"Siapa kau?" soal Dyana. Keningnya dikerutkan.
Adrian menjentik kepala Dyana dengan kuat. Dyana mengaduh sakit sambil digosok kepalanya yang dijentik. Kalau slow tak pe lah jugak, ni dekat tempat terhantuk tadi jugak dia nak jentik. Kau rasa?
"Haa ambik kau. Biar tambah lagi kebengongan kau yang sedia ada tuh. Terhantuk sikit, dah lupa ingatan. Ingat aku b*doh sangat ke ha?" kata Adrian menambahkan sengihan pada wajah Dyana. Alah ingatkan pakcik ni percaya tadi.
"Sakit kau tau! Mahu benjol kepala aku, aku nak jawab apa dekat mama aku nanti haa! Kau nak jawab?" Dyana menjegilkan mata. Tangannya laju menuding ke arah Adrian.
"Aku bagitahu dekat kak Fitya kata kau ponteng sekolah, lompat pagar tak lepas, and then kau terhantuk dinding. Amacam? Bernas cadangan aku?" Adrian tersenyum menyinis. Air muka Dyana berubah. Mampus la aku kalau mama tau aku ponteng. Oh my gad!
"Ala pakcik! Jangan la. K k kau nak aku buat apa? Yang penting jangan bagitahu mama" kedua-dua tangannya disatukan. Matanya dikelip-kelip untuk meminta simpati seorang Adrian Hawari. Beb, satu benda yang aku nak ajar kalau nak minta simpati seorang lelaki, iaitu buatlah wajah anda secomel yang mungkin walaupun kau tu tak seberapa nak comel.
Adrian terus membuat muka geli apabila Dyana berbuat sedemikian. Dah kenapa minah ni? Sewel?
"Aku nak teh ais lebih manis. Cepat. Aku bagi dekat kau satu minit 20 saat" kata Adrian. Matanya dialihkan pada jam di pergelangan tangan.
"Teh ais?" soal Dyana. Eh pakcik ni.. Bukan tadi ke dia kata nak belanja teh ais? Eh dah kenapa pulak aku kena beli? Tak gentleman langsung pakcik aku ni.
"Satu minit lima saat," kata Adrian lagi apabila Dyana masih tidak bergerak daripada tempat duduknya. Eh syok betul aku tengok muka gelabah dia HAHAHA
"K k. Wait wait" Dyana bangun daripada duduknya lalu lari memecut laju ke arah gerai yang berdekatan. Dia pun tak tahu asal kena lari.
Adrian tersenyum nipis. Best betul buli budak innocent acah pandai ni.
◎◎♡◇◆◇♥◇◆◇♡◎◎
Seorang lelaki yang berpakaian agak lusuh menarik jala yang ditebarkannya malam semalam. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Dia dengan segera mengangkat panggilan tersebut.
"Abang Rayyan! Mak Zu jatuh tangga!" terdengar suara cemas gadis yang bercakap didalam telefon itu.
Lelaki yang digelar Rayyan itu dengan segera menamatkan panggilan telefon. Dia segera mengemudi bot tinggalan arwah ayahnya itu pulang ke pesisir pantai.
Tiba di pesisir pantai, dia terlihat seorang lelaki yang seperti dikenalinya sedang duduk di atas batu di bawah pokok rendang bersama seorang gadis sedang bergelak tawa. Hatinya tergerak untuk mendekati mereka kerana lelaki itu benar-benar seperti dirinya. Macam copy paste! Namun dilupakan niat tersebut, ibu lebih penting dari segalanya!
Dia segera berlari ke rumah nelayan yang hanya berhampiran pesisir pantai. Rumah kayu yang usang itu dimasukinya. Dengan segera dia melangkah laju menuju ke arah satu tubuh wanita tua yang terbaring diatas tilam nipis di atas lantai ditemani seorang gadis elok bertudung berumur dalam lingkungan belasan tahun.
"Aisyah! Macam mana keadaan ibu?" soal pemuda tersebut.
"Tadi Aisyah tengah jemur kain dekat luar, lepastu terdengar orang jerit mintak tolong. Aisyah cari tengok-tengok Mak Zu dah terbaring dekat tepi tangga luar rumah" katanya panjang lebar dibalas anggukan daripada pemuda tersebut.
"Abang Rayyan dari mana tadi?" soal gadis tersebut.
"Abang baru lepas jala tadi. Tengok-tengok Aisyah telefon. Abang terus balik." balas Rayyan.
Aisyah mengangguk. Tangannya menekan-nekan perlahan kain yang mengandungi ketulan ais pada kaki Mak Zu. Lebam yang agak besar jelas kelihatan menggusarkan Rayyan.
"Abang tolong tengok tengokkan Mak Zu kejap. Aisyah nak pergi buat air" kata Aisyah. Dia bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke dapur.
Rayyan mendekati ibunya. Dia duduk bersila di tepi ibunya yang terbaring di atas tilam nipis yang sudah lusuh dan lama.
"Ibu ibu.. Berapa kali Rayyan dah pesan. Baring rehat dalam rumah. Ibukan tak larat nak jalan. Lagipun tunggu la Rayy balik dulu." bebel Rayyan perlahan. Mana mungkin dia sanggup nak tengking ibunya walaupun ibunya memang jarang mendengar kata. Dicakapnya A, B jugak yang dipilih. Sejak kehilangan suaminya, Mak Zu mengalami kemurungan yang agak teruk dan mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Rayyan sahaja satu-satunya anak yang bertanggungjawab menjaga Mak Zu.
◎◎♡◇◆◇♥◇◆◇♡◎◎
"Nah" Dyana menyerahkan air teh ais yang dibungkus itu kepada Adrian.
Namun, Adrian mengambil plastik teh ais disebelah lagi tangan Dyana dan meminumnya dengan selamba.
Mata Dyana terbeliak. Weh pakcik! Kau buta sangat ke? Air tu aku dah minum kot! Beb beb aku tak boleh rilek
"Kau lambat empat puluh lima saat" kata Adrian dengan muka tak bersalah. Dyana mendengus geram. Aku dah lali sebenarnya dengan perangai pelik si Adrian ni. Nak buat macam mana, dari kecil lagi, muka pakcik aku ni je yang aku nampak.
Dyana duduk di atas batu bersebelahan Adrian. Dia melihat pemandangan pantai di hadapan mata. Subhanallah cantik sangat! Dyana menjeling Adrian pula. Eh jap. Kenapa jantung aku tak boleh stop berdegup ni? Anyone? Help me? Aku ada simptom sakit jantung ke weh?
Setelah mereka diam selama beberapa minit. Dyana memulakan perbualan.
"Esok kita kena gi rumah arwah nenek. Kau tau dah?" soal Dyana.
"Untuk apa? Aku malas ah nak jejak kaki dekat rumah nenek!" bentak Adrian.
Sejak kejadian Adrian dituduh sebagai pembawa malang kepada keturunan mereka, tambah-tambah tuduhan pedas daripada ibu saudaranya, Tengku Hazira dan neneknya, Tengku Hajar.
Dari peristiwa yang menyakitkan hati itu, dia membawa diri. Jauh daripada sanak saudara dan keluarganya sendiri. Cuma dia masih berhubung dengan kakaknya, iaitu Tengku Fitya Huwaina. Sebab itu la dia boleh rapat dengan satu-satunya anak saudara angkat yang dia ada, iaitu Dyana.
Ibu dengan ayahnya? Entah... Mereka lebih mementingkan pangkat, harta dan kerja. Tak pernah langsung dia dipujuk untuk kembali ke rumah. Tengku Hamra, ibu kepada Adrian sibuk dengan penegasannya yang mahukan maruah keluarganya terjaga, Tengku Haydar, ayah kepada Adrian pula mahukan anak-anaknya berjaya 100%. Semua kena perfect! Gila kau?
"Kau marah lagi ke?" tanya Dyana, simpati.
"Entah la. Dah tak payah cakap fasal tu. Jom balik. Aku dah jemu tengok muka kau lama-lama. Kalau lawa tak pe la jugak," sinis Adrian. Dia bangun daripada tempat duduknya.
Dyana menahan sabar. Telinga dia dah biasa dengar kata-kata sebegitu daripada mulut Adrian. Laser nak mampos!
🌸
Jangan lupa tekan ☆
thanks sbb sudi tunggu<3
YOU ARE READING
Pak Cik Meja Sebelah
Romance"Woi pakcik!" panggil seorang gadis di meja sebelahnya. "Berapa kali aku nak cakap. Aku Adrian. Adrian Hawari. Dan satu lagi, aku tak ingin pun nak jadi pakcik kau" Adrian Hawari, nama yang indah apabila didengar hingga mampu membayangkan wajahnya...