♬ Part 1 ♬

441 40 6
                                    

  Adrian melukis sesuatu di atas meja belajarnya. Guru yang mengajar dihadapan tidak dihiraukan.

Dia lebih tertarik dengan lukisan snipernya di atas meja daripada melihat segala bentuk tambah, tolak, darab dan bahagi di papan tulis di hadapan kelas itu.

"Pakcik, kau lukis benda alah ni asal? Cikgu tengah mengajar dekat depan tu kan," bisik gadis bertudung yang berada di tepinya.

Tanpa melihat ke arah gadis itu, Adrian menendang kakinya dengan kuat. Di pipinya terlorek senyuman sinis. Eh sibuk je minah ni.

Gadis yang menjadi mangsa tendangan Adrian iaitu Dyana mengaduh sakit. Dia pula mencubit kuat bahu Adrian. Haa geram aku. Aku tak buat apa-apa pun. Ehh kokk diserangg?!

Adrian tidak berputus asa lalu membalas serangan Dyana itu dengan menarik tudung sekolahnya dengan kasar hingga menampakkan skaf tudungnya.

Namun, tanpa disedari. Pergaduhan kecil mereka diperhatikan oleh seluruh warga kelas. Ada yang tersenyum menahan tawa, tertawa kecil dan ada juga yang menepuk dahi. Memang perkara yang selalu terjadi, tiap-tiap hari, pasti ada sahaja masalah yang ditimbulkan oleh dua pelajar ini.

"Tengku Adrian Hawari! Putri Dyana Adawiyah! Berdiri sekarang!!" jerit seorang guru wanita berjambul kembang dihadapan kelas.

Dengan itu, serentak Dyana dan Adrian berhenti bergaduh. Mereka serta merta berdiri. Melihat keadaan mereka berdua membuatkan seluruh kelas tertawa. Mana taknya, Dyana dengan tudung kebelakang hingga ternampak skaf, kainnya dipegang agar tidak londeh.

Baju sekolah Adrian pula sudah terbuka butang dek ditarik oleh Dyana dan tali lehernya yang sudah tidak kemas. Memang menampakkan pergaduhan kecil namun ganasnya ibarat pertarungan ultraman dengan raksaksa!

Cikgu Ros menyambung semula menulis formula-formula matematik dihadapan kelas dan membiarkan Dyana dan Adrian berdiri di tempat duduk mereka.

Dyana memperbaiki tudungnya, namun kakinya dipijak sekali lagi oleh Adrian. Dengan pantas dia melihat wajah Adrian yang tersenyum mengejek. Lidahnya dijelirkan.

Dyana menggenggam penumbuknya. Eyy memang tak lama betul pakcik aku sorang ni.

"Cikgu!" panggil Dyana lantang. Cikgu Ros menoleh ke arah gadis itu.

"Dia kacau saya," adu Dyana.

"Kau jangan tuduh sebarangan eh. Kau yang kacau aku dulu an" kata Adrian pula cuba menegakkan kebenaran.

"Mana ad.. Ahh b*do sakitlah b*ngong weh!" jerit Dyana apabila kakinya dipijak lagi sekali namun lebih kuat daripada sebelumnya. Ha kan dah mencarut tu.

Cikgu Ros mencekak pinggang. Diperhati tajam dua anak muridnya yang sentiasa bermasalah. Ada cikgu dekat depan pun tak boleh nak hormat?

"Adrian! Dyana! Berdiri dekat luar!" arah Cikgu Ros tegas.

"Tapi cikgu..." suara Dyana merayu. Dia tahu apa akibat jika pelajar berdiri di luar kelas.

"Tak ada tapi tapi. Se.ka.rang!" arah Cikgu Ros tegas. Dengan itu, Adrian dan Dyana segera keluar daripada kelas. Mereka berdiri di hadapan pintu namun jarak antara mereka ialah semeter. Social distancing katakan~

"Kau la ni! Sebab kau aku kena berdiri dekat luar." bisik Dyana. Matanya dijegilkan sebagai tanda marah.

"Ada aku kesah ke pendek?" kata Adrian. Tangannya dilipat ke dada sambil badannya disandar pada dinding.

"Kau jangan panggil aku pendek la! Kau tu yang tak sedar diri. Dah tua. Pakcik pulak tu" sinis Dyana pada Adrian. Sebenarnya Adrian merupakan adik kepada ibu angkatnya, jadi memang wajarlah kan dipanggil pakcik?

Pak Cik Meja SebelahWhere stories live. Discover now