BAB 1

37 1 0
                                    

BMW berwarna putih berkilat telah memasuki ke perkarangan banglo mewah setinggi empat tingkat itu dan telah membuatkan hati puteri kepada Tan Sri Rohaizal itu berbunga-bunga. Sudah enam bulan dia tidak berjumpa papanya maka kepulangan Tan Sri Rohaizal atau lebih sebagai Raizal itu dapat mengubati rindu yang membarah dalam hati sanubarinya.

"Mama! Mama! Papa dah balik lah ma, cepatlah sikit siap tu. Nia nak sambut papa kat depan pintu dengan mama."

"Nia sayang, sabarlah kejap, mama tengah dandan cantik - cantik nak sambut papa ni, mama nak papa tu terkedu tengok mama cantik ni"

Rania tersenyum melihat ibunya yang sedang berdandan

"Kalau macam tu, Nia turun dulu eh. Nia tunggu mama kat bawah"

"Nia sayang, awak tak makeup ke?"

"Mama, Nia ni dah cantik dah, takyah nak colet sana colet sini kat muka tu nanti jadi macam monster ha terkejut papa"

"Niaaaa hahaha ada-ada je awak ni"

Rania meninggalkan mamanya yang sedang sibuk berdandan untuk menyambut kepulangan suami tercinta. Rindunya sangat membarah terhadap papa.
__________________🍃_______________

Aisyatul Rania merupakan puteri bongsu kepada Tan Sri Rohaizal dan Puan Sri Raihana. Rania bukan sahaja cantik dan bijak malahan turut mempunyai bakat dalam nyanyian kerana suaranya yang merdu bak buluh perindu. Suaranya sering sahaja mendapat pujian dalam kalangan keluarga dan kawan-kawannya di universiti. Rania juga mahir menunggang kuda dan memanah. Kehebatan bakat Rania sering sahaja menjadi topik hangat dalam kalangan kawan-kawannya, pensyarah serta jiran tetangga. Boleh dikatakan seluruh pelosok dunia amat mengagumi Rania. Lebih - lebih lagi, Rania bukanlah seorang yang sombong tapi merupakan seorang gadis lincah yang amat peramah walaupun perwatakannya agak ganas dan kasar seperti lelaki. Walau bagaimanapun, rasa hormat dan tingkah lakunya sentiasa bersopan ketika berhadapan dengan orang yang lebih tua daripadanya terutamanya Tan Sri Rohaizal dan Puan Sri Raihana. Perfecto! Gadis idaman setiap lelaki.

Rania lebih rapat dengan Tan Sri Rohaizal berbanding Puan Sri Raihana kerana Puan Sri Raihana merupakan ibu yang sangat garang dan sentiasa memarahi Rania sewaktu kecil demi mendidik puteri bongsunya itu.

Sewaktu Rania kecil, dia pernah dirotan pada telapak tangan kerana mencuri buah mangga jiran. Dia sanggup memanjat pagar dan pokok yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan mangga milik jirannya itu. Rania sememangnya mempunyai perwatakan yang agak ganas dan kelelakian, berbeza dengan kakaknya Azilatul Raudhah. Raudhah seorang yang berlemah lembut dan sangat bersopan santun. Sewaktu Rania masih kecil, dia lebih rapat dengan abang sulungnya Ameerul Redzuwan walaupun jarak umur mereka agak jauh, 8 tahun. Mungkin itulah sebab dia menjadi kasar dan ganas. Berkawan dengan abang lah katakan.

Tan Sri Rohaizal lah yang menjadi tempat mengadunya Rania. Tan Sri Rohaizal selalu memujuk Rania dengan memberitahunya bahawa kemarahan seorang ibu bukan kerana benci akan tetapi kerana sayang untuk mendidik. Hasilnya, Rania membesar menjadi gadis yang amat hebat.

Sewaktu Rania berada di sekolah menengah pula, dia pernah menampar seorang budak lelaki dari kelas hujung. Katanya, budak lelaki itu cuba untuk berbuat tidak senonoh padanya. Maklumlah Rania merupakan gadis yang cantik. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya berwarna biru hazel. Bibirnya merah munggil. Rambutnya ikal mayang dan berwarna coklat keperangan. Tanpa solekan sudah cukup menampakkan Rania seperti bidadari dari syurga apatah lagi apabila dia disolek, dipakaikan dengan pakaian - pakaian yang cantik dan dihiasi dengan barang-barang kemas pemberian papanya. Sungguh cantik sekali. Namun, perwatakannya yang kasar itu menyebabkan dia tidak pernah bersolek dan memakai barang kemas.

Memang Rania jauh lebih cantik daripada kakaknya, Raudhah. Sewaktu Rania kecil , selalu sahaja timbul persoalan di benak fikirannya tentang dirinya yang sangat jauh berbeza dengan abang dan kakaknya namun apabila soalan itu diajukan kepada Tan Sri Rohaizal dan Puan Sri Raihana, mereka hanya berdiam diri dan tersenyum sambil mengusap kepala Rania. Apabila Rania mendesak, mereka jawab acuh tak acuh

"Rania banyak ikut arwah nenek sayang"

Namun apabila Rania meningkat dewasa, dia sendiri sudah tidak mahu mempersoalkannya lagi kerana baginya itu bukanlah penghalang untuk dia mengecapi kebahagiaan bersama keluarganya. Apa yang dia tahu, dia ialah Aisyatul Rania, anak bongsu dan anak kesayangan kepada Tan Sri Rohaizal dan Puan Sri Raihana.
__________________🍃________________

Rania bergegas turun untuk menyambut papanya yang baru pulang dari London. Rasa seronok yang tidak terhingga sehinggakan dia tidak sedar air mata kebahagiaan telah bertakung di kelopak matanya. Cepat-cepat dia kesat dengan hujung lengan bajunya. Masih terngiang-ngiang gurauan papanya sebelum berangkat ke London pada 6 bulan lepas yang membuatkannya tersipu malu

"Nia, tak sabar papa nak tengok Nia kahwin dan ada keluarga sendiri"

"Papa! I am not ready yet. I am still young pa! Nia still nak enjoy zaman remaja Nia. Travel, travel and travel! Nia nak jadi macam papa jugak. Pergi melancong banyak negara. Waktu tu, Nia dapat timba pengalaman dan mematangkan Nia, ha lepastu baru boleh fikir sampai kahwin pa"

"Amboi! Travel, travel dan travel tu nak guna duit siapa?"

"Duit papalah"

"Amboi! Ingat papa ni bank negara ke? Tapi tak boleh lah sayang, kalau Nia guna duit papa, nanti mama jeles sebab layan Nia lebih-lebih macam isteri pulak katanya. "

Rania tersenyum melihat papanya keluar dengan segak dari kereta BMW putih itu. Terubat rindunya pada Tan Sri Raizal yang sudah bersarang selama 6 bulan. Namun, lirikan mata Tan Sri Raizal dan kelesuan wajahnya menghairankan Rania.

'eh, papa ni kenapa?'

Monolog Rania seakan-akan didengari oleh Tan Sri Raizal lalu dia lantas mengukir senyuman kepada anak gadisnya itu.

"pa, you seem so tired right now. I think you should go inside and take a rest, mama is waiting for you there"

"thanks dear"

Rania akur dengan respon papanya kerana dia tahu papanya penat tapi ada satu perkara yang menimbulkan tanda tanya pada fikiran Rania, Tan Sri Raizal tidak menyambut tangannya untuk bersalam. Selama Rania hidup, inilah kali pertama papanya bersikap demikian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PhilophobiaWhere stories live. Discover now