SANTAU

166 3 0
                                    

APA ITU SANTAU?

Santau adalah sejenis sihir yang digunakan bagi memudaratkan si mangsa. Santau ibarat kanser dalam bidang perubatan moden namun santau tidak boleh diubati dengan ubat-ubatan di hospital. Kebanyakan kes santau berakhir dengan maut, hal ini kerana si mangsa yang terkena santau tidak sedar bahawa mereka telah disantau malah menyangka ia hanya penyakit biasa yang dialami. Santau ialah rangkaian dari 3 perkara:
Ramuan, Mantera dan Jin.

PENGALAMAN ADMIN BERKENAAN SANTAU

Santau memang tidak asing lagi dari hidup admin lebih-lebih lagi bila sahabat yang duduk sebumbung disantau sehingga menyebabkan kematian. Setelah 2 tahun merana akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya. Al-Fatihah untuk Arwah. Admin tidak mahu bercerita panjang tentang apa yang terjadi mungkin admin akan kongsikan dalam thread yang berasingan. Seorang sahabat lagi, juga pernah disantau hasil dari perkahwinan yang berakhir dengan penceraian. Alhamdulillah kami dapat kesan dengan lebih awal dan sekarang beliau telah sembuh sepenuhnya. (Simptoms orang yang disantau ada di slide seterusnya)

TUJUAN SANTAU

1) Amalan diri: Pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal

2) Pertahankan diri : Kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam pergaduhan jadi nak balas balik guna santau, kalau sekarang ada segelintir dari kalangan wanita-wanita yang jahil atau lelaki-lelaki yang jahiliyah menggunakan santau untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri

3) Membalas dendam, dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.

JENIS-JENIS SANTAU

1) Santau Angin:

Menghantar santau melalui tiupan angin(Short Distance). Tukang santau dan si mangsa perlu berada dekat dan berhadapan antara satu sama lain(Mangsa tak boleh pandang ke belakang). Santau ini kebanyakan digunakan oleh mereka yang masih baru dalam bidang sihir. Santau yang disebar melalui angin boleh terkena bukan setakat pada mangsa yang dituju malah sesiapa yang berada dalam jarak yang dekat turut terkena tempias. Santau ni lebih sinonim dengan panggilan ilmu 'Jentik' kalau dalam ilmu persilatan. Sedikit pengalaman admin tentang santau angin ni semasa menyertai pertandingan silat pd tahun 2012(admin tak nk dedahkan pertandingan silat peringkat ape atau dimana). Ada seorang pemuda yang hadir ke pertandingan sebab nak test power( Dia tak bertanding pun cuma duduk ditempat spectator). Masa sparring untuk olahraga aku perasan kawan aku tak se-agresif seperti biasa. Gerak mereka jadi perlahan dan ada kalanya terjatuh macam orang mabuk. Dua2 yang sparring tu aku perhatikan dua2 macam takde stamina walaupun tak sampai seminit sparring dimulakan. Tapi tak lama kemudian ada beberapa orang guru silat menghampiri pemuda tersebut dan tak lama kemudian pemuda tersebut dihalau keluar. Santau angin adalah santau yang paling ringan.

2) Santau Tuju:

Santau tuju adalah santau jarak jauh. Santau ini lebih specific untuk di tuju pada mangsa. Santau ini biasanya memerlukan barang peribadi si mangsa contohnya gambar, sikat yang sering dipakai, baju dan macam2 lagi. Santau ni admin tak familiar sangat sebab tak pernah saksikan depan mata so i'm not the right person to talk about this.

3) Santau Makan :

Ini adalah santau yang mampu membunuh. Ramuan santau dicampur dalam masakan lalu diberikan kepada sesiapa yang hendak dibinasakan. Santau ini jugalah yang dikenakan pada 2 orang sahabat admin. Contoh ramuan yang digunakan adalah serbuk kaca,rambut, hempedu katak puru, kotoran seperti kuku dan banyak lagi. Si mangsa yang terkena memang akan merana. Nak makan sakit dan nak minum air pun sakit. Rasa macam tekak dicucuk ribuan jarum peniti. Kondisi sahabat admin bila masuk tahun kedua memang kurus kering. Banyak dah pergi berubat tapi tetap jugak tak sembuh2. Senang cakap kalau korang nak bunuh orang ke tak puas hati dengan siapa2 min recommend sangat santau ni. Senang sikit masuk neraka ;)

4) Santau Langkah:

Santau ni pun min tak familiar sangat jadi min akan bahaskan setakat apa yang min tahu sahaja. Tapi menurut dari apa yang min tahu santau ni pun agak bahaya juga berbanding santau angin dan santau tuju. Kebiasaannya menggunakan pasir/tanah. Pasir/tanah ini menurut pengetahuan admin diambil dari kubur2 tertentu( Bukan dekat semua kubur boleh diambil). Pasir/tanah ini akan ditabur ditempat yang si mangsa sering lalu. Untuk santau ini berfungsi, si mangsa perlu langkah pasir/tanah yang ditabur. Santau ini paling mudah untuk didapati, sekarang banyak jual dekat online. Tapi korang jangan lah beli ye sebab santau ni adalah suatu perbuatan yang terkutuk!

SIMPTOMS TERKENA SANTAU

1) Batuk yang berterusan walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yang 24 jam (macam batuk anjing)

2) Muntah darah

3) Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki),

4) Demam panas

5) Sakit kepala

6) Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan

7) Tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah)

8) Susah nak tidur malam

9) Kerap mengantuk di siang hari

10) Gatal-gatal badan

11) Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)

12) Pelupa

13) Resdung

14) Barah

15) Kayap

16) Lumpuh ( yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila

17) Lemah tenaga batin

18) Kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo)

19) Penyedih

20) Penakut

21) Pembenci

22) Pemalas

23) Fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri

24) Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)

25) Sakit perut dan sakit belakang.

Kenapa admin tak pernah share ayat pendinding ke ayat ruqyah ke ape semua?

Orang bangang je mintak ilmu tak nak berguru sekian...Admin bukan kedekut ilmu tapi last time aku share ayat ruqyah dekat sorang makhluk bangang ni dia pegi cabar family jin. Manusia macam ni boleh pergi jahanam. Tak guna ada ilmu tapi tak amal dan tak guna amal tanpa ilmu kedua2 nya adalah pebuatan yang sia2. "Al-ilmu bi laa amali kal shajarah bi laa tsamari"(Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah).

Konklusinya pergilah belajar agama sebab korang masih muda lagi, kudrat kuat lagi, jadi nak belajar itu mudah yang susah hanyalah alasan nafsu syaitani ...

SANTAUWhere stories live. Discover now