24. Jangan kau seru...

28 2 0
                                    

Setibanya Sheikh Ahmad. Ke istana, dia terbau sesuatu.. Di diam sahaja. Mungkin ini angkara dia. Untuk menjatuhkan dalaman kerajaan Kenari Tua. Seperti mana yang pernah dilakukan olehnya kepada kerajaan Langkasuka dahulu.

Takdir Allah siapa yang tahu. Pawang saka. Sesungguhnya apa yang dilakukan ini disebabkan ketamakan dan kerakusan nafsu serakah si puaka itu.

Bermula dengan kalimah Allah
Auzubillahiminal syaitonirojim...
Bismillahirrahmanirrahim..

Ayat-ayat Syifa mula dibaca,
Al-Fatihah
Tiga Qul
Dan beberapa surah lain..

Sheikh Ahmad kemudiannya meminta putera Amirul Alam Shah, melaungkan Azan.

Bau hanyir dan hanggus. Menyelubungi segenap ruang ini.

Kemudian puteri pun mula sedarkan diri.. Kanda Alam.. panggil siputeri kepada abangnya. Terus dia memeluk putera Amirul Alam Shah dan menagis.
_________________________________

Sheikh Ahmad meminta ruang untuk dia bersolat.

Dia juga meminta izin untuknya berzikir kepada Allah buat sementara waktu.

Tuanku izinkan saya meminta satu ruang untuk solat. Kata Sheikh Ahmad.

Wahai tuan guru, tak terhingga ilmu agama yang engkau berikan tak perlulah akan kiranya tuan guru memanggil hamba Tuanku.

Kemari tuan guru hamba tunjukkan surau kecil hamba. Kata putera Amirul Alam Shah. Sambil sama-sama berjalan menuju ke surau kecil milik sang putera.

Wahai anak murid ku, jika engkau sentiasa merendahkan diri insyaallah engkau akan dihormati. Jangan sesekali sombong dan bongkak dengan apa yang kita ada itu semua pinjaman dari Allah kepada kita.

Ingat perkara pertama yang dinilai oleh Allah ialah amalan kita. Pemimpin yang baik bukan saja molek pada rakyatnya tadi elok amalannya kepada Allah.

Ingat pesan aku,
jangan berpegang pada kekayaan sebab kekayaan akan menjadi kepapaan.

Jangan berpegang pada usia yang muda sebab yang muda akan menjadi tua.

Jangan berpegang pada tubuh yang sihat sebab sihat akan bertukar kepada sakit.

Sambil mengangguk akan kata-kata gurunya si putera turut mengambil apa yang disampaikan sebagai satu amanat kepada dirinya.
____________________________________

Jalak kita harus mara ke Siam buat masa ini pada hemat aku musuh aku yang utama ada di tanah ini.

Sheikh Ahmad dan panglima Malacca... Jika mereka bertemu dengan kedua keturunan Bugis itu maka aku bisa mati dan hancur.

Mayong Sang PuteriWhere stories live. Discover now