten Kim mengerutkan dahinya.
•••••••••••
April 2003 , Daegu
"Appa"
"Wae ?" Jawab lelaki 30-an itu.
"Nak patung tu" sambil menunjukkan tangannya kearah patung kumamon.
"Tunggu kejap kat sini ye" lalu memasuki kedai yang menjual patung kumamon itu.
"Nae" angguk kanak ii 10 tahun itu.
5 minit kemudian.
"Yoongi !!" Lelaki tadi berlari keluar menuju ke arah anak lelakinya. Tangan anak itu dipegang erat. Mereka sama ii berlari meninggalkan kedai itu tadi.
"Appa kenape kite lari?" Kanak ii itu berpaling kebelakang. Kelihatan dua orang pemuda sedang mengejar mereka.
Lelaki itu terdiam.
'Mianhae Yoongi' lelaki itu memandang wajah anaknya dan menitiskan air mata.
Mereka tidak lagi berlari kerana dua orang pemuda itu sudah tidak kelihatan.
∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆
Vote ❤
YOU ARE READING
Seven Sense || with BTS
FanfictionIni bukan Six Sense tapi Seven Sense ! Why Seven Sense ? Because , 7 orang lelaki bertemu dan merungkai misteri ii yang berlaku menggunakan setiap sense yang ada pada diri mereka. More Desc ? Nak tahu bace la. ✨