KERANAMU

6 0 0
                                    


Kerana MU

Aku bersedia

Aku berani

Aku bertekad

Melepaskan cinta padanya

Meleraikan resah rindu padanya

Membuang rasa benci dan dendam padanya


Demi  Mu

Aku lepaskan segala kebutuhan dunia

Cinta sayang rindu benci

dendam sakit lirih perih 

jerih payah perjuanganku

Jika dengan memilih Mu 

Aku hilang hak dan punyaku 

Yang Kau pinjamkan kepadaku

Aku redha

Aku redha


Cuma 

Dalam kesunyian dan khalwatku pada Mu 

Kutitipkan doa buatnya

Kau rahmatilah dia

Suluhkanlah cahaya pada jalannya

Semoga bertemu arah tujuannya

Lindungilah dia dengan cahaya Mu

Semoga dia bertemu jalan pulang

Jalan yang terpilih 

Sebagaimana orang-orang yang terpilih

Sebagaimana Kau memilih aku

Menjadikanku kekasihMu

Mengangkat martabatku di sisi Mu

Kau bukakanlah jalan buatnya

Semoga dia juga menjadi orang yang menang


Tiada berkuasa aku

Tiada berdaya aku

Tanpa pergantungan pada Mu 


Sesungguhnya Kau 

Maha Pengasih Maha Mengasihani 

Maha Penyayang Maha Menyayangi


Kau 

Demi kasih sayang Mu 

Dengarkanlah doaku

Walaupun aku dan dia 

Sudah menemui jalan buntu 

Tapi demi ikatan ini

Aku masih kirimkan doa

dan kasih sayang

walaupun di angin cuma


Rahsia Mu 

Tiada ungkapan bisa kuluahkan

Eksklusif dan sensitif

Unik 

Rasa di dalam rasa

Suara di dalam suara

Bercinta dengan Mu 

adalah tujuan hidupku

Terimalah aku

dan doa-doaku

Ameen

Ya Rabbal Alamin.. 

-diyamusa, 30.12.2016. 11.12 am, bukit bayas. 



BODOHNYA AKUWhere stories live. Discover now