Jimin 🌸

51 15 1
                                    

Saya sediakan video [Jimin-promise] yang saya edit sendiri ohoo kalau free tenguk lah ye haha
Jasa anda akan saya kenangi huarghhh
Siapa kat sini ship Jimjin?

Or

Jungjin? Haha k gurau. Abaikan

.

.

Jimin pov

Selepas aku dengan Hyunjae keluar dari Hospital tu, aku membawanya ke Taman yang selalu kami pergi bertiga dulu. Kami duduk dibangku kayu yang sudah tersedia di Taman itu.

" K-kenapa awak bawa saya ke sini? " soalnya. Aku hanya berdiam. Aku saja nak ingatkan dia, pertama kali aku luahkan perasaan aku kepadanya dan ditolak mentah-mentah disebabkan Jungkook.

Kesunyian kami dipenuhi dengan suara kanak-kanak bermain. Aku teringat pula saat Jungkook menolong aku dari kene buli. Ye, masa tu aku bersyukur sebab mempunyai kawan sepertinya. Tapi, sekarang hanya dipenuhi rasa kesal. Aku pun tak tahu kenapa aku susah sangat nak maafkan dia.

Tiba-tiba aku teringat something. Benda yang terlalu penting. Youngjin. Automatik aku terbangun dari duduk. Aku meraup rambut aku kebelakang.

" k-kenapa Jimin? " soal Hyunjae. Aku menjelingnya sekilas sebelum meninggalkannya. Jeritannya aku endah. Kenapa aku boleh lupa orang penting? Patut lah rasa pelik dari tadi.

Aku masuk kedalam perut kereta dan menuju kembali ke Hospital. Sejujurnya aku taknak masuk sini balik tapi demi Youngjin aku sanggupm

Mesti readers fikir aku playboy. Takpa nanti korang tahu lah kenapa aku nak Hyunjae jadi awek aku. Kausabojap.

🌸

Wad Jungkook aku tuju. Aku perlahan-lahan menghampiri dedaun pintunya. Tangan aku mula memegang tombol pintu tapi terbantut apabila aku terdengar perbualan Orang tua Jungkook dengan Youngjin.

" Jungkook sayang. Perempuan dihadapan kamu ni lah Hyunjae. "

Mata aku membulat. What?! Aku membuka pintu itu sedikit untuk melihat apa yang mereka lakukan.

Aku nampak.. Jungkook tengah peluk Youngjin sambil menangis. Hati aku mula berdegup laju. Benci. Aku benci kau Jungkook. Aku ingat kau just rampas rampas Hyunjae, tapi Youngjin pun kau nak sapu?

Tapi kenapa dia panggil Youngjin ni sebagai Hyunjae? Jangan cakap dia hilang ingatan.

silentWhere stories live. Discover now