Prolog

56 2 3
                                    


"Abang.. Milah betul-betul mintak maaf, tapi Milah rasa kita memang tak ada jodoh." ujar Milah yakin.

Amir merenung sawah yang terbentang luas di hadapannya. Tidak ada sepatah pun yang keluar dari bibirnya. Hanya hembusan nafas kekecewaan yang mampu dilontarkan.

"Milah baru 14 tahun, abang. Kita ni budak mentah lagi. Perjalanan masih jauh. Takkan kita nak sia-siakan hidup dengan hubungan yang mustahil akan kekal ni," katanya lagi.

"Mustahil?" Amir tersenyum sinis. "Mustahil Milah kata? Kalau Milah tak berusaha, memanglah mustahil. Selama ni Milah tak berusaha pun nak jaga hubungan ni. Milah kata Milah sayang abang, tapi Milah tak berusaha pun jaga hati abang. Tak berusaha pun nak jauhkan diri dari berkawan dengan lelaki-lelaki dalam kampung ni, tak berusaha pun nak bahagiakan abang macam yang abang buat pada Milah, tak berusaha pun nak pujuk abang kalau abang cemburu. Lepas tu Milah bukan nak baiki hubungan ni pun, Milah siap mintak putus lagi!" Amir mencerlung marah. Matanya mula berair, kecewa dengan sikap Milah.

"Milah memang sayangkan abang, tapi dari awal lagi Milah cakap, hubungan kita ni takkan kekal. Ni cinta monyet je bang. Sekadar nak berseronok, bukan nak bawa sampai jinjang pelamin pun," bidas Milah. Panas hatinya mendengar sindiran Amir.

"Berseronok? Jadi selama ni Milah bercinta dengan abang sebab nak berseronok je lah? Milah kejam." Amir memusingkan badannya, berhadapan dengan Milah.

"Abang sayang Milah separuh mati, tapi ni yang Milah balas? Memang abang baru 15 tahun, tapi abang da fikir jauh dah. Abang nak Milah jadi isteri abang. Abang nak hidup dengan Milah, dan abang janji lepas abang habis belajar, abang akan terus masuk meminang Milah."

Milah yang mendengar terus ketawa berdekah-dekah.

"Abang dah fikir semua tu? Abang, abang.. Kita ni kecik lagi. Sekolah pun tak habis lagi. Pejadah nak fikir semua tu? Dah lah abang. Milah tak percayalah semua tu. Mana lah tau kan kalau abang dah sambung belajar nanti, abang jumpa perempuan lagi cantik dari Milah, terus abang lupakan Milah. Bukan boleh percaya," Milah menghabiskan sisa tawanya.

"Milah tak percayakan abang? Milah jangan menyesal kalau kata-kata Milah tu termakbul," ugut Amir. Sungguh dia sudah tawar hati dengan Milah yang seakan tidak ambil serius tentang hubungan mereka.

"Milah takkan menyesallah. Abang, terimalah hakikat yang kita tak ada jodoh. Setakat bercinta waktu sekolah lepas tu putus, apa yang nak disesalkan. Satu masa nanti, abang akan jumpa orang lain, Milah pun akan jumpa orang lain. Percayalah cakap Milah," Milah mengalihkan pandangan. Dia mahu beredar dari situ, penat berbalas kata dengan Amir yang seakan tidak faham bahasa.

Amir berjeda. Dia menarik nafas panjang, untuk melegakan sakit hatinya. Mata dihala ke langit, memerhatikan burung-burung yang ingin pulang ke sarang masing-masing memandangkan hari sudah mulai senja.

"Baiklah kalau tu yang Milah nak. Mulai hari ni, kita putus. Anggap je yang Milah tak pernah jumpa abang, tak pernah kenal abang. Abang pun akan buat perkara yang sama. Abang harap Milah bahagia," Amir terus meninggalkan Milah selepas memberi kata putus. Dia mencapai basikalnya dan berlalu pulang ke rumah.

Milah senyum sendirian. Akhirnya dia berjaya menamatkan hubungan hambarnya bersama Amir. Sudah lama dia menanti saat ini.

Bersama Amir, dia tidak pernah rasa gembira. Walaupun Amir hanya tua setahun darinya, namun pemikiran Amir lebih matang dari usia. Selalu sahaja tingkahnya ditegur Amir. Itu tak boleh, ini tak boleh. Naik rimas dibuatnya.

Milah lebih suka berseronok. Tidak suka dikongkong dan lebih gemar membuat apa yang dia mahu tanpa ditegur oleh sesiapa. Barulah sepadan dengan umurnya yang baru 14 tahun. Sebab itu dia berkeras ingin memutuskan hubungan. Baginya, Amir adalah penghalang segala!

✨✨✨

"Assalamualaikum! Amir dah balik!" Amir menongkat basikalnya. Kaki dibasuh sebelum masuk ke rumah.

"Waalaikumsalam. Ewah.. dah sonjo baghu nak balik? Poei mano lelamo?" tegur Mak Biah; emak Amir, dengan loghat Negeri Sembilannya yang pekat.

"Poei sawah jo, omak. Amir masuk dulu yo, nak mandi." Amir tersengih sebelum menapak ke biliknya.

Mak Biah menggelengkan kepala beberapa kali, masak dengan perangai anak bongsunya itu.

Amir menutup pintu biliknya rapat. Dia melepaskan nafas berat. Kali ini dia nekad, dia pasti dengan keputusannya.

✨✨✨

"Mak.. Amir nak cakap sikitlah,"

Semua yang berada di meja makan itu serentak memandang Amir, pelik. Selalunya waktu makan, Amir jarang bersuara. Malas nak menyampuk cakap orang tua katanya.

"Cakap la Mir.. Apo deh?" Mak Biah membalas.

"Amir setuju nak pindah sekolah kek Seghomban nun," Amir menguntum senyuman.

"Apo kono kau ni dik? Aghitu beghio bona nak tolak tawaran, koba sayang bona kek kampung ni," Raziqah menyiku bahu Amir.

"Kau ni kak.. Dongki bona kek Amir ni kenapo? Biarlah dio, dah tuka pikighan la tu, kau ni sibuk ajo." Aman menegur kakaknya. Sebenarnya dia gembira dengan keputusan yang diambil Amir. Dia bangga kerana adiknya merupakan pelajar yang cemerlang, sama seperti dia dan kakaknya.

"Den koba jo," Raziqah menjeling Aman.

"Dopan joki ni tak payah la bergaduh. Koghang ni pun," Mak Biah menegur.

"Baguih la Mir kok kau nak pindah sano. Takdo la meghoput yo tingga kek kampung ni," Pak Kasim tersenyum senang.

"Tapi kang ayah pulak yang meghoput dongan omak. Kok Amir ni pindah, sapo yang nak menoman? Kitoghang ni cuti dah tak lamo, kang mak dongan ayah tingga berduo yo," kata Raziqah pula.

"Takyah lah kau ghisau an omak ni kak. Omak lagi suko kalau koghang belaja jejauh. Sojuk hati den tengok koghang bejayo." balas Mak Biah.

Sebenarnya menjadi isteri kepada ketua kampunglah yang membuatkan Mak Biah tidak kesunyian. Ada sahaja aktiviti kemasyarakatan serta persatuan yang diadakan di kampung itu. Sebab itulah, dia tidak kisah walaupun tinggal berdua sahaja dengan Pak Kasim nanti.

"Iyolah," Raziqah akhirnya mengalah. Dia sebenarnya tak kisah kalau Amir pindah sekolah. Tapi dia risau kalau tiada siapa yang ingin menengok-nengokkan kedua ibu bapanya jika mereka bertiga tiada di rumah.

"Kau duk kek umah Pak Long yo nanti," kata Pak Kasim.

Amir mengerutkan dahi. " Amir tingga kek serama la yah. Balik pun sebulan sokali," kata Amir, yakin. Dia sebenarnya telah membuat research tentang sekolah yang ditawarkan, MRSM Seremban awal-awal lagi. (Sebenarnya kat Seremban takde MRSM, sis reka je 😂✌️).

"Iyo, tahu den. Maksud ayah, nanti kok kau balik cuti, kau tumpanglah umah Pak Long, tak yah balik sini doh.. Balik sini bilo cuti panjang jo," jelas Pak Kasim.

Amir mengambil masa untuk menghadam. Lambat-lambat dia mengangguk. Susah rasanya berjauhan dengan keluarga. Dari kecil dia dibesarkan di kampung itu dengan penuh kasih sayang, namun kini dia perlu berjauhan pada umur 16 tahun. Tetapi dia merasakan ini adalah peluangnya untuk menjauhkan diri dari Milah dan semua kenangan mereka.

"Rilek lah Amir oi.. Duo tahun yo tingga kek Seghomban. Kau pun dah lamo tak poei bandar kan. 15 tahun duduk kampung, apo lah salah eh bohijrah ke bandar pulak," Aman menyiku Amir.

"Boto tu dik," Raziqah dan Mak Biah berkata serentak.

Amir menghela nafas lega. Akhirnya semua bersetuju dengan keputusannya. Minggu depan dia akan memulakan sesi persekolahan di sekolah baru. Amir ingin segera meninggalkan kampung ini, melupakan segala memorinya bersama Milah.




*vote please 🙏😂

Lara Di Hati SyamirWhere stories live. Discover now