"Hai papa! "jerit ayra sambil memeluk papanya.
"peluk papa kamu je? atok ni nak suruh sape peluk? " kata atok dalam nada cemburu .
"suruh nenek baru la " kata ayra selamba
"kamu ni ayra dah darjah enam dah, upsr bila? " kata nenek yang sedang sibuk menyeduk nasi untuk ayra.
"Oh, lagi sebulan nenek " kata ayra dengan nada yang tak berminat langsung untuk membuka topik pelajaran di luar sekolah.
"Ha,makan la penat nenek masak eh tak pekerja nenek masak. Makan sampai gemok ye sayang! "kata nenek sambil mengusap lembut kepala ayra .
*waktu UPSR sebenar*Ayra POV
"ayra,kau bole jawab ke tadi? "tanya adam ingin tahu " tak " jawabku sepatah "serius la? soalan tu kalau dapat kat budak budak kelas atas selalunya dorang kata senang" kata adam hairan dengan jawapanku "Diam la saya takde mood nak layan bongok awak ni, bye! "kataku dan terus berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang"aik abc ke minah pendek ni"hairan adam.
*Sebelum paper terakhir
"ayra kau rasa kau bole buat tak paper math ni? "tanya hanis cemas tak tau la apa yang minah ni cemas sangat tapi perangai dia memang kabut sikit."boleh kot,soalan pun takde depan mata lagi macam mana nak tahu kan? "kataku perlahan suara makin hilang nervous teramat ni !!! baru upsr belum spm lagi adoiii !
"ayra goodluck"kata idlan sambil tersenyum lebar memandang ke arahku
kelas kami lain tapi blok sama waktu naik ke kelas itu atau lebih mudah dewan peperiksaan memang kitaorng akan berjumpa. Haih cairnya hati bila si kacak ni wish goodluck macamtu. " woi ayra jalan la kau asal tercegat kat sini ramai lagi beratur ni "kata alif elias taiko kedua selepas adam."ye la saba la tak sengaja "kataku bengis.
Goodluck ayra! ya allah kenapa la aku termenung teringat apa yang Idlan kata tu? habis kertas math aku ni mesti banyak salah arghhhh kadang kadang Idlan ni penyebab masa hadapan aku hancur la ishhh.
END POV*beberapa minggu selepas upsr
"ayra esok free tak? "tanya adam "tak"jawab ayra sepatah yes ayra memang kurang berminat nak berborak dengan si taiko sekolah ni dah la suara macam monster.
"kau tipu ni dah dua minggu kau lari dari jumpa aku,kau ni suka aku ke hah? "kata adam selamba
"Tolong la sape suka pembuli macam awak? acah taiko baru 12 tahun berlagak nakmampus"jawab ayra geram.
"kau tak suka aku la ni? " tanya adam , ayra pantas menggelengkan kepalanya
"serius la? kau tak suka orang mata biru macam aku ke? " tanya adam lagi
"tak saya suka mata awak tapi saya tak suka awak! saya takkan pernah suka awak! faham tak? takkan pernah! " ayra terus meninggalkan adam seorang diri yang sejak dua minggu ingin mengejar dan berjumpa ayra."tapi aku suka kau ayra " kata adam perlahan dengan nada kecewa mungkin hanya dia yang dengar tetapi disebalik tembok ada atikah yang sedang mendengar semua perbualan ayra dan adam.
"ayra, kau sini jap " kata atikah bengang"kenapa ?awak nak ajak saya pergi tandas ke? kalau.. "
PANG!!!!
atikah terus menampar ayra semua mata sedang memerhati mereka berdua. "Kau tahu tak ayra, selamani aku pekak kan telinga! semua orang kata adam suka kau tapi aku takpercaya sebab adam tu cinta pertama aku . tapi aku dengar sendiri dari mulut dia yang dia suka kau "kata atikah air mata mula mengalir dipipinya
"aku dah lama sukakan dia jadi aku putuskan untuk jadi kawan dia tapi dia nampak kau bukan aku? aku yang dengan dia dari darjah 4 tapi kenapa dia pilih kau?!"jerit atikah, dina dengan farah terus menjeling ayra dan tarik atikah ke tandas untuk meredakan emosinya.ayra terdiam terkedu semua la, adam
yang suka ayra kenapa ayra yang kena tampar? bongok betul atikah ni!Hanis POV
"weh kenapa ni ?" tanyaku kepada ayra.
"atikah benci saya dia kata sebab adam suka saya "airmata ayra mengalir dengan pantas "tak sangka persahabatan kami putus sebab seorang lelaki,saya dah takde siapa dah farah dgn dina pun benci saya"sambungnya
" Diam la kau mintak simpati hanis pula ke ?!" marah dina bila ternampak ayra mengadu kepadaku
"Dina kenapa perangai kau jadi balik ni? " tanya ku nada meninggi
"eh kau backup perempuan ni ke hanis? kau kenal kitaorang dulu kot tapi kau backup orang luar? "tanya farah dengan muka bengisnya
" yes! lagi pun bukan ayra yang mulakan pergaduhan korang yang nak gaduh sangat, kalau korang putus persahabatan dengan ayra that means aku pun takkan berkawan dengan korang lagi faham?"jeritku yang hilang sabar dengan mereka.
Sape takkenal sebelum kehadiran ayra kitaorang ni pun sama gangster macam adam tapi bila ayra datang semua bertukar jadi baik mungkin sebab ayra tak suka membuli,jadi aku pun tertarik dengan sikap ayra aku rasa kalau aku tinggalkan ayra itu hanya merugikan aku.Sekarang aku hanya ada ayra sebagai sahabat dunia akhirat aku
End POV
*result upsr*
"ayra! kau dapat berapa a? "tanya hanis ingin tahu"3A 3b je la hm " jawab ayra dengan wajah kecewa
"hey hey it's okay la, Aku dapat 4 a je tau takde la pandai mana hahaha"
"grr nak suruh aku cakap kau pandai la tu haha "kata ayra sebelum mereka melepaskan tawanya.
"Amboi amboi, meriahnya " senyuman sinis terukir dibibir farah
"kau nak apa? " jawab hanis dengan perasaan benci yang membuak buak.
"bencinya kau kat kitaorng hanis haha baby you know what? hanis ni akan tinggalkan kau jugak ! kau tunggu je la tahun depan dia takkan protect kau dah hahaha"kata atikah dengan tawa jahatnya.
"Sian kau ayra tu la jadi perampas je kerja kau hahaha balasan la semua orang akan tinggalkan kau!! "Dina pula melepaskan kata kata
" eh mulut korang ni " kata hanis bengang belum sempat hanis nak bantai dorang ayra dah pegang tangan hanis "dah la hanis jom la jangan la buat hal " kata ayra ketakutan.
"Eh baby takut ke? HAHAHA" mereka bertiga melepaskan tawanya .
ayra terus menarik tangan hanis dan pergi dari situ malu woii semua pandang.
YOU ARE READING
Monster love!
RomanceSeorang gadis yang kehilangan ibunya sejak lahir. Perjalanan hidup bersama bapanya dan rakan rakan yang memahami serta lelaki pujaan ramai yang tertarik kepadanya , mereka tertarik dengan kecantikkan dan budi pekerti gadis ini yang bernama Ayra Alis...