BB-2

1.8K 192 21
                                    

Rehat~

"Kaja Sara. Rehat" Nara keluar dari kelas bersama Sara dengan wajah dingin. Entah kenapa mood dia hari ni kurang

Semasa dalam perjalanan ke kantin, tiba-tiba seseorang menyekat laluan nya. Nara mendongak memandang siapa yang mengacau laluan nya

'Mamat ni lagi' Nara menghelah nafas perlahan

"Kau nak apa?" Tanya Nara sambil memeluk tubuh tanpa memandang Winwin. Sara yang berada ditepinya hanya memandang kosong terhadap Winwin dan kawannya , Yuta.

"Well, well, well. Aku tak sangka kau dah cantik sekarang." Kata Winwin sambil bermain dengan rambut Nara. Nara menolak perlahan tangan Winwin.

'Dah pandai melawan. Tak apa' Winwin smirk

"Jadi, apa masalahnya?" Nara membalas malas

"Kalau dah cantik ni , mesti kau ada banyak duit kan. Jadi , beri aku duit kau sekarang" Winwin menghulurkan tangan

"Opss sorry. Duit? Engkau ni kaya. Tapi tak ada duit. Miskin betul." Sinis sahaja setiap kata-kata Nara

Winwin yang mendengar mula panas

"Aku KATA BERI DUIT! BERI JELAH DUIT!" jerit Winwin dan ingin memukul Nara tetapi tidak sempat ingin melayangkan tumbukan, Nara terlebih dahulu memegang buku lima Winwin

Nasib sahaja di Amerika dulu dia belajar seni pertahanan diri. Jadi , tidak hairankan dia dapat menahan tangan Winwin dari menumbuk nya

"Aku tak nak buat onar hari PERTAMA aku di sekolah ni. So , watch out" bisik Nara lalu berjalan pergi bersama Sara dengan selamba

"Tch! Dia memang nak cari pasal betul" kata Winwin geram

"Dahlah Winwin. Jom cari mangsa lain" kata Yuta lalu meletakkan tangan di bahu Winwin

" Yelah, jom" Winwin menjawap malas lalu berlalu pergi bersama Yuta

Pulang~
YUTA AND WINWIN P.O.V

"Weyhh Win! Aku dengarkan ada budak baru lagi masuk 2 minggu depan " kata Yuta

"Kau biar betik?! Kan kita baru ada dua budak baru" balas Winwin hairan

"Memang lah tapi ni dua yeoja lagi! Aku dengar nama dia Yoon Min Jae dan dia bawa kawan pindah. Bukan tu nama ex-girlfriend kau ke?"

"Yoon MIN JAE?! Apa pompuan tu nak pindah sini ni! Adohh" Winwin mengusutkan rambutnya

"Tak apa. Kita fikir dulu apa yang patut kita buat dekat pompuan tu. Dah jom lepak Cafe'" mereka bergerak ke Cafe' yang dekat dengan sekolah mereka

End YuWin P.O.V

"Fuhh penat bhai" kata Sara lalu rebah di atas sofa dan menutup mata

"Tak payah nak penat sangat. Nanti biasalah tu. Lagipun aku penat juga sebab dah lama tak balik Korea." Balas Nara turut duduk di sofa

"Cakap pasal korea , siapa mamat tadi eh?" Tanya Sara lalu duduk dari baringnya tadi

"Yang tadi? Tu bekas pembuli aku dulu. Sekarang tak lagi. Kalau dia buli aku lagi , aku balas balik lah. Dulu aku tak pandai bab balas balas ni " kata Nara terkenang masa dia dibuli dahulu

"Ouh. Tak apa lah. Sekurang-kurangnya kau dah tak dibuli dia lagi. Dah lah jom , makan. Aku lapar" balas Sara lalu mengangkat punggung diikuti Nara ke meja makan. Nasib pembantu rumah dah siapkan makanan

「C」Bad Boy | Winwin NCT ✔Where stories live. Discover now