PERAK

313 3 0
                                    

sambut salam ini!
minum dulu,
mahu apa lagi?
dari sakit ke sakti,
air tetap tenang
bila kau cucuh api

302
sana kanun sini janji,
yang fakta, yang fatal,
tidak bertukar
jangan engkau cabar
sila padam api

yang binasa,
tanpa bahasa
yang kau bahaskan,
tanpa lentera
kau digelapkan
rabunkan fakta
kau dibutakan

baik mati berdiri
dari kuhidup melutut
egoku jati diri
belum ajal pantang maut,
sini cerita sini
saksinya ilahi
kau aku sebati
tiada supremasi

perut sama merah
hatinya belum tentu,
pandangnya mungkin sama,
jelingnya siapa tahu

di sini bumi ku pijak
langitnya ku junjung
ku berdiri ranggi
mulanya sejak dini
satu bukan triniti

TULANGKATA : Book of Lyrics & Poetry 诗Where stories live. Discover now