C.1

12 3 0
                                    

"Baiklah semua peserta Explorace@Melaka 2017, petang ini adalah perjumpaan terakhir kita sebelum kita berangkat esok.. Jadi pada petang ini kita akan buat cabutan untuk menetapkan kumpulan anda masing-masing.." pengumuman En. Affendy selaku penolong kanan Kokurikulum SMK Cherang Ruku, Kelantan membuatkan semua peserta teruja kerana tidak sabar akan pemilihan kumpulan mereka nanti.. Airien hanya menunggu keputusan yang bakal diumumkan...

"Baiklah kamu berdua bangun duduk dekat hujung belah sana" arah En Affendy kepada Airien dan Tasha sambil menunjukkan kedudukan yang harus mereka tuju.. Mereka berdua hanya menurut sahaja arahan yang diberi bagi mengelakkan dari dimarah PKKO yang agak garang itu.. Ketika leka berbual (almaklum bila Airien dengan Tasha bersama jaranglah mereka berdua diam ada sahaja cerita yang hendak diceritakannya) datang sekumpulan budak lelaki seramai 4 orang yang mungkin pada tingkatan 3 duduk ditempat mereka..

"Korang kumpulan ni jugak ke?" sapa Airien kepada salah seorang budak lelaki itu dan responnya hanya mengangguk.. Didalam kepala otak Airien sudah mengagak yang budak lelaki ini semestinya seorang yang sombong.. Airien dalam diam hanya memerhati budak lelaki yang padanya citarasanya tidaklah setampan Artis Korea idamannya iaitu JHOPE dari BTS tetapi budak lelaki itu seperti perempuan-perempuan diluar sana katakan.. TALL....DARK..... but Tak HANDSOME! hahaha

"Okay, pegawai-pegawai urusetia akan edarkan borang setiap kumpulan.. Tulis nama anda semua dan sila tentukan ketua kumpulan anda masing-masing..." suara PKKO itu berbunyi lagi dan sehelai kertas diedarkan bersama clip board bagi memudahkan lagi penulisan dibuat..

Airien ditugaskan untuk menulis nama ahli kumpulannya itu kerana telah dilantik sebagai ketua. " Nama kau apa?" soal Airien kepada budak lelaki tersebut.. "ha? Apa? nama? ohh nama aku Arif...MUHAMMAD LUQMAN NUL A R I F F U D I N" sengaja nama belakangnya dieja bagi melambatkan masa Airien... Airien dengan tidak sengaja memberi satu jelingan agak maut terhadap budak Arif itu.

"Kenapalah aku satu kumpulan dengan budak macam ni. Ya Allah! Kau selamatkan hari explorace aku" Kata Airien tidak redha dengan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.

TBC~~

CONFESSIONWhere stories live. Discover now