Aku menaiki bas ke hotel yang aku telah tempah melalui aplikasi Trivago.
Ha! Finally, i got it !
Suara yang familiar tadi tu sebijik macam Taehyung!
Dia dah convert masuk Islam?
Takkanlaa..
"Kakak!"Suara Hadief yang kuat menyentakkan lamunanku.
"Banyak kali Hadief panggil, mengelamun je."Hadief memeluk tubuhnya.
"Ye, Hadief nak ape?"Aku tanya lembut.
"Tadikan, Hadief sembahyang sebelah bilal au, sumpah hensem."
Aku yang tadinya tak berapa berminat nak layan adik aku, terus memandangnya dengan mata bersinar-sinar..
"Muka dia macam artis korea yang kakak suka dulu tu, ape eh nama dia? V eh??"
Jadi betul la lelaki yang aku nampak time tunggu Hadief tadi tu, Taehyung?
Dengan memakai kurta merah hati,
Berkopiah putih,
Rambut panjangnya diselit ke sebelah telinga,Malangnya, dia tak nampak aku.
Kau ni Sofea, entah dia ingat lagi ke tak kat kau.
+++
Taehyung'sSampai je kat rumah, aku melabuhkan punggung di sofa rumah.
Aku, rasa lain macam harini. Macam rasa rindu membuak-buak kat someone, bukan rindu kot, rasa macam.. entah la, indescribable, tapi siapa?Eomma kot.
Appa ke?
Eunjin eh?
Entah.
Kitab tebal yang aku letakkan kemas di atas almari semalam, aku capai.
Aku buka penuh berhati-hati dengan bibir terkumat-kamit membaca surah Al-Fatihah lalu menyambung pembacaanku semalam.
+++
Sofea'sAku duduk merehatkan tubuh yang dari tadi terkejar-kejarkan adik aku, semua bende dia nak belek.
"Kakak! Nak ni!"
Aku mengecilkan mata mencari dari mana suara Hadief datang, dengar macam jauh.
Takde la jauh sangat sebenarnya.
Hadief dengan mata bersinar-sinar memandang ke arah pembuat gula-gula kapas yang membuat gula-gula kapas pelbagai bentuk dan warna.
Aku mengeluarkan sedikit wang dari dalam dompet lalu memasukkan dompet ke dalam beg tangan chanel pemberian Taehyung sebelum balik Malaysia dulu.
—baru nak pakai."Hadief nak yang mana?"
"Bentuk rabbit warna biru tu lah."
Pembuat gula-gula kapas tu mencapai lidi gula-gula kapas rabbit seperti yang diminta adikku.
"Nah. ~makanlah saya~"Pembuat gula-gula kapas tu meniru suara budak kecik.
Adik aku just gelak perlahan.
"Berapa?"
"₩3,500"
Aku menghulurkan wang yang aku bawa tadi.
"Hadief."Aku memanggil adikku sambil mengambil baki yang dihulurkan penjual gula-gula kapas.
Senyap.
"Hadief."Aku pusing.Tiada kelibat Hadief kelihatan.Mataku melilau keseluruh tempat.Mana budak ni pergi? Haishh.
Aku menyeluk poket menyimpan baki.Aku meneru kesana kemari mencari adik aku sorang ni.
<WARRGGHH!!>
<*CLAPPING SOUND*>
<WOW!!!>
<DAEBAK!!!>Aku berjalan ke arah tempat orang ramai berkumpul.Apa bende yang mereka kagumkan sangat?
Selepas melanggar bahu beberapa orang untuk melihat kedalam, akhirnya, kelihatan seorang ahli silap mata sedang menunjukkan beberapa silap mata yang bagiku tidaklah begitu mengagumkan..
Tapi, apa yang menarik perhatianku adalah adikku yang menjadi sukarelawan untuk memilih beberapa kad poker.Alahaii, penat aku mencari.
"Kakak!"Hadief menjerit namaku apabila ternampak aku daripada jauh.
Kay, tak mengaku adik jap.
Hadief memelukku erat.
"Kakak, best la, orang tu dia suruh adik pilih kad tu!!"
"Okok, sekarang ni, dah puas berjalan kan? Kita sembahyang kau masjid kejap, lepastu kita balik, okay?" Aku merendahkan sikit badan.Maklumla adik aii rendah je orangnya.
"Okay. Kakak, nanti balik hotel nak tido~"Hadief menguap.
"Kakak dah agak dah, mesti Hadief penat punya, dah jom kita pegi masjid, waktu dah lama masuk." Aku mencapai tangan adikku dan berjalan ke masjid. Nasib baik takdelah jauh sangat.
+++
-Hotel-Aku pandang Hadief yang tidur berlapikkan peha aku -kat koridor hotel -depan pintu bilik.
Macam mana aku boleh tertinggal beg kat situ? Bila datang balik dah hilang pulak tu?!
Sape yang ambik ni? Tolong la pulangkan balik, kalau nak ambik duit tu ambik la, janji segala IC,Passport,Phone,Card Credit/Debit, Card Hotel, pulangkanlah balik–
Gosh! Macam mana nak balik Malaysia? Passport!! Duit pon ade berapa je baki gula-gula kapas Hadief..
Barang-barang,segala anak beranak luggage semua dalam bilik–
Matilah nak—Aku terpandang ke pergelangan tangan.Gelang Gucci yang family Taehyung bagi tu.Takkan la nak jual gelang ni?! Aku sayang gile kot!!
Kau dah takde cara lain dah-
Tap
Tap
Tap
*footsteps*
Muncullah figura seorang bidadara yang tampan depan mata aku ni.
Dia pandang aku, aku pandang dia.
Masing-masing diam seribu bahasa.
Tangan dia!
Dia pegang handbag aku!!
___________________________
YOU ARE READING
[hiatus] mualaf | kth
Fanfiction+"Lagipun kita kenelah biar orang tahu perkara sebenar, yang kita ni takde pape." "So you nak kita ada apa-apa la ni?" "Jom, kahwin." +"Janganlah lepas! Takutla!!" Taehyung tarik tangan dia balik, kalini dia terus sorokkan tangan dia. "Tak boleh la...