Memori

15 2 0
                                    

Budak lelaki itu hanya mampu menangis dan meronta-ronta meminta dilepaskan. Kepala budak itu dipegang kemas ayahnya sambil lututnya menekan badan lemah budak itu ke tanah. Dia mahu memastikan segalanya dilihat jelas budak itu.

Sementara suara ibunya bertukar-tukar daripada desahan lemah kepada esak tangis. Empat rakan suaminya mula menjelajah tubuh wanita lemah itu yang bogel dan kedua belah tangan dan kakinya diikat kemas di setiap penjuru katil.

"Ahh... Bang, tolong jangan bagi anak kita tengok semua ni. Seksa saya, jangan libatkan dia," rayu wanita itu tanpa bertentang mata.

Si ayah tersenyum sinis memandang anak. "Tak, budak tak guna tak reti bersyukur ni mesti tahu. Betapa kotornya emak yang dia sangka bidadari. Hahaha!" gelak tawanya dituruti oleh empat yang lain.

Si ibu mula menitiskan air mata dengan deras. "Jangan... Ahh..."

Rusuk budak itu menjadi hinggapan tumbukan apabila dia terlalu kuat meronta. "Duduk diam, budak tak guna! Ish, aku patut bunuh kau lama dulu! Bodoh!"

Budak itu tidak mampu berbuat apa. Hanya terus-menerus melihat apabila binatang-binatang itu mengambil pusingan memperkosa wanita itu.

***

"Abang, bangunlah! Petang-petang pulak dia bantai tidur!"

Leteran itu membangunkan aku. Bukan daripada mimpi tetapi cebisan memori. Cebisan memori-memori seorang lelaki misteri.

"Macam mana dengan anak-anak?" aku bertanya pada kau, melihat keadaan rumah yang senyap sunyi tidak seperti selalu.

"Mengikut ayahnya pastinya. Tidur dengan bahagia dekat bilik masing-masing."

"Oh."

Engkau memandang aku, "Awak OK tak ni? Dua tiga hari ni saya nampak awak macam sedih je? Ada apa-apa yang awak sorok?" bertubi-tubi pula engkau bertanya.

Persoalan engkau dijawab dengan gelengan kepala menandakan aku baik-baik sahaja. Tidak mahu kau risau.

"Oh, ya! Mana awak dapat makanan-makanan tu semua? Bukan gaji lama lagi ke nak masuk. Cer citer sikit. Jangan cakap awak curi. Saya tumbuk awak nanti. Hahaha!" Engkau bercanda pula sementara aku berfikir sama ada patut aku memberitahu kau.

***

Aku menyandarkan badanku ke dinding bangunan itu. Rasa lemah. Aku tak tahu mana lagi nak cari duit. Semuanya habis dibelanjakan bagi segala sewa dan perbelanjaan ubat-ubatan.

Anak-anak aku masih kecil. Tak mungkin mereka akan faham. Kalau lapar, mereka mahu makan. Noktah. Kepala aku garu walau tak gatal.

"Yo, kau nak kalau aku bagi bekalan makanan, pakaian, dan duit cukup untuk sewa kau selama tiga tahun?" Seorang lelaki misteri tiba-tiba muncul dengan tawaran yang gila.

Namun, aku terpaksa berminat. "Pemindahan memori. Dan, semua itu akan jadi milik kau."

Pemindahan memori, suatu cara terbaharu dibangunkan Warga Bayangan bagi menggantikan syiling sebagai satu nilai pertukaran. Ya, aku pernah dengar mengenainya.

"Tapi, kau tak perlukan ke, memori-memori tu semua?" aku bertanya ingin tahu.

Dia hanya tersenyum kelat, "Jangan risau tentang aku. Cuma, sebahagian. Ya, cuma sebahagian..."

Aku tidak tunggu lama dan mengangguk setuju tanpa berfikir panjang.

***

Lelaki itu mengotakan janjinya malah melakukan lebih daripada yang dia katakan. Rumah ini menjadi milik kami. Dan, duit-duit yang dihantar mencukupi untuk perubatan isteri aku.

Namun, aku kini faham maksud senyuman mati lelaki itu. Aku kini terpaksa hidup dengan setiap memori sedihnya. Hingga mati.

500 p.p

Akhirnnya 'aku' tertarik hendak mencari lelaki itu. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cebisan-cebisan memori tu semua. Nampak tak? 'Semua'.

Namun, apa yang 'aku' tak tahu. Lelaki itu bukan orang biasa. Dan, dia tak suka apabila 'aku' mula menjejak kisah hidupnya dengan cebisan-cebisan memorinya. Maka, bermulalah mimpi ngeri sebenar-benar mimpi ngeri bagi 'aku'.

Nantikan sambungannya.

OK², just kidding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


OK², just kidding. Just kidding. I'm busy enough already with all these 'babies' of mine. Sebenarnya, ni idea-idea lama yang kebetulan fit dengan prompt ni. So, yeah. Walau tak dapat kongsi semua. Yang ini pun bolehlah. It is really a shitty back story for the antagonist. Percayalah, apabila aku cakap yang ini baru sikit je daripada apa yang aku dapat abadikan dalam tulisan.

Maaf, aku tak boleh sambung lebih lagi. My project now is gonna take years to be finished. And, with this rate of production, I think it's gonna take forever. So, sebab aku baik hati. Kalau kau nak guna scene ni atau kau nak ambik back story dia atau lagi bagus kalau kau nak kembangkan daripada scene ni. Silakan, I'm with you. It is better that way.

So, before I said good bye. Di kesempatan ini, dengan menggunakan Manglish, I wanna say happy anniversary to 1NKFINITY Moga kekal untuk bertahun-tahun lamanya.

Moga cawangan-cawangan yang baru dibuka berkembang dengan jayanya dan welcome to the new club and guild(?) member! Even it's too late tho.

For those who suddenly (and not suddenly) missing from Wattpad, let have a moment of silent for them. I especially felt their lost, you know.

To the club and guild members, sorry if I don't talk/ I irritating you a bit.(Choose one)

I hate to communicate this day. I'm Izie. But not the same Izie as before. I've changed. A lot. And, I think maybe I don't fit anymore with this club thing.

So, yeah. I have nothing against the club. I think it's a quite cute platform for writers. And, I support it, that is why I forced myself to do this challenge.

Jadi, maaf aku cakap banyak pulak hari ni. So, happy aniversary again and good bye! Jangan lupa berus kaki dan basuh gigi sebelum tidur.

Sahabat Angin,
Izie

Izie Takes A ChallengeWhere stories live. Discover now