"Sebab tadi kau kalah,kau kena main sorok-sorok dengan aku sekarang" - Damia
"Kau series la,takkan nak main sorok-sorok ? Macam budak-budak kot,taknaklah" - Anas
"Ah tak kira,kau kena tepati janji kau.Kalau tak aku bagitahu mummy kau yang kau pecahkan pasu bunga dia haritu ! So cepat pilih nak main atau kau nak kena cubit ?" - Damia
Akhirnya Anas Lutfan terpaksa akur dengan Damia Azraa,tak sanggup dia bayangkan nasibnya kalau mummy tahu dia yang pecahkan pasu bunga import dari Canada haritu !
"1,2,3,"
Sebaik saja dengar kiraan Damia,Anas pantas lari mencari tempat untuk menyorok.Dia kena cepat sebelum Damia melihatnya ! Anas melihat ada perigi belakang semak samun itu,dia terus masuk ke dalam kemudian...
"plupp"
Damia berhenti mengira selepas mendengar bunyi sesuatu tenggelam.Dia cepat-cepat mencari Anas.Fikir Damia mungkin Anas sembunyi dalam bangunan yang terbengkalai itu.Selepas beberapa puluh minit mencari,Anas masih tidak kelihatan.
Damia mencari Anas merata-rata,tapi tak ditemui langsung ! Hari semakin berginjak ke senja,matahari mula menyembunyikan diri.Batang hidung Anas dari tadi tak nampak.
Damia semakin gelisah,berbagai persoalan terlintas di kepalanya,dimana Anas ?
Apa yang terjadi kepada dia ? Adakah dia masih selamat ? Apa yang harus dia jawab kepada mummy dan daddy Anas ?Damia meneruskan misi pencarian Anas dengan hanya ditemani cahaya bulan samar-samar.Dalam hatinya muncul perasaan serba salah.Kalau dia tak ajak Anas Lutfan main
sorok-sorok tadi,mesti tak jadi macam ni kan ?!Damia teringatkan sesuatu ! Perigi lama di belakang bangunan itu.Damia melihat jam tangan Anas di tepi perigi itu.Tak mungkin Anas ada dalam ni.Dia tidak memikir panjang,terus Damia melompat masuk ke dalam perigi tersebut.
"Damia !" jerit Anas Lutfan sebaik saja terlihat bayang Damia Azraa di dalam tasik itu.
Seribu satu soalan berlegar di kepala Damia Kenapa dunia itu tidak seperti dunia biasa,maksudnya dunia ni lebih luar biasa ! Dia terdengar jeritan Anas Lutfan memanggil namanya.Alhamdulillah Anas selamat.Tapi sekarang dia di mana ?
Dalam keadaan basah kuyup dia terus keluar dari tasik itu.Damia melihat papan tanda yang digantungkan di bawah pohon anggur.
' Tasik Flamingo '
Damia menggaru kepala yang tidak gatal.Kenapa nama Tasik Flamingo ? Macam dalam cerita Wonderpets ja.Air tasik itu bewarna hijau tua dan sangat jernih.Pemandangan disitu amat menakjubkan sehingga dia tidak menyangka sama ada itu realiti atau mimpi.Di suatu titi kecil,dia ternampak beberapa orang budak kecil berpakaian seperti dayang istana sedang mencuci baju.Mereka semua sangat comel ! Mereka memakai Flower Crown di atas kepala dan mengenakan baju berwarna putih susu.Oleh sebab terpaku melihat semua keindahan itu,dia terlupa akan Anas Lutfan sementara sebelum ditergah dari belakang.
"Woi,kau pekak ke ? dari tadi aku panggil kau"
- AnasDamia yang mengelamun terkejut,terus dia menyiku Anas.
"Aduhh ! Sakitlah " - Anas
"Hah padan la muka kau sapa suruh buat masalah.Kang tak pasal-pasal kita tersesat kat sini" - Damia
"Eh aku pulak,sapa yg ajak aku main sorok-sorok tadi ? kalau tak sebab kau ajak,kita tak sampai sini" - Anas
Dibalik sebuah pohon ada seseorang yang tengah memerhati gerak-geri mereka.Dia tersenyum puas kerana dia dapat manusia untuk dijadikan ramuan jamu barunya.
"Hihihihihihi"
Hilaian tawa orang itu menghentikan perang mulut antara Anas Lutfan dan Damia Azraa.Mereka menoleh untuk melihat gerangan orang itu.Tiba-tiba mereka berdua dipukul dari belakang.Mata mereka menjadi pinar dan menikam.Sedetik,dua detik.Semua kelam.Masing-masing tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Lost And Magic !
AdventureDamia Azraa mencari Anas Lutfan merata-rata,tapi tak ditemui langsung ! Hari semakin berginjak ke senja,matahari mula menyembunyikan diri.Batang hidung Anas Lutfan dari tadi tak nampak. Damia Azraa semakin gelisah,berbagai persoalan terlintas di kep...