bab 3

57 1 1
                                    

"Aduh!" jerit jejaka itu.

"Kau jangan datang dekat dengan Sophia lagi!" tengking Danial kepada lelaki itu.

Semasa menumbuk jejaka itu, wanita yang sedang berpelukkan dengannya juga terjatuh.

"Eh ape ni? Sakit tau!" kata perempuan itu apabila menggosok sikunya.

Mata Sophia mula berkaca melihat jejaka dan wanita itu terduduk di atas lantai. Sophia mengeluarkan cincin yang tersarung dijarinya. Dia melangkah ke arah mereka.

"Baguslah tu. Sesuai korang berdua." Kata danial.

Cincin dijarinya dikeluarkan dan dilemparkan ke perempuan itu. Begitu juga dengan Sophia yang sudah tegak berdiri di sebelah danial. Cincin masing-masing dilempar.

"B its not what you think it is." Rayu wanita itu.

"Sayang I dengan dia tak ade apa-apa."rayu jejaka itu pula.

"Mulai harini aku tak nak tengok muka kau. Kita putus. Dan kau. Jangan cuba datang dekat dengan Sophia." Tengking danial.

Satu tamparan melekat di pipi Naim. Sophia begitu marah, sehinggakan juraian air mata jatuh ke pipinya. Sophia memandang Danial, memberi tanda agar beredar dari situ. Danial menarik lengan Sophia dan berlalu pergi. Di dalam kereta, Sophia nangis teresak-esak. Sebaik sahaja dirumah, nenda yang berdiri di depan pintu pun tidak ditegurnya.

"kenapa dengan Pia?" tanya nenda kepada Danial.

"Duduk dulu nenda. Jangan risau pasal pia, biarkan nangis dulu."balas danial.

Danial sibuk menceritakan apa yang berlaku kepada Nenda manakala Sophia meraung di dalam biliknya. Sophia menatap skrin telefon bimbitnya. Berkali-kali dia melihat gambar yang terpampang. Bukan sekali ini berlaku, tetapi sudah berkali-kali. Kejadian pertama berlaku, beberapa bulan selepas bertunang. Sophia ternampak Naim bermakan malam dengan seorang wanita. Apabila ditanya, Naim memberi alasan bahawa wanita itu adalah klien. Padahal Sophia melihat mereka berpelukkan. Naim sering memberi alasan outstation. Ada juga kawan-kawan Sophia menghantar gambar naim bersantai bersama wanita-wanita lain apabila naim 'outstation'. Untuk menyedapkan hati sendiri, Sophia sering memberi alasan bahawa itu mungkin salah orang. Tetapi selepas melihat dengan matanya sendiri, Sophia percaya akan kata kawan-kawannya.

Sophia ke pejabat siang dari biasa. Pak guard disitu pun sudah diberi amaran agar Naim tidak lagi dibenarkan masuk. Setiausaha Sophia, Amelia, sudah dipesan agar panggilan naim dibiarkan. Sejak dari 8 pagi, Sophia menyibukkan dirinya dengan file-file yang perlu disemak. Tetapi sejak pukul 1130, telefon di biliknya tidak berhenti berdering. Hampir 7 kali Amelia mengangkat call, hampir 7 kali juga Amelia ke biliknya. Ketukan dipintu kali ini membuat Sophia marah.

"Amelia, kan saya dah cakap. Bilang Naim saya tak ada dekat office. Saya busy! Tak faham ke!" jerit Sophia.

"Yang kau terjerit-jerit ni kenape?" tanya Danial yang terkejut melihat Sophia marah.

"Oh. Aku ingat amelia tadi. Sorry. Nak ape?"balas Sophia.

"Tak tahu nak tengok jam eh? Dah masuk lunch time. Staff kau pun dah pergi. Jom makan kat mamak." Ajak danial.

"Boleh lah. Tunggu aku kat parking lot." Balas Sophia.

Danial sudah pun meninggalkan Sophia. Sophia mula menyusun file-file dan mengambil beg tangannya. Sebaik sahaja tiba di tempat parking lot, mencari kereta Danial. Tiba-tiba lengannya ditarik.

sila like dan comment!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayang SophiaWhere stories live. Discover now