Part 4

198 19 1
                                    


Rose mengatur langkah kedalam sekolah.
dengan fikiran bercelaru setelah terlihat hantu lelaki tadi. Kacak juga "bisik Rose di dalam hati.

Sana : Kau tengok tu perempuan gila dah datang.Menjerit macam orang tak waras. (Kata Sana sambil menjuihkan bibir ke arah Rose kepada rakannya Jihyo)

Rose yang terdengar dengan sindiran Sana itu hanya mengabaikannya. Dia sudah biasa.

Sana : Oi perempuan gila (herdik Sana kepada Rose)

Rose menjeling.Sana menunjal kepala Rose. Dia geram Rose menjeling ke arahnya.

Sana : Berani kau jeling aku ye orang gila!

Rose : Aku tak jeling kau, aku jeling dekat makhluk yang ada kat belakang kau tu.

Sana memalingkan tubuh untuk melihat siapa yang berada dibelakang tubuhnya yang seperti di perkata kan Rose.

Sana : Kan aku dah cakap kau ni gila. Apa kau nak cakap kat belakang aku ni ada hantu? Dasar gila.

Rose menjadi geram setelah asyik di herdik . Mahu sahaja dia memasukkan penumbuk di dalam mulut Sana yang celupar itu.Namun di biarkan sahaja. Dia tidak kuasa melayan perempuan mulut longkang itu. Dia mengatur langkah untuk menuju ke kelas.

Sana : Takguna punya perempuan dia bla gitu je.

Jihyo : Dahlah kau pon asyik nak kacau dia kenapa. Nanti kau pulak yang gila. Ehh tapi betul ke dia nampak benda kat belakang kau. Eii seram lah kau tau kan dia boleh nampak hantu.

Sana : Kau takyahlah percaya dia bukan betul pon.

Setelah itu Sana merasa belakang badanya sejuk. Dia merasa merinding.Dia terfikirkan apa yang Rose cakap tadi. Lalu dia mengajak Jihyo beredar dari situ. Cuak.

Setelah Sana dan Jihyo beredar. Sebuah lembaga lelaki berpakaian sekolah yang lusuh dengan lidah yang terjuih sehingga kelantai ,menyeringai mengekori langkah Sana dah Jihyo pergi.

Ghost  |  KaiWhere stories live. Discover now