25: HARI BERMALASAN

4.9K 733 263
                                    

"minggu lepas, hari mengemas, Minggu ni hari bermalasan. Aku ajar kau" bisik Minsoo, tangannya dilingkarkan secara mengiring pada bahagian dada sado Jungkook yang comel HAHAHA.

"M-minsoo, bangunlah... dah pukul 6 pagi" kata Jungkook perlahan. Itulah rutin Jungkook bangun setiap hari, kalah anak dara dekat luar sana.

"shh, langkah pertama. Teruskan tidur sampai kau rasa puas" kata Minsoo, matanya masih lali.

"T-tapi aku dah tak mengantuk" kata Jungkook. Memang dia dari kecil sudah biasakan diri sebegitu.

Minsoo mengeluh kecil,dari tadi dia ingin melelapkan mata tapi Jungkook masih membebel. Tak faham ke? sambung jelah tidur semula.

Telapak tangan kiri Minsoo diletakkan pada wajah Jungkook bagi menutupi matanya.

Lalu Minsoo memejam matanya. Lama Jungkook kekal kaku disebabkan tangan Minsoo yang diletakkan pada matanya itu menghalang dari dirinya melihat.

Tanpa disedari, Jungkook turut terlelap.

.
.
.
skip
.
.
.

"Argh!" Jungkook menjerit apabila tersedar dari tidur

Telapak tangan Minsoo yang tadi ada di wajahnya kini sudah turun ke dadanya, Biasalah orang tidur bergerak sedikit. Wajahnya disembamkan pada leher Jungkook.

Jungkook melihat sejenak jam dinding. Pukul satu tengah hari.

"Minsoo ,Aku tak masak sarapan lagi ni. Dah masuk waktu makan tengah hari dah" kata Jungkook perlahan.

Perlahan-lahan Minsoo membuka kata.

"Jaejoon dah bangun?" tanya Minsoo.

Jungkook mengeleng kecil.

"pejam mata, Tidur balik. Kita lawan siapa bangun paling lambat" kata Minsoo perlahan sahaja suaranya.

"Yah" baru sahaja Jungkook ingin jerit, Minsoo menekup mulutnya.

"hari ni, hari bermalasan" Minsoo mengingatkan Jungkook.

.
.
.
skip
.
.
.

Jarum menunjukkan pukul 3 petang, barulah mereka bertiga bangun dan siap mandi.

"Tunggu kejap, abang masak ya" kata Jungkook kepada Jaejoon.

Jaejoon mengangguk perlahan.

Minsoo terduduk dilantai ruang disebabkan terlalu malas untuk berdiri dan berjalan ke sofa.

Aku tengah cuba untuk kekalkan tajuk cerita ni, tolong fahami aku.

"Jungkook" panggil Minsoo.

Jungkook baru sahaja ingin melangkah kaki untuk ke dapur, terus dia berpaling menghadap Minsoo.

"Tak payah masak" kata Minsoo.

"Dah tu nak mati kebulur?" balas Jungkook.

"call" kata Minsoo.

Jungkook tidak memahami maksud Minsoo.

"Ambil telefon kau" kata Minsoo.

Jungkook mengambil telefonnya di atas meja makan.

"call, 1 300 888 333" kata Minsoo.

Jungkook mendail nombor yang Minsoo sebut itu.

Truuttt...

"hello, ini dominos pizza Boleh saya tahu siapa yang bercakap ini?"

Jungkook memandang Minsoo seketika memang kalau Minsoo tak berkhawin dengan Jungkook, musnahlah hidup Minsoo disebabkan dia terlalu malas.

Siapa sahaja yang akan berkhawin dengan perempuan yang sebegitu, selain Jungkook yang comel?

ok dah.

"Nama saya Jeon Jungkook, saya nak buat pesanan" Jungkook membalas.

.
.
.
.

skip

.
.
.
.
Ding~ Dong~

Jungkook bangun dari sofa dan menuju ke arah pintu rumah. Penghantar Pizza dah sampai.

"Jungkook" panggil Minsoo.

Jungkook berpaling, apalagi yang dia  buat salah masa hari bermalasan ni.

"Jangan jalan" kata Minsoo.

"Dah tu?" makin pelik Jungkook dibuatnya.

"mengesot" kata Minsoo ringkas tapi cukup buat Jungkook faham. Bukan dia tak tahu caranya, setiap hari dia tengok Minsoo mengesot dari pintu masuk rumah sampai masuk bilik.

"W-weh..." Jungkook terkedu.

"Hari ni hari bermalasan" lagi sekali Minsoo mengingatkan. Jungkook sudah rasa menyesal kerana membuat hari mengemas rumah hari tu, sudahlah dia kena tanggung perbuatan pelik yang tidak pernah dia buat seumur hidup.

Seumur hidup Jungkook, baring atas lantai pun tak pernah. Kerana dia jijik, ada kuman katanya.

Jungkook perlahan-lahan duduk dilantai.

.
.

"apa pandang-pandang?" kata Jungkook tegas masih lagi dia terduduk dilantai dihadapan pagar pintu itu.

Duit itu dihulurkan kepada penghantar Pizza itu.

Dari tadi lelaki penghantar pizza tu memandang Jungkook tanpa henti.

Bila dia sampai tadi, pintu rumah dibuka. Disangka tiada orang rupanya Jungkook sedang terduduk dilantai.

Mahu sahaja lelaki itu bertanya, adakah Jungkook ni golongan orang kurang upaya?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

skip

.
.
.
.
.
.
.
.
.

OTHER POV💚

"aku tanya lagi sekali, apa nama anak murid kau yang dapat fail kes aku" kata lelaki itu. Lelaki yang lebih dikenali dengan nama tiger.

"A-aku tak akan bagitahu" kata Encik Handim, atau anda akan kenal dia jika disebut, pensyarah kepada Minsoo.

"kau memang tak berubah, selalu bagi antara anak murid kau fail kes aku. Setiap tahun benda ni berulang, tapi kali ni aku akan hapuskan bukti" kata Tiger.

"Cubalah" balas Encik Handim lalu mengelap sisa darah dibibirnya akibat ditumbuk tadi.

BANG!

Tepat kena pada kening Encik Handim sekali gus tembus masuk kedalam. Terus jatuh terlentar lelaki berusia itu.

"tinggalkan tempat ni, biar polis jumpa mayat dia" kata Tiger.

"T-tapi tuan, kita masih belum dapat tahu siapa anak murid dia yang dapat fail tu" kata orang suruhannya.

"Pergi ke pusat University yang dia ajar, semak semua fail dia. Mesti ada dia selitkan senarai nama bersertakan fail kes yang anak murid dia dapat"

TBC

60 votes + 30 comments

aku tahu yang cerita ni klishe. Maap dong. Ayuh jujur sih, siapa yang dapat agak cerita ni jadi macam ni?

Btw, esok last aku boleh update, jadi, sampaikanlah target tu cepat supaya aku boleh update.

Jangan tinggal kan aku, aku pergi sekejap je. Nanti aku datang balik. Tau. Bukan kerana memilih, tapi kadang-kadang aku terpaksa buat pilihan.


✔ Suami OCD vs Isteri PemalasWhere stories live. Discover now