17

75 9 0
                                    

Mereka berlima cari Yn sampai lewat malam. Dengan macam-macam cara, bertanya orang, satu orang pun tak tahu dan tak kenal. Tiada satu petunjuk pun yang Yn tinggalkan.

"Apa kata kita minta tolong John" Han bagi idea. Changbin gelengkan kepala. "Nanti kita yang kena." Changbin cakap. "Masalahnya kita dah cari merata tempat tak jumpa pun." Han cakap.

Tit tut tit tut

Han keluarkan phonenya. Nombor yang tak dikenali.

Han: hello?
??: hello han..
Han: siapa ni?
??: no one. Hahaha.

Han kerutkan dahinya. Semua mata pandang han.

Han: eh lebih baik kau cakap siapa kau!
??: tak bestlah kalau cakap aku siapa. Btw... Aku tengok korang ni macam tak tentu arah je. Cari siapa?

Han tengok sekeliling. Ramai orang dia tak pasti siapa yang perhatikan mereka.

??: cari.. Siapa?
Han: mana yn?
??: Alamak kau ni baru mak berteka teki. Yn? Siapa? Aku kenal agent 000 je.

Han dengar bunyi ketawa di sebalik talian itu. Changbin rampas phone han.

Changbin: mana adik aku?!
??: wow. Abang kepada agent 000...
Changbin: eh jantan! Lebih baik kau cakap siapa kau dan mana Yn sebelum aku yang cari dia.

Tut tut tut.

Talian dimatikan. "Yah!!" Changbin jerit. Han ambil balik phone dia. "Dia matikan telefon." Changbin masuk dalam kereta. Yang lain turut masuk dalam kereta.

Rumah.

Han duduk atas sofa. "Siapa mamat tu?" dia lentokkan kepalanya. "Aku harap Yn selamat sekarang ni." Han cakap.

Keesokan hari.

Mata aku ditutup dengan kain hitam. Aku dengar bunyi tapak kaki berhenti depan kau. Lalu penutup kain dibuka, aku kelip mata aku banyak kali.

Terkejut aku bila aku nampak Jackson duduk depan aku. Dia tersenyum sinis bila tengok reaksi aku.

"Olivia konon.. Kau ingat aku ni bodoh ke?" Dia tanya. "Mana tahu.." aku bisik. "Aku betul-betul percayakan kau, at first lah.. Tapi bila kau asyik tanya aku pasal family aku, aku jadi pelik. And... Aku dah cakap yang aku benci agent." aku boleh nampak keikhlasan dari matanya.

"So, aku tahu ape plan adik aku.. Bukan aku je kau pun sama" Dia sambung. Aku pandang dia tanpa berkata apa-apa.

"Kau patut bersyukur yang aku masih kurung kau dalam ni. Diikutkan hari yang aku tahu kau agent time tu lah aku nak bunuh tapi... Bila difikirkan balik, aku nak tengok sampai mana kau boleh tipu.." dia kedepankan diri dia.

"Not bad.. Patut lah kau ni kapten, Bagus cekap buat kerja." dia pegang pipi aku. Aku elak dari disentuh oleh dia.

"Kau nak ape? Kau dah dapat aku sekarang ni. Ape lagi?" Aku tanya setelah sekian lama diam.

"Bukan aku nak kau tapi dia" aku pandang belakang Jackson. Mina.

Dia keluar dari langsir tu sambil tarik seseorang. Mata aku terbeliak bila tengok seseorang itu. "Minho!" aku panggil dia. Aku tengok dia dah tak ade daya.

"Yn.." minho panggil aku dengan tiada tenaga. Jackson bangun lalu dia high five dengan mina. Ingat ni WWE ke.

Selepas Jackson pergi, mina campak minho depan aku. Terkejut aku. Aku tak faham ape yang jadi sebenarnya ni.

"Nampaknya cinta tidak boleh menipu" mina duduk depan aku. Aku pandang dia dengan pandangan yang keliru.

"Kau tak payah nak buat muka tak faham lah perempuan. Aku tahu kau bersatu, untuk tipu aku bulat-bulat." Mina silang kaki.

"Ape benda kau cakap ni?" aku tanya dia. "Aku malas lah nak layan aku just nak.." dia bangun, lalu berdiri betul-betul depan aku. Dia tampar aku. "Ni untuk kau rapat sangat dengan John" dia tampar aku lagi. "Ni untuk kau rampas dia dari aku." dia cakap.

Dia tumbuk perut aku. "Arh!" aku ngadu sakit. "Ni rasanya lepas sakitkan hati aku." dia tumbuk aku lagi. "Ni sebab kau cekik aku." dia cakap.

Dia senyum. "Suka aku lepas tengok kau sakit." Dia cakap. "Mark!! Settlekan perempuan ni. Sampai dia tak daya." Seorang lelaki keluar dari langsir. Dia buka topeng muka.

"Mark.. " aku cakap. Dia senyum sinis. "Kau jangan rogol dia pula. Aku nak kau tumbuk ke ape ke. Kalau aku tahu, bukan dia je mati, kau pun mati sekali" mina beri pesanan kepada Mark.

Mark datang dekat aku. "Kesian lah kau.." dia tumbuk muka aku, tumbuk perut aku, sampai aku muntah darah. Aku tak ade tenaga. Aku tak mampu nak lawan.

Aku pandang minho, dia hanya mengeluarkan air mata, kerana dia pun tiada daya nak tolong aku. Aku hanya perlu pertolongan dari orang yang aku kenal.

"Cukup.. Please.." aku merayu supaya Mark berhenti. Mark ambil tali, ikat minho.

"Jangan harap kawan korang akan datang." lalu mark keluar dari sini.

Aku tutup mata, sebab aku tak ada tenaga.

Rumah.

Han tengok TV. "Han!" han toleh belakang. "Kenapa file John ade dekat sini?" El tanya. Han terus lari, lalu rampas file tu dari El.

"Tolong cari maklumat tentang bapa Jackson."

Han teringat kata-kata Yn. "John bapa Jackson.." Han cakap. "Huh?" El tanya sebab dia tak dengar ape yang dia cakap.

"Jackson mesti dah tahu... Yn agent. And.. Yn ade tanya bila kali terakhir aku nampak Mark. Aku dapat rasa Mark yang call aku semalam." Han naik atas, lalu turun, bawa laptop.

"Aku rasa Jackson dah tahu identiti sebenar Yn." Dia on laptop. El tengok han dengan pandangan yang pelik.

"Mark berkerja bawah Jackson bermakna..." han dan El pandang satu sama lain. "Yn kena culik dengan Jackson" El cakap. Han petik jari.

Han hack nombor yang semalam baru call han. Dia tengok mesej antara dia dengan Yn. "I know it." han baca mesej antara Mark dengan Yn.

Mesej itu berakhir pada 2 hari yang lepas. "Aku dah cakap. Yn dalam bahaya." El cakap.

Knock knock

Pintu rumah diketuk dengan kuat dan banyak kali. Han dan El pandang satu sama lain.

To be continued

AgEnT LoVe 3Where stories live. Discover now