3

20 3 1
                                    

Aku dengan dia bukan rapat sangat pun hanya dalam chat je beria. Well semua orang macam tu dalam chat beria bila jumpa depan2 hampeh.

Sampai waktu pendidikan Islam. Aduh cikgu pecah grup pula. Memang malanglah kan nasib aku dalam kelas satu grup dengan dia ,time ni pun dengan dia. Ni aku nak bantah ni.

"Ustazah yang cantik bak bidadari, bolehkah saya yang hanya sekadar murid biasa ini memohon untuk menukar kumpulan?"pujuk ku. Apakan daya pujuk rayu ku tak berkesan dekat ustazah Ifyah. Malah di balas balik lagi.

"Wahai murid ku yang comel dan pendek ini, awak kenalah redha dengan ketentuan Allah yang telah meletakkan awak dalam kumpulan ini. Okey apa ada Shah dia kan pandai"kata ustazah Ifyah sambil mengenyitkan mata.

Memanglah dia pandai tapi dia tu pemalas. Depan cikgu rajin belakang? macam mana cikgu boleh nampak semua baik kat dia pun aku tak taulah.

Kerja kumpulan berlaku seperti yang di jangka. Lelaki hanya duduk di tepi dan berborak manakala perempuan bertungkus lumus menyiapkan kerja kumpulan. Dia?merayaulah dah tak de geng satu grup. Bertuah ini anak!

Kerja kumpulan berjaya di tamatkan selepas dua hari. Aku dah agak dan aku bencikannya. Mana taknya grup aku dapat tempat terakhir. Aku mendengus kasar kerana geram akan sikap kumpulan sendiri yang tak berkerjasama langsung.

Di dalam kelas, Wawa sentiasa di palau dengan Shah. Dia fikir Wawa suka dia la tu, poyo betul! hanya aku dengan Airasya yang tak di palau termasuk Fizz.

Aku dah tak rapat dengan Fizz akan kesalahfahaman tapi aku dengan dia masih cuba berbual walaupun agak janggal.

"Weh Feira!"laung Daniela dari jauh.

"Yow!"balas aku.

"Lib ke kau hari ni?"tanya Daniela sambil menghala ke kantin.

"Haah, pape cari je aku dekat lib bukan jauh pun dengan kantin en"jawab aku.

Kami berpecah di lorong yang memisahkan kantin dengan perpustakaan.

"Daniela, mana Feira?"tanya Zitra sambil menjenguk2 di belakang aku mencari kelibat Feira.

"Oh mak kau masuk longkang!"latah Daniela. Sempat Daniela memberi jelingan tajam kepada Zitra.

"Ngeklah kau terjah aku! dia bertugas hari ni so dia tak de sekarang"balas aku. Tiba2 aku ternampak Shah seperti mencari seseorang. Sempat aku bertentang mata dengannya terus dia hilang dari kantin.

KRINGGGGG

"Woi amacam sedap ak makanan kantin hari ni!"terjah aku.

Daniela memberi pandangan tajam dan aku membayangkan nyawa aku sampai di sini saja.

"Kau ni sama je dengan Zitralah! aku belasah jugak dua ekor ni"marah Daniela. Serentak itu aku dan Zitra saling berpandangan dan terus melatus gelak kami berdua. Daniela yang geram sebab di gelakkan terus beredar meninggalkan aku dengan Zitra yang masih ralat gelak sampai tak cukup nafas.

Melihat Daniela mula merajuk membuatkan aku dengan Zitra berhenti ketawa.

Dalam diam ada yang memerhati. Sentiasa memerhati aku dan Daniela. Tapi kenapa?

Waktu pagi lagi sudah ada sepasang mata memerhati.

Tiba waktu rehat mata itu kembali memerhati kami dari jauh.

Waktu balik juga sentiasa aku merasakan sepasang mata memerhati. Dari orang yang sama.

"Weh Daniela! kau tak rasa ke ada orang badi kita"tanya aku pada Daniela.

"Aku ada rasa gak, perempuan tu en"Daniela dengan selemba mengarahkan jari terlunjuknya ke budak perempuan itu. Perempuan seperti terkejut lalu beredar dari situ dengan segera.

"Ish kau ni Daniela! janganlah terang sangat terkejut budak tu!"marah aku. Daniela terus tersengih sengsorang di sebelah aku.

"Hehehehe sorrylah"katanya sambil tersenyum kecil.

"Weh tu Arief en?! dia ke sini weh!"kata Daniela. Aku terkejut dan terus kelam kabut di buatnya. Mana taknya dia yang beriya padahal tu crush aku dia buat macam jumpa crush dia pulak.

Semasa aku dengan Daniela berjalan aku buat tak tau dan teruskan perjalanan tanpa pandang dia sikit pun. Tak boleh!aku tak boleh pandang dia mana tau sekarang ni tudung aku senget ke kulit aku berminyak ke muka aku kotor ke tudung ke arghhh semualah. Kalau boleh aku kena nampak perfect depan dia. Hohohoho.

"Weh Feira, dia pandang kau doh!"jerit Daniela teruja. Mana taknya aku pandang bawah dia boleh pulak pandang muka mamat tu lek je. Jangan lelebih Daniela aku taknak dia jatuh cinta kat kau karang aku yang jeles.

Selepas tahu berita tentang tu aku pun apa lagi bagitaulah Zitra. Semua aku cerita dekat dia tentang Arief mahupun Shah. Macam biasalah kalau bukan Arief di puji Shah di kutuk. Tapi aku banyak gosip tentang Shah lebih dari Arief. Aku tak boleh nak cakap pasal Arief banyak sangat yelah aku mana rapat dengan Arief muka dia pun aku tak boleh pandang apatah lagi bercakap. 'Feira kau tak boleh gini!' kata ku sendirian.

Hampir setiap hari aku bercakap tentang Shah. Kutuk paling banyak nak puji tak ada benda yang boleh di puji.

Aku mengetahui pasalnya sehingga siapa yang crush kan dia pun aku tahu.

"Aku dengar Lina yang pengawas tu suka dekat Shah weh!" kata Zitra.

"Seriuslah?"tanya aku seakan tak percaya. Dia cantik kot dah la tinggi mesti Arief suka dia en. Hanya itu yang Bermain di minda aku, seperti untuk aku di terima oleh crush sendiri itu jauh sekali.

Hampir setiap hari aku terserempak dengan Lina selepas kejadian itu. Setiap kali aku nampak dia mesti Arief itu juga ada bersama. Arghh aku cemburu!

Satu hari ada seseorang dm aku di ig. Tapi siapa?

???
Hi

Feira.Tiranaaaa_
Hi
Ni siapa?

???
Ni Feira kan?

Feira.Tiranaaaa_
Ha ye

???
awak rasa?

Feira.Tiranaaaa_
Hmmmmmmm

sweet as honey beeWhere stories live. Discover now