BAB 4

388 12 1
                                    

"NASHIF?"

"Fia?"

"Apa you buat kat sini?"

Pertanyaan itu terkeluar serentak dari mulut Kak Fia dan lelaki yang bernama Nashif sewaktu dia orang berjumpa tadi. Tak sangka pula, Nashif tu merupakan boyfriend tak jadi Kak Fia. Yang lebih mengejutkan, Nashif la duda yang kematian isteri yang nak diperkenalkan oleh Umar Kashyi!

Hai... Kecil betul dunia!

"Mana bos tahu yang Kak Fia ada history dengan kawan bos tu? Patutlah confident saja buat pengumuman bagai. Rupanya bos dah tahu yang Abang Nashif tu boyfriend tak jadi Kak Fia!"

"Manalah saya tahu. Saya pun tengah terkejut ni..."

Eleh...

"Lagipun, saya baru pertama kali berjumpa dengan kakak awak selepas lima tahun awak bekerja di syarikat saya tau!"

Eh... Ya tak ya juga!

Mana pernah Umar Kashyi berjumpa dengan Kak Fia sebelum ni. Kak Fia tak pernah ikut aku pergi ke pejabat atau apa-apa acara yang diaturkan syarikat. Tapi, Kak Fia kenal la Umar Kashyi tu yang mana satu sebab aku selalu tunjukkan gambar Umar Kashyi tu pada dia. Lagipun, Umar Kashyi bukannya calang-calang orang. Satu Malaysia kenal kut!

"Saya yakin awak akan jadi isteri saya sebab solat istikharah saya tu. Tu sebab saya buat pengumuman tadi. Bukan sebab kakak awak ada history dengan Nashif. Tapi, bila jadi macam ni... Kebetulan yang sangat bermaknalah bagi saya. Nampak sangat kita ni ada jodoh. Kan saya dah kata, saya nampak awak dalam solat istikharah saya tu. Saya tak tipu."

Ceh!

"Bos tak payah nak confident sangat. Bos belum lepas ISO umi dan walid saya tau."

"Itu sebab saya datang ni nak minta izin umi dan walid awak untuk berkahwin dengan awak. Saya tak nak jadi penyebab walid awak masuk ICU esok. Cepatlah jemput saya masuk. Saya tak sabar nak kena ISO ni! Apa sangatlah ISO umi dan walid awak tu, Ju. ISO Allah, saya dah lulus."

Eh... Eh... Eh...

Aku bos rumah ni tau, bukan dia yang bos. Sedap aje nak mengarah. Suka-suka hati dia aje nak suruh aku itu ini. Dahlah, datang malam-malam bawa hajat. Tak terkejut umi dan walid? Harapnya... Tak terkena sakit jantunglah walid aku tu. Amin!

"Saya datang ni dengan hajat, pak cik."

"Hajat apa tu, Encik Kash? Anak pak cik ada buat salah ke kat kerja dia sampai Encik Kash tak boleh nak tunggu siang?"

Cuak dah walid. Gilalah tak cuak. Tiba-tiba bos datang ke rumah kut!

"Hmmm... Panggil saya Kash aje, pak cik. Tak payahlah nak berencik-encik. Saya datang ni bukan pasal kerja pun."

"Dah tu, pasal apa?"

"Memang Juju ada buat salah..."

Giliran aku pula yang cuak. Salah apa pula yang aku buat ni? Aku rasa, aku tak buat apa pun. Minit aku ada typo ke? Hesy, aku rasa aku dah semak dah tadi. Ke... Pasal projek jalan kat Meru tu? Aku rasa, semua dah semak. Aku siap tagging untuk dia sign lagi. Tapi, Umar Kashyi kata bukan pasal kerja. Jadi, aku ada salah tentang apa?"

"Salah apa, Kash?"

"Dia dah curi hati saya dan saya nak kahwin dengan dia."

Ceh!

"Kejap. Mak cik nak tanya, ni... Juju yang mana satu, yang dah curi hati kamu ni, Kash? Sebab dalam rumah ni... Ada dua Juju."

Hai, umi aku ni pun...

AKU YANG DIA HALALKANWhere stories live. Discover now