Bab 1 Permulaan Penderitaan

17 0 0
                                    

Angin menderu dengan kuat sekali menampar segala pohon-pohon dan atap rumah menghasilkan bunyi yang mengilukan telinga yang mendengar. Sesekali kedengaran guruh berbunyi dengan kuat sekali disertai dengan kilat yang tidak putus sabung menyabung. Hujan mencurah bumi dengan deras sekali sehingga tidak kedengaran lagi bunyi katak yang menyeru hujan.

Maribella tidur dengan nyenyak sekali di dalam cuaca yang sejuk menambahkan lagi rasa malas di dalam dirinya walaupun dia perlu bersiap untuk ke sekolah untuk persekolahan sesi paginya. Bas akan menjemput pelajar-pelajar sesi pagi seawal jam 5.30 pagi. Ayahnya akan menghantar dia sehingga ke persimpangan kampung kerana bas tidak muat untuk masuk ke jalan rumahnya. Lagipun, jalan ke rumahnya hanyalah jalan tanah merah tambah pula dengan hujan yang lebat pasti jalan itu sudah becak. 

"Bummmmmmmmmmmm!!!!!"

Maribella terjaga dari mimpinya yang indah dek hentakan pintu yang mampu mengegarkan tiang rumah kayu milik keluarganya. Sayup-sayup dia mendengar pergaduhan ibu dan bapanya.

"Kau memang menguji kesabaran aku", kata Encik Ivander sambil mengheret isterinya ke ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau memang menguji kesabaran aku", kata Encik Ivander sambil mengheret isterinya ke ruang tamu. Isterinya, Puan Rosanna mendesis kesakitan oleh tangan suaminya yang mencengkam lengannya. Dalam kesamaran dia melihat lengannya yang sudah kemerahan kerana cengkaman suaminya yang terlalu kuat.

"Aku menyesal berkahwin dengan engkau! Hantar aku balik ke rumah ibu aku sekarang! Kau mendera aku! Dasar lelaki tak guna! Lepaskan aku!", semua hamburan terpendam di dalam hatinya diluahkan kepada suaminya yang bersikap seperti binatang. Perkahwinannya selama dua puluh tahun itu seperti tiada penghujung.

"Aku tak akan lepaskan engkau! Aku nak kau terseksa! Kau jangan harap aku lepaskan kau dasar betina jalang!", kata Encik Ivander sambil menampar pipi isterinya berulang kali.

"SUDAH!!!!!!!!!!!!!! Kenapa pagi buta sudah bergaduh??!!! Tiada kerja lain ke??!!" teriak Hanniel, abang sulung kepada Maribella. Hanniel rasa jemu dan bosan setiap hari mendengar ibu dan bapanya bergaduh. Setiap kali bergaduh mesti perkara yang sama. Dia terjaga kerana mendengar suara ibunya yang mampu memecahkan gegedang telinganya tambahan pula rumahnya rumah kayu jadi bunyi sangat senang menembusi mana-mana kamar di rumahnya.

Hanniel mendekati ibunya yang mengerekot kesakitan di tepi kerusi. Esakan ibunya jelas sekali di halwa pendengarannya. Dia memeluk ibunya sambil memeriksa tubuh ibunya jika terdapat sebarang kecederaan.

Mendengar abangnya sudah bangun, Maribella keluar dari kamar tidurnya sambil menangis melihat keadaan ibunya di dalam pelukan abangnya. Bapanya tidak tahu ke mana, hanya bau asap rokok sahaja menyelubungi ruang rumahnya.

Hati Maribella remuk melihat ibunya. "Ya Tuhan, mengapa keluarga aku seperti ini ya Tuhan. Mengapa keluarga aku tidak seperti orang lain? Apa maksud di sebalik semua ini? Aku juga ingin bahagia dan ketawa bersama dengan keluarga. Bilakah penderitaan ini akan berakhir? Bila Tuhan?", doa itu hanya mampu diungkapkan di dalam hatinya. Dia terus memeluk ibunya dengan erat. "Ibu, kenapa bapa macam ini? Kenapa Tuhan? Kenapa?!!", bisikan itu hanya mampu diluahkan perlahan. Takut sekeping hati ibunya makin terluka.

 Takut sekeping hati ibunya makin terluka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Secebis kata-kata dari penulis,

Hi semua. Ini adalah kali pertama saya menulis sebuah cerita. Sebarang kekurangan boleh tulis di ruangan komen. Saya menerima semuanya dengan hati terbuka. Terima kasih.

-Miss Adriella-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penderitaan MaribellaWhere stories live. Discover now