ツ♡BAB 14♡ツ

664 20 0
                                    

KERETA BMW Z4 selamat meluncur ke perkarangan rumah Haji Umar. Haji Umar telah disedia maklum bahawa Aqil akan datang ke rumahnya untuk menemami Umairah ke Kelantan lusa oleh isterinya.

Aqil keluar dari perut kereta dan melangkah ke arah Haji Umar yang berada dibangku hadapan rumah. Kelihatan bersama Haji Umar adalah Adib. Mereke berdua melontarkan senyuman ke arah Aqil.

"Assalamualaikum walid , along."ujar Aqil setelah sampai ditempat Haji Umar dan Adib sedang duduk.

"Wa'alaikumsalam Qil."serentak Adib dan Haji Umar menjawab.

"Walid sihat?"

"Sihat."

"Along sihat?"

"Macam ni je lah Qil. Sihat jugak lah dari tak ada. Hahaha."ujar Adib lalu mengangkat punggungnya untuk bangun."Aqil duduk lah dulu dekat sini dengan walid. Along nak panggil umiey dengan adik kejap dekat sana. Walid suruhlah Lia buat air."ujar Adib lagi lalu melangkah meninggalkan Aqil dan Haji Umar berdua di situ.

"Lia! Tolong walid buat air jap. Aqil datang ni."jerit Haji Umar agar menantunya Alia mendengar.

"Baik walid!"balas Alia didapur yang sudah membuat air.

Mata Aqil terarah ke arah rumah yang sedang dituju oleh Adib. Kelihatan Umairah sedang bermain badmintan bersama kanak-kanak disitu. Tersenyum Aqil dengan kelakuan Umairah yang amat menyayangi kanak-kanak.

"Rumah tu walid dengan umiey bina semperna nama Ara. Sebab atas permintaan Ara. Katanya nak tolong budak-budak kecik yang tak ada dengan mak ayah. Terima kasih Lia."ujar Haji Umar apabila air yang dinanti telah tiba. Alia pun turut serta duduk disitu.

"Aqil tahu walid pasal rumah tu. Umiey ada bagitahu masa Aqil call tanya alamat rumah. Tapi tak tahu pulak rumah tu atas permintaan Ara."jawab Aqil sambil memandang ke arah Haji Umar.

"Minum Aqil."tawar Alia sambil menghulurkan cawan teh kepada Aqil.

"Terima kasih kaklong."

"Tak apalah Aqil boraklah dengan walid. Kaklong nak naik masak kejap."ujar Alia lantas bangun dari duduknya dan naik ke atas rumah.

"Ara memang mesra macam tu ke walid?"tanya Aqil apabila beberapa lama sunyi diantaranya dengan Haji Umar.

"Iyaa. Adik memang macam tu perangai dia. Dari kecik sampailah sekarang macam tu lah perangai dia. Tapi dalam banyak-banyak perangai elok dia , ada jugak yang tak elok..."percakapan Haji Umar terhenti seketika apabila menghirup air teh didalam cawan.

"Maksud walid?"Aqil turut melakukan perlakuan yang sama dengan Haji Umar.

"Degil dia. Ego dia. Keras kepala dia. Huhhh."keluh Haji Umar sambil meletakkan cawan keatas piring cawan. "Ada satu hari tu, masa umur dia 16tahun , walid dengan umiey halang dia pergi hiking sebab tak ada orang nak tengok-tengokkan dia. Tapi dia degil pergi jugak. Lepas dia pergi tu, tak lama lepas tu walid dapat call yang katanya Ara masuk ICU sebab tak dapat nak bernafas dengan elok. Cepat-cepat walid dengan umiey pergi hospital. Bertapa bimbang dan risaunya kami bila doktor cakap harapan Ara untuk hidup tipis. Tapi alhamdulillah keajaiban berlaku. Berkat doa dan kesabaran kami Ara selamat. "cerita Haji Umar tentang kejadian beberapa tahun lalu.

"Tapi dia nampak macam tak sakitkan walid? Dia cakap dia okay walaupun kenyataannya dia sakit."ujar Aqil yang disedari hanya mendengar cerita yang diceritakan oleh Haji Umar.

"Ya. Adik memang pandai sembunyikan apa jua sekali pun rasa dia , perasaan dia. Sebab dia tak nak orang disekeliling dia yang sayangkan dia risau pasal dia."ujar Haji Umar sambil memandang ke arah Umairah yang sedang bermain dengan kanak-kanak disana. "Dan walid harap ada orang yang dapat jaga dia lebih baik dari walid dan umiey jaga dia. Barulah kami tak risau sangat." sambung Haji Umar lagi sambil memegang bahu Aqil.

"Insya Allah walid. Adalah tu nanti."ujar Aqil tanda faham dengan maksud yang disampaikan oleh Haji Umar.

Dalam beberapa minit kemudian , ketika Aqil dan Haji Umar sedang ketawa kelihatan Umairah , Hajah Umi dah Adib menuju ke arah mereka.

"Lia mana walid?"tanya Adib kepada Haji Umar.

"Ada kat dapur tengah masak."

Seusai sahaja Haji Umar menjawab Adib meminta diri untuk menolong isterinya didapur.

"Adik penat lah umiey."adu Umairah sambil merebahkan kepalanya dibahu Hajah Umi.

"Tahu pun penat. Tadi bukan main lagi walid tengok. Lari sana sini. Baru tahu nak penat."bebel Haji Umar.

"Alaaa walid ni. Jarang-jarang tahu tak dapat main dengan budak-budak tu."balas Umairah.

"Dah-dah. Pergi naik solat Asar sana. Lepas tu mandi jugak. Kita nak makan pula."suruh Hajah Umi.

"Aip-aip chip."ujar Umairah lantas mengangkat tabik. Lalu berlari naik ke atas rumah.

"Macam budak-budak anak awak tu Mi."kata Haji Umar kepada isterinya.

"Macam walid dialah."balas Hajah Umi pula. "Aqil dah lama sampai?" sambung Hajah Umi.

"Lama jugaklah umiey. Tunggu umiey lama."ujar Aqil.

"Dahlah jom naik. Umiey tunjukkan Aqil bilik. Abang tadi tok penghulu call dia suruh abang pergi rumah dia. Ada benda nak bincang katanya."ujar Hajah Umi sambil menyimpan cawan minuman ke dalam dulang lalu bangun.

"Yelah Mi. Abang pergi kejap. Kalau abang lambat balik tak payah tunggu."ujar Haji Umar lantas menuju ke arah motosikal Vespanya berwarna biru yang berada berdekatan.

"Baik bang."dilihat motosikal suaminya bergerak."Jom Aqil umiey tunjukkan bilik. Jangan risau dalam bilik tu dah ada bilik air."ujar Hajah Umi lantas naik.

"Hahahaha. Yelah Umiey."Aqil mengekori langkah Hajah Umi naik ke atas rumah.

Dilihat dekorasi rumah itu begitu cantik. Disetiap dinding ada gambar keluarga dan anak-anak. Matanya terjatuh pada sebuah gambar yang berada disebelah television. Diambil gambar itu ditatapnya. Comel!

"Tu gambar adik masa 6 tahun."ujar Hajah Umi sambil menuju ke dapur untuk menyimpan cawan tadi.

"Haaa!"sergah Umairah dari belakang.

Akibat terkejut nasib tak terpelanting bingkai gambar itu. Aqil mengurut dadanya. 'Kus semangat.'

"Ya Allah budak ni. Umiey suruh buat apa tadi?"ujar Hajah Umi sambil bercekak pinggang ke arah Umairah.

"Hehehe. Umiey suruh mandi lepas tu solat."ujar Umairah menayangkan gigi arnabnya.

"Dah cepat."arah Hajah Umi kepada Umairah. Terkocoh-kocoh anaknya itu masuk ke dalam bilik."Dah Aqil mari Umiey tunjukkan bilik."ujar Hajah Umi sambil berjalan menuju ke sebuah bilik yang berada dihadapan bilik Umairah dan disebelah biliknya.

"Masuk lah Aqil. Maaf kalau bilik ni kecik untuk Aqil."ujar Hajah Umi sambil membuka pintu bilik itu.

Kelihatan di dalam bilik itu ada sebiji katil bersaiz Queen bercadar warna hijau muda siap ada bantal peluk lagi. Aqil masuk ke dalam bilik itu dan meletakkan beg pakaiannya diatas katil yang dibawanya sebentar tadi.

"Tak apa umiey. Ni pun dah okay."ujar Aqil sambil duduk diatas katil.

"Apa-apa panggil umiey. Umiey ada dekat sebelah ni je. Ara dekat depan Aqil. Apa-apa bagitahu. Kalau Aqil nak solat , sejadah ada dalam almari tu. Kiblat dah tunjuk arah mana. Bilik air sebelah tu ja. Umiey mintak diri dulu nak tolong kaklong kamu masak."ujar Hajah Umi sambil menutup pintu.

Aqil membuka begnya. Diambil tuala dan menuju ke arah bilik mandi. Ketika ini dia hanya ingin mandi dan menunaikan solat Asar.

Mr Tengku VS Miss EgoWhere stories live. Discover now