"Sebab dia cantik, sopan, baik dan Chaewon rasa mesti dia pun pandai kat sekolah kan?"
"Ye, memang pun dan nak tahu apa lagi yang dia pandai" soal Jeno kepada Chaewon. "Apa dia?"
"Dia pandai........."
"Pandai apa oppa?"
"Dia pandai mencuri hati oppa"
"CIA,CIA,CIA" kata Jeno sambil mengoyangkan pinggul dia ke kiri dan ke kanan.Chaewon yang melihatnya malu akan Jeno yang tak sedar diri dimana dia berada sekarang, nasiblah tak banyak sangat orang yang lalu di kawasan mereka sekarang. Kalau tak mungkin mereka ingat yang Jeno budak istimewa.
Selepas puas, Jeno pun berhenti dan duduk di kerusinya tadi dengan muka yang tenang dan di pun sambung bertanya."Asal dia tak sesuai dengan oppa pulak"tanya Jeno.
"Sebab oppa"
Sebelum Chaewon menyambung ayatnya, dia menarik nafas terlebih dahulu. 1,2,3
"Sebab oppa tak handsome macam Mark Nct. Pemalas mengahlahkan beruk. Pengotor nak mati. Suka buat benda luar jangkaan dan kandang-kandang suka buat benda memalukan macam orang giler tapi still berlagak tenang. Jadi memang tak sesuailah dia dengan oppa yang bersikap kebudak-budakan tu dan itu jelah sebabnya" kata Chaewon sambil tersenyum sebab akhirnya dia berjaya luahkan apa yang ada dalam fikirannya.
Jeno yang mendengarnya terus melihat kearah Chaewon dan memberikan sebuah jelingan maut. Tidak puas dengan itu, dia pun merosakan rambut Chaewon sebab geram.
"Oppa" jerit Chaewon. Jeno langsung tidak mengendahkan jeritan Chaewon dan terus merosakan rambut gadis itu. Selepas puas Jeno pun ketawa. Melihat rambut Chaewon yang serabai. "Oppa!" Jerit Chaewon marah.
Disebabkan geram Chaewon mencubit dan memukul paha dan bahu jejaka tersebut tetapi tidak memberi sebarang kesan kepada jejaka tersebut sampai kan dia boleh ketawa lagi.
"Oklah oppa minta maaf" kata Jeno lalu diusap-usapnya rambut Chaewon. Tetapi gadis itu langsung tidak terpujuk dengan kata-kata Jeno, dia sempat lagi memberikan jelingan maut kepada Jeno dan itu membuatkan Jeno ketawa.
Orang yang lalu disitu, tersenyum melihat mereka. Tetapi tidak kepada gadis ini, yang dari tadi melihat kemesraan mereka berdua tetapi dia cuba untuk terima hakikat yang dia memang tiada perluang untuk mendekatkan diri dengan jejaka pujaan hatinya dan dia hanya mampu tersenyum melihat mereka.
I shouldn't be jealous, you aren't even mine.
Thanks sebab baca 😃
Vote and Comments 😁
YOU ARE READING
[✔] ᴍʏ ᴄʀᴜsʜ ᴀɴᴅ ʟᴏᴠᴇ ʟᴇᴛᴛᴇʀ || ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ
FanfictionMenyukai seseorang tanpa menyedari ada orang lain menyukai kita. Tidak mampu untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang disukainya tetapi hanya mampu menulis dalam sepucuk surat dan melepaskan segala luahan hati di dalam surat tersebut. Persoalann...