ʜᴀɴ ʀɪᴠᴇʀ ,25 ᴅᴇᴄᴇᴍʙᴇʀ 2018

92 8 0
                                        

ᴡᴇɴᴊᴜɴʜᴜɪ
ᴡɪɴᴛᴇʀ sᴛᴏʀʏ
ᴄʜᴀᴘᴛᴇʀ 9

ᴡᴇɴᴊᴜɴʜᴜɪᴡɪɴᴛᴇʀ sᴛᴏʀʏᴄʜᴀᴘᴛᴇʀ 9

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.








Kelibat Jun sudah terpapan di hadapan mata.

Air mata mula bergenang namun ditahan agar tidak gugur.

Kakinya melangkah mendekati namja itu walaupun sedikit lembik.

Dia duduk di sebelah Jun.

sedikit pun dia tidak gentar walaupun mengetahui jantung namja tersebut sudah lama berhenti berdegup.

Dia hanya diam.

Jun juga tidak mengeluarkan suara.

Yuri diam kerana ingin mengumpulkan semua kekuatan yang hilang.

Jun pula.. tidak tau la apa yang difikirkan.

"Jun.." Panggil Yuri perlahan.

Ada nada gentar dalam suaranya.

Jun tidak menjawab.

Tidak juga memandangnya.

Yuri menarik nafas dalam lalu di hembus.

"Cerita awak tu, tak habis lagi kan?" Soal Yuri dengan air mata yang mula mengalir di pipi apabila tidak mampu lagi di tampung.

Jun terdiam.

Perlahan lahan dia memandang wajah Yuri yang basah dengan air mata.

"Cerita tu.. ada sambungan kan?" Soal Yuri lagi.

Jun masih diam.

Tiada lagi senyuman di bibirnya.

Dia kembali menoleh ke hadapan ingin menyambung cerita yang tergantung itu.

"Namja tu, tak berputus asa.. walaupun nyawa sudah bercerai dari badan, dia tetap ingin bersama yeoja yang di cintai nya. Dia tetap ingin meluahkan perasaan nya. Di satu hari ni..hajat dia akan tercapai" Jun memandang Yuri lagi.

Tangisan Yuri semakin deras mengalir, mulutnya di tutup dengan tangan sendiri.

Terlalu sebak untuk menerima kenyataan.

Jun masih merenung Yuri dengan padangan yang sukar di tafsir kan.

"Yuri...Neomu Saranghae" Akhirnya perkataan itu terluah juga setelah empat tahun Jun menyimpan di dalam hatinya.

Makin deras air mata Yuri mengalir.

Bahunya terenjut henjut cuba manahan tangisan namun dia tidak mampu.

Dia tidak cukup kuat untuk menempuh semua itu.

Yuri merasakan ada sepasang tangan yang sejuk memegang bahunya pelahan di mendongak untuk melihat wajah gerangan yang dia sudah tau siapa itu.

"Yuri..cerita tu belum habis lagi" Ujar Jun.

Merenung tepat ke dalam anak mata Yuri yang berkaca.

"Namja itu kembali ke tempat di mana dia sepatutnya barada setelah hajat dia tercapai, tapi.. jangan risau, namja tu pergi dengan hati yang gembira dan sarat dengan cintanya pada yeoja tersebut..." Dan bibir pucat Jun pun perlahan mengucup dahi Yuri sebelum tangannya merangkul erat tubuh yeoja yang masih teresak henjut itu.

Lama Yuri dapat rasakan kehangatan dekapan Jun sebelum perlahan lahan kehangatan itu menghilang.

"Nado..Saranghae Jun..." Dan Jun dengar apa yang dibisikkan Yuri.













Soooooo tu la ending dia hahahaha
Ok thx sbb dh singgah kat story ni
Tq sgt ok byeeeeiii

ᴡɪɴᴛᴇʀ sᴛᴏʀʏ ||•^°ᴡᴇɴ ᴊᴜɴʜᴜɪ°^• (sᴠᴛ) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang