Hairul Izzat membetulkan tali lehernya. Dia berjalan masuk ke dalam sekolah. Dewan Hamid dan Anjung Selera (kantin) kelihatan begitu riuh seperti berada di taman permainan. Mungkin banyak kisah yang hendak diceritakan selama cuti sebulan ini.
Hairul Izzat mula meniliti setiap sudut mencari kawannya. Namun seorang pun tidak kelihatan. Izzat mengambil keputusan untuk terus masuk ke dalam barisan kelas.
"Perhatian kepada semua murid tingakatan 3,4 dan 5. Sila berhimpun di dewan sekarang juga." Ketua pengawas memberi arahan dengan penuh tertib.
"Murid yang berada di kantin. Sila bergerak ke dewan dengan segera." Sambungnya.
Setelah memastikan semua murid dalam keadaan tersusun. Dia mula berucap sekali lagi.
"Murid sila keluarkan bahan bacaan anda dan buat catatan nilam kerana sekarang adalah waktu nilam ! Dewan adalah zon senyap. Jadi tolong senyap dan baca bahan bacaan anda !" Selepas itu, dia terus bergerak ke bilik pengawas.
"Hey !" Tegur seseorang. Izzat pantas memusing ke belakang memandang gerangan manusia yang menegurnya.
"Eh Wen! Bukan selalu kau datang lambat ke?"
"Aiyaaa! Ini first day sekolah meh. Mestilah kena awal punya." Kata Wen Qi sambil membetulkan rambutnya.
"Haha ! Ade ii jelah kau ni !"
"Weh ! Tahun ni kau jadi ketua lagi kan ?"
"Tak sure ! Kalau ade luck maybe still your leader. Tapi kalau tak, takdelah."
"Takpe aku support kau !"
"Thank you , bro ! "
"Sama-sama"
Waktu rehat telah pun tiba. Semua murid berpusu-pusu ingin membeli makanan. Izzat hanya membeli satu roti dan air kotak minuman kundur.
Izzat bergerak ke bilik audio. Tempat dia dan kawannya sering berlatih dan lepak. Dengan perlahan, dia membuka pintu. Kelihatan dua tubuh manusia sudah tercegat di situ menunggu kehadirannya.
"Lambat kau harini?" Tanya Aiman Syafiq.
"Tanggungjawab tak lepas bro !"
"Tapi kau kan penolong je?" Tanya Wen.
"Even penolong pun kitorang sama je. Ketua dan penolong tanggungjawab yang sama. So ape boleh buat?" Terangnya.
"Nak start hobi lama?" Tanya Aiman sambil tersenyum.
Izzat dan Wenqi berpandangan. Izzat tersenyum begitu juga Wenqi.
"Come on , man !" Izzat terus berlari mengambil mikrofon milik sekolah. Begitu juga Aiman dan Wen Qi.
"Okay ! Ready ?" Izzat memandang Wen Qi dan Aiman Syafiq.
Aiman dan Wen memberi isyarat 'okay'.
"The Mic Hard back!!! Wooooo !!!!" Jerit Izzat teruja. Mikrofon dijauhkan segera.
Mereka menunjukkan bakat masing-masing. Dimana, Wen Qi dan Aiman Syafiq adalah beatboxer, manakala Izzat adalah rapper. Mereka kelihatan sedang berpesta didalam bilik audio itu. Tidak lupa juga Aiman Syafiq juga mempunyai suara yang merdu. Jadi mereka mula menulis lirik.
"Weh, kau ade skill baru tak?" Tanya Wen
"Skill ape?"
"Alah skill ape je yang kau ade. Magic lah" ujar Aiman.
"Eh nak kutuk orang pun agaklah eh. Takde. Pancit arh nak buat magic sekarang."
"Bukan nak sekarang meh. Kau kan Prof fessio nal. P R O F F E S S I O N A L. Kau boleh buat lirik dan belajar skill baru dalam satu masa meh."
"Tengok arh dulu,"