2 End~

9 1 0
                                        

   
(y/f/n) pov...

        Aku rasa bersalah lah disebabkan aku putuskan persahabatan aku dengan dia.. Dia langsung tidak ceria, apakah aku buat ni betul, adakah yang diceritakan kepada aku tu betul, adakah aku ditipu tapi tak mungkin juga dia ingin mengata pasal aku kerana dia seorang sahabat yang baik tapi orang lain cerita pada aku.....arghhhh biarlah buat apa aku nak fikir pasal dia, dia yang buat salah aku pulak yang kena minta maaf memang tak lah....

     (y/n) dah tak datang ke sekolah hampir sebulan dan (y/f/n) dah jadi semakin pelik dan risau sebab (y/n) bukan jenis yang akan ponteng sekolah.. Jadi (y/f/n) bertekad untuk pergi ke rumah (y/n) walaupun ego dia masih tinggi tapi disebabkan persahabatan dia jatuhkan ego dia...

     Lepas sahaja waktu persekolahan dia bergegas mencapai motosikal dan memecut ke rumah (y/n).....
Apabila dia sampai di hadapan rumah (y/n) kelihatan seperti rumah itu kosong jadi dia menelefon (y/n) tanpa ragu ragu.... Tapi tidak terjawab untuk banyak kali.... Dia menelefon ibunya (y/n) dan lagi sekali tidak terangkat jadi dia sudah putus asa dia pulang ke rumahnya....

   Keesokannya dia sampai di sekolah terlalu awal kerana hanya ada dia dan pakcik guard di sekolah..... Waktu sesi pembelajaran dia lihat di tempat duduk sahabatnya yang masih lagi kosong.... Tiba tiba cikgu kelas itu memanggil (y/f/n) untuk mengikutinya ke bilik guru dengan muka sayu.... Setelah tiba di bilik guru.. Cikgu itu berikannya sekeping surat yang ditulis oleh (y/n) sendiri..
Apabila dia membaca isi kandungan itu dia terus berlari ke garaj dan menghidupkan motonya serta memecut ke rumah (y/n) sambil air mata di pipi... Setelah sampai di rumahnya dia melihat ramai orang... Jadi dia berlari masuk ke rumah (y/n) dan menangis memohon maaf terhadap perbuatan nya itu kepada mayat (y/n)...

     Dia terasa tertipu kerana dia sudah tahu kebenarannya dan tidak memohon maaf awal kepada nya dia berasa amat bersalah kerana putuskan persahabatan mereka... Dia mengambil surat tadi dan letakkannya disebelah (y/n) dan berkata bahawa" kau lah satu satunya sahabat aku yang terima keburukan aku walaupun aku dah marah kau tapi kau tetap anggap aku sebagai sahabat kau walaupun aku dah rosakkan persahabatan kita drngan tanpa usul periksa kau tetap nak bersahabat dengan aku.. Aku masih ingat lagi waktu kita first time berkenalan kau buruk gila waktu tu hahaha tapi kau berani disebabkan kau aku dah tak kena buli, aku dah tak kena marah, aku bahagia lepas kau ada tapi sekarang kau dah tiada macam mana aku nak teruskan hidup aku tanpa kau... Kau lah satu satunya kawan baik aku tapi kenapa kau pergi dulu... Tak pelah aku harap kau tenang disana ya sahabat ku😌.."

   Akhirnya aku sudah kehilangan sahabat, aku tak jumpa penggantinya dimana mana...

Korang mesti nak tau kan isi kandungan surat tu meh sini aku cerita ...

'wahai sahabat aku (y/f/n) aku nak minta maaf walaupun aku takpernah kata belakang kau dan aku tak kisah kalau kau tak nak kawan dengan aku sebab kebahagiaan kau tu adalah kebahagiaan aku juga.. Aku tak mungkin dan takkan pernah lupakan kau... Kau lah satu satunya sahabat aku yang ada dan kau merupakan salah satu hati aku dan nyawa aku yang masih ada... Aku nak minta sebab aku terpaksa pergi dulu dari kau, aku tahu yang kita pernah berjanji untuk bersama sama walaupun ada dalam keadaan susah dan sentiasa mempercayai satu sama lain... Aku terkejut juga lah sebab kau percaya yang orang lain kata kan tapi tak apa aku tak kisah sebab aku tahu kau selalu risaukan aku kan Hihi jangan rindu aku pulak aku tahu kau selalu usya aku... Sebenarnya aku ada penyakit yang masih boleh dibuat pembedahan tapi aku tak mahu buat sebab aku taknak stay kat hospital dalam jangka masa yang lama aku akan rindu kan kau... Itu je yang aku boleh bagitahu kau, aku kena pergi dulu bye sahabat jangan tangisi pemergian aku okay.... Bye i will love our friendship until death😊😊.. '
 
The end

Tu je isi kandungan dia yes dan aku pernah alami benda ni dan ianya memang susah untuk kita lupakan kawan terbaik kita iaitu sahabat kita sendiri.. Jadi pengajarannya hargailah sahabat sementara mereka masih ada dan percaya lah sahabat anda dan keluarga anda tu je nasihat daru saya sorry kalau x sedih sangat dan ni lah ending dia...

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 03, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

friends until deathTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang