#99

350 14 2
                                    


Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Rosmaziana Ismail, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Rosmaziana Ismail. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota, "Rosmaziana tunggu abang di tasek air keroh jam 2.00 petang."

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Rosmaziana ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua.Lalu bertanya tuan rumah itu kepadaku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Rosmaziana. Aku katakan kawan aje.

Dan dia pun mempelawa lagi, "Minumlah jangan malu-malu."

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Rosmaziana adalah isterinya dan Ismail adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku Rosmaziana BTE Ismail rumah yang aku datang ni rumah Rosmaziana dan Ismail.

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/11/398-masa-tidak-punya-telefon-bimbit.html

LAWAK BEST 2Where stories live. Discover now