Part 1

361 28 0
                                    


    Dalam dunia ni banyak makhluk yang hidup. Sama ada manusia , binatang mahupun......

 
"Arghhhhhh hantuuu!!!" Jerit seorang budak kecil apabila terpandang Kai lalu lari ketakutan.

Kai : "Yaishhhh kamchagiya" oi budak tak pernah nampak hantu ke terperanjat aku.

Haishhh ya mahupun hantu ! Kai menyambung ayat nya yang terpotong tadi sambil ketawa sinis.

Ya aku hantu atau makhluk halus ataupun makhluk ghaib arghh aku tak kisah. Yang penting aku tak delah rupa yang menakutkan sangat macam sesetengah hantu. Ya ya aku tau kulit aku lebih pucat gila punya pucat dari manusia dan ye beberapa lebam yang tak berapa nak lebam kat badan.

"But well aku masih ada rupa kacak bagi seorang hantu " tutur Kai dengan bangga.

Ya mesti aku dari keturunan yang kacak dan aku dilahirkan dari ibu yang cantik hmmm.

Kai tiba tiba bersedih.

Ibu? Ayah? Tapi siapa ibu dan ayah aku? Macam mana aku mati? Ya aku tahu nama aku pon dari name tag baju seragam sekolah yang aku pakai.

"Kai".

Dan ya ! Sebab aku taktau macam mana aku matilah aku masih tersangkut dan terperangkap kat bumi ni. Ya kata cik ponti yang merupakan kawan aku sejak jadi "hantu" ni , hantu yang terperangkap di bumi ni adalah hantu yang tak dapat selesaikan masalah dia atau tak dapat langsaikan dendam dia sebelum mati.

"Ataupon hantu yang...."

Kai lalu memandang seekor hantu yang terdapat tali terjerut di leher yang tak jauh darinya. "Fuh ngeri !! Ni baru hantu punya hantu !" Ujar Kai.

Ya hanya hantu yang mempunyai masalah, dendam dan hantu yang membunuh diri sahaja yang masih tersangkut di bumi ni. Bagi yang tak ada masalah pulak dah pergi kat alam lain.

Dan aku? Ya aku harus tau apa macam mana boleh aku mati. Kalau tak terpaksalah aku terperangkap kat bumi ni selamanya. Haish bukan aku tak suka. Tapi aku terpaksa menanggung kesakitan berada dibumi ni.

Setelah itu Kai mula meramas kepalanya yang mula berdenyut denyut. Sakit! Sakit yang teramat sakit! Terasa batu 1 tan hempap kat kepala.

Ya semua hantu sama merasa kesakitan yang sama tapi di bahagian yang berbeza mungkin aku rasa sakit di kepala sebab aku mati sebab kepala terhempap kat pokok kot .Entah aku pon tak tahu.

Bagi orang yang melakukan bunuh diri pulak mereka akan melakukan perkara yang sama semasa mereka membunuh diri berulang kali.

Kai mendongak ke arah bumbung bangunan setinggi 31 tingkat itu dan menyaksikan hantu tersebut terjun dari bangunan dan hantu tersebut melakukannya berulang kali.

"Serammm, mesti sakit gila nak mati" ujar Kai.

Ghost  |  KaiWhere stories live. Discover now